
theAsianparent - Aplikasi yang banyak membantu untuk yang bakal menjadi para ibu bapa
Pernah tak ketika lalu sewaktu kita hamil kita ada banyak persoalan yang remeh hinggalah rumit ? To be honest I adalah salah seorang ibu yang banyak bertanya berulang kali apa makanan yang boleh dimakan, apa yang tak boleh buat ketika hamil, betulkah pantang larang itu semua mitos, mana nak bersalin, cara mudah nak bersalin dan macam-macam lagi I bertanya. Tapi zaman I hamil tak sama macam mereka yang hamil untuk tahun 2019 ni. Waktu I dulu I banyak rujuk blogs dan bertanya orang yang sekeliling. Sekarang WOW mudahnya dengan hanya memuat turun aplikasi theAsianparent, para ibu bapa yang sedia ada ataupun BAKAL... boleh dapat informasi hanya pada hujung jari je.
theAsianparent meraih hampir 25 juta pengguna dan merupakan portal keibubapaan terbesar di Asia Tenggara. Aplikasi ini menghubungkan para ibu bapa tanpa sempadan dengan peringkat berbeza-beza di dalam perjalanan seorang ibu Asia. Direka untuk membimbing mereka yang bakal menjadi ibu bapa dari tahap pembenihan hingga hamil kepada penyusuan anak dan kemuncaknya membesarkan anak-anak yang riang, berkeyakinan dan sihat.
Ibu bapa Moden dengan gaya hidup digital
Menurut Serina Sue iaitu Timbalan Pengurus Negara theAsianparent Malaysia mereka tertumpu kepada usaha memperkasakan ibu bapa Asia dengan menyediakan alatan untuk membimbing perjalanan mereka sebagai ibubapa. Aplikasi ini dimuatkan dengan segmen komuniti dan paling penting ianya selamat untuk ibu bapa moden masa kini yang teguh mengamalkan gaya hidup digital.

Sistem Sokongan untuk ibu bapa yang arif dengan digital
Menariknya hampir 99% ibu-ibu di Malaysia memiliki Facebook, Instagram dan Youtube. Dengan peningkatan akses kepada internet dan penggunaan media sosial, tidak dinafikan komuniti dalam talian berterusan menjadi sistem sokongan yang teguh untuk ibu bapa hari ini yang arif dengan digital. Jadi disebabkan itulah ianya menjadi sumber utama untuk ibu-ibu digital berngantung harap mendapatkan bantuan keibubapaan dan kebanyakan berkomunikasi dengan ibu-ibu lain secara dalam talian dan kerap.
theAsianparent tersedia di 12 buah negara dengan 13 pilihan bahasa
Percaya atau tidak, theAsianparent berada hampir di serantau Asia ? Dan paling penting Malaysia adalah salah satu negara yang tersenarai. Bahasa pula tak perlu risau dah sebab ada 13 bahasa yang boleh digunakan. Paling best ibu bapa dalam aplikasi ni sangat membantu tak kira apa pun bahasa, bangsa dan negara.
Ciri-Ciri Aplikasi theAsianparent
- Carta Tumbuseran bayi dari awal kehamilan sehingga 3 tahun ke atas
Boleh set umur anak-anak dan baca info mengenai kemahiran yang anak sudah boleh lakukan - Pemakanan dan nutrisi
Makan Yang Sihat dan pemakanan yang tidak baik untuk kesihatan. - Semak Senarai
Semak semua kemahiran yang telah anak-anak lakukan contoh seperti melompat atau menulis dan sebagainya. - Ubat-ubatan
Tekan pada huruf abjad nama ubat-ubatan yang selamat dan berbahaya untuk diambil ketika hamil atau penyusuaan anak
Media pula ada koleksi 'story tellings, rhymes,' video untuk kanak-kanak.

12 Kategori mengikut keperluaan dan informasi dalam komuniti :
- Just Mums
- Just Dads
- Breastfeeding
- Random Talk
- Toddler
- Recipe Sharing
- Buy & Sell
- Baby
- PreSchooler
- Bigger Kids
- Trying To Conceive
- Pregnancy

Boleh bertanyakan soalan di 'Feed' sendiri dan tekan kategori untuk di pos. Nanti pos kita akan masuk ke dalam komuniti tu.

Pertanyaan anda akan dijawab oleh ibu-ibu dalam komuniti. Dari situ cara hubungan silatulrahim dah terbentuk. Pertanyaan anda kemungkinan akan dijawab juga oleh doktor yang bertauliah tau.

Selain itu ada juga artikel menarik yang disediakan untuk ibu bapa menambah ilmu dan informasi dari penulis bertauliah.

Benda yang paling disukai ramai orang ialah hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan. Peraduan menangi hadiah yang berkaitan dengan kehidupan ibu bapa dan bayi.

Cara nak kumpul mata ganjaran : Jawab soalan 1 mata, poll 2 mata.

Jangan segan-segan tau FOLLOW I punya akaun dalam aplikasi theAsianparent ni.. tak sabar nak kongsi info dan tips keibubapaan bersama-sama..
Muat turun theAsianparent sekarang : https://theasianparent.page.link/cBrT
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
www.my.theasianparent.com
www.facebook.com/theAsianparentMY
www.instagram.com/theasianparent_my
www.twitter.com/theasianparentm
www.youtube.com/user/theasianparent

Terima kasih Sunway Medical Centre Velocity, MeBooks Asia, Fitlicious, Waka Waka, Grab dan Photobook sebab menaja theAsianparent kali ni. Sangat teruja dengan Mebooks sebab kali pertama bercerita dengan anak-anak ala-ala dalam teater gitu. Memang kanak-kanak tertarik nak dengar cerita tau. :)