Quantcast
Channel: syafierayamin.com - Beauty Blogger Malaysia
Viewing all 217 articles
Browse latest View live

Didik Wanita Agar Sihat Dengan Gembira bersama Natugee & Mrs Malaysia World

$
0
0

‘Healthy Is The New Happy! A Better You Today’

Program ini diadakan adalah untuk memberikan inspirasi kepada wanita diluar sana agar mengambil berat mengenai diri sendiri supaya dapat menjalani kehidupan secara aman dan harmoni selain memperkasakan tahap kesihatan wanita. Pentingnya kesihatan untuk menjaga insan lain dan kualiti hidup ditingkatkan.

Sempena bulan kesedaran mengenai kanser payudara, Natugee iaitu jenama produk penjagaan wajah berasaskan organik telah bergabung bersama Mrs Malaysia sebagai tanggungjawab sosial korporat iaitu 'Pinkoktober.'

I sebagai seorang wanita walaupun seorang suri rumah tetap memikul peranan yang besar kadang-kadang kesihatan diri terabai. Rupanya bukan I seorang sahaja yang mengalami situasi ni tapi ramai lagi di luar sana senasib macam I menurut Puan Rena Rifaee iaitu Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn Bhd.

“Bukan sahaja sebagai isteri dan ibu tetapi dalam masa yang sama mereka juga anak kepada orang tuanya, pekerja atau juga dia memiliki perusahaannya sendiri, dia adalah majikan. ‘Topi’ mereka kerap kali bertukar pakai bererti tanggungjawab yang perlu dilaksanakan juga semakin bertambah. Jika mereka tidak tahu cara untuk mengendalikan emosi dengan baik, ia menyebabkan depresi,” katanya.



Keprihatinan ditingkatkan demi kesejahteraan wanita

Masalah kesihatan mental dalam kalangan wanita yang jumlahnya semakin hari bertambah angka penghidapnya itu sebablah acara ini diadakan sebagai keprihatinan oleh kedua-dua organisasi. Penting untuk setiap wanita memastikan kesihatan sentiasa baik, bukan sahaja fizikal tetapi juga kesihatan mental kerana ia memberi impak ke atas diri sendiri dan mereka di sekelilingnya.


Sesi pertama bersama Dr. Linda Mat Hassin memberi pendedahan kepada peserta mengenai simptom ketidakseimbangan hormon yang memberi kesan kepada kesihatan dan gaya hidup.


Sesi kedua bersama Puan Rena Rifaee mendidik wanita mengenai salah tanggapan mengenai produk penjagaan wajah. Walaupun ia bersifat kosmetik namun tidak dinafikan ia antara penyumbang kepada permasalahan wanita.

Acara kemuncak ialah forum ‘A New Formula For Happiness!’ yang membincangkan mengenai kesihatan kulit, hormon, pengurusan stres dan kesihatan mental. Ia melibatkan empat ahli panel iaitu

Puan Rena Rifaee

Merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn. Bhd yang ditubuhkan beliau pada 2016, kini berpengkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Singapura. Beliau berusia 37 tahun dan ibu kepada lima cahaya mata.

Sebagai pengasas produk, beliau berkepakaran dalam bidang ini setelah memiliki Diploma in Organic Skincare daripada Formula Botanica, United Kingdom. Puan Rena amat menitikberatkan bahan dan formulasi, seiring dengan matlamatnya untuk menghasilkan produk yang ringkas tetapi berkesan dan selamat digunakan.

Dr Linda Mat Hassin

Memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Anti Penuaan, Perubatan Regeneratif dan Estetik daripada UCSI University, beliau turut diiktiraf sebagai salah seorang pengamal hormon lanjutan daripada International hormone Society, Belgium di bawah didikan Dr. Hertoghe yang dikenali sebagai ‘Father of Hormones’.

Beliau yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Radiant Clinique aktif memberi ceramah terutamanya berkaitan kualiti kehidupan dan kesihatan yang lebih baik kepada badan korporat dan umum.

Datin Harveen Kaur

Beliau merupakan Mrs Malaysia World 2017 yang kini adalah Pengarah Kebangsaan Mrs Malaysia World 2019.

Bekerjaya sebagai jururawat bilik bedah, ibu kepada tiga orang anak ini menjadikan Mrs Malaysia World sebagai platform untuk memberi inspirasi kepada para wanita tanpa mengira status, bangsa dan latar belakang.

Datin Diana Danielle

Bintang kelahiran Amerika Syarikat ini pernah membintangi puluhan filem dan drama, malah beliau juga dikenali sebagai model dan selebriti popular tanah air. Merupakan isteri kepada pelakon filem terkenal tanah air, Dato’ Farid Kamil, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.


Apa pun majlis ini berjaya memberikan inspirasi kepada tetamu wanita yang hadir dan jutaan terima kasih kepada Hotel Furama di Bukit Bintang sebab menyediakan makanan yang enak dan berseni. Tidak dilupakan kepada beberapa penaja yang telah menaja program ini agar wanita terus rasa dihargai. Terutamanya mereka yang telah bertungkus-lumus mendidik wanita agar sihat dengan gembira.


theAsianparent ialah sebuah aplikasi yang dilancarkan baru-baru ini telah berjaya meraih ribuaan ibubapa dari yang masih baru tidak kira dari negeri mana, bangsa apa mahupun peringkat umur. Banyak perkongsiaan dan maklumat yang penting mengenai keibubapaan boleh didapati dalam aplikasi ini. Perkongsiaan yang dikongsi dapat meraih mata ganjaran yang boleh ditebus. Cepat muat turun aplikasi ini tau.


Apa pun I rasa gembira dapat bertemu sekali lagi Datin Diana Danielle. Sejak kisah beliau mengenai 'anxiety attack' yang mendapat liputan meluas.. bukan sahaja kita-kita sahaja yang boleh kena malahan mereka yang bekerjaya seperti selebriti pun boleh kena.. I harap pada masa akan datang kita akan ada solusi dan kesedaran mengenai masalah kesihatan sebegini.


Lagi sekali I nak ucapkan terima kasih kepada para penaja :

  • Penaja Utama - Natugee bersama rakan kongsi Mrs Malaysia World
  • Penaja Lokasi - Furama Bukit Bintang & Waka Waka KL
  • Penaja Hiasan : Chiio
  • Penaja fotografi : PRIVstudio
  • Rakan Media : theAsianparent
  • Penaja hadiah : Eori Wonder Skin, Jamu Tun Teja, Better Skin Lovera, Bondahaven, Wirdora, Narinar



Mengenai NATUGEE

Dilancarkan pada Ogos 2017, Natugee ialah jenama kesihatan dan kecantikan premium yang dihasilkan untuk membantu wanita memperoleh kulit sihat daripada dalam.

Natugee komited menghasilkan produk penjagaan wajah berasaskan bahan semula jadi dan organik yang berkualiti tinggi, tanpa pewarna tiruan, paraben, SLS, SLES dan pewangi tiruan untuk mengekalkan keremajaan wajah para wanita.


Ia bertepatan dengan misi Natugee yang berhasrat untuk meningkatkan kualiti kehidupan wanita dengan menggunakan produk harian yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan aktif. Natugee menggabungkan bahan terbaik tanpa memberi kesan sampingan untuk kesan jangka panjang. Hasilnya ia dapat memperbaiki tekstur kulit, menjadikan wajah lebih berseri dan tona wajah lebih serata.

Untuk mengetahui aktiviti yang telah dijalankan dalam program ini dan demo produk Natugee, sila tonton video ini :


Natugee merupakan penaja Mrs Malaysia World 2019/2020 sebagai penghormatan kepada wanita yang mengekalkan kehidupan yang seimbang antara keluarga, karier dan impian. Natugee bakal meluaskan jenamanya di Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat.


13+ barangan berharga yang penuh misteri untuk dijadikan sebagai koleksi di J-HUNT

$
0
0
1. Pakaian tradisi Samurai Jepun RM32,000
Apa yang menariknya J-HUNT ?

Baru-baru ni I berpeluang untuk berkunjung sendiri ke J-HUNT di Aeon Big Subang Jaya tingkat 2. Teruja nak melihat sendiri barangan 'preloved' yang masih lagi dalam kondisi baik, nampak seperti baru, ada juga yang masih belum diguna telah menjadi tarikan utama terutamanya mereka yang suka mengumpul barangan susah dan jarang nampak lebih-lebih lagi peminat animator.



I bukanlah peminat mengumpul barangan yang terpakai tapi bila dah masuk sendiri J-HUNT habis seperti satu kedai I nak borong. Nasib baiklah duit banyak tu je kalau tak selori dua lori bawa balik tau. Haha. Apa-pun gambar-gambar yang dalam blog I ni adalah bukti betapa syoknya meneliti setiap celahan barangan di dalam J-HUNT ni.

Lebih dari puluhan barangan 'preloved' ni agak 'RARE' kadang-kadang misteri juga bila I tengok-tengok satu-satu, mana tak nya.... ada satu barang boleh cecah harga deposit rumah dua tingkat - terutamanya pakaian tradisi samurai Jepun.. walaupun harganya sebegitu tapi bila teliti setiap perincian, naik bulu roma gak la.. apa yang menyebabkan barangan 'Rare' ni harga sebegitu.. kemungkinan sejarah dekat barangan ni.. benda kalau ada 'historic' things ni I memang seram gak la.. huhuh... tapi disebalik keseraman tu I percaya pasti akan ada pengumpul yang punyai minat untuk dapatkan barangan seperti ni...

2. Zaku - RM40,000
Apa itu Mottainai ?

J-HUNT mempraktikkan penggunaan ayat 'Mottainai' iaitu menghormati sumber dengan tidak membazir serta menggunakan dengan sebaiknya. Ayat ini berkait rapat dengan konsep pemuliharaan ekologi dan konsep 3R ( Reduce, Reuse, Recycle ) | Kurangkan , guna semula dan kitar semula | dan tambahan 2 R - Respect + Recondition | Hormat dan pemulihan |

Reuse - Guna Semula
Sampah bagi kita tapi orang lain memerlukan

Recondition - Pemulihan 
Barangan yang telah dibersihkan dan dipulihkan

Respect - Hormat
Barangan yang tidak dibuang tapi ditambah dengan nilai

3. Glow In The Dark Godzilla RM20,000
Bila tengok harga rata-rata ramai terkedu tapi nama pun J-HUNT, korang kena ada usaha untuk cari barangan yang bernilai dengan harga yang mampu mengikut bajet you all. I tak tipu I dapat barangan yang I nak cantik-cantik lagi paling murah RM5 guys ! Gambar kat bawah-bawah. Kita tengok dulu barangan yang I rasa menarik terutamanya yang 'RARE.'

4. Tembikar tradisi Jepun
 Di J-HUNT ni terbahagi kepada 4 jenis barangan iaitu :

  1. Preloved Item
  2. Barangan jenama baru
  3. Barangan Premium
  4. Barangan untuk pengumpul (usually barangan berharga)

5. Barangan Perhiasan untuk meja makan
Bahagian VINTAJ

J-HUNT membawakan Jepun ke Malaysia terutamanya barangan vintaj yang mempamerkan tentang sejarah, budaya dan bentuk seni tradisional di Jepun. Bahagian Vintaj ni terdapat Tokugawa Shogunate pada zaman EDO sekitar (1600-1868). Selain tu terdapat barangan yang sangat misteri dan jarang nak dapat seperti Perisai Samurai, NEKO kucing bertuah, Almari tradisi berkraf, porselin berseni, periuk teh besi, patung kayu asli dam banyak lagi barangan tradisi yang boleh dilihat di kediaman Jepun sehingga kini.

6. Patung Tradisi Jepun
 Terdapat 10 kategori barangan yang you all boleh jumpa dalam J-HUNT ni, antaranya :

  1. Pakaian
  2. Beg
  3. Peralatan Hobi
  4. Barangan bayi serta kanak-kanak
  5. Peralatan muzik
  6. Kasut
  7. Peralatan sukan
  8. Peralatan Meja Makan
  9. Mainan
  10. Jam Tangan

7. NEKO - Kucing membawa tuah

8. Alamari tradisi seni Jepun
9. Lens kamera
10. Jam Tangan G-Shock
11. Jam tangan 'The Unemployed Philosophers Guild'
12. Peralatan Muzik Ukelele
13. Kamera 'point-click'

14. Berbagai jenis 'claypots' dari harga RM15


Barangan yang I beli dengan JAYANYA :

  1. Jam Tangan Diesel : RM100
  2. Circle Straw Bag : RM10
  3. Beg 'Picnic' : RM20
  4. Beg Bagasi Hello Kitty : RM50
  5. Beg Pack Hello Kitty : RM5
  6. Claypot kecil : RM20
  7. Periuk masak 'stainless steel' : RM40
  8. Mug Hello Kitty : RM20
  9. Total : RM265


8 Barang : RM265 je

Mereka dah berjaya dapatkan barangan mereka inginkan, anda semua bila lagi ? 
J-HUNT di AEON BIG Subang Jaya Tingkat 2, bagi yang guna pengakutan awam boleh berkehenti di
LRT/KTM Subang Jaya.
Di J-HUNT boleh bayar pakai cash, kad kredit/kad debit, E-Wallets, GrabPay, Boost, Alipay, WeChat Pay, Ipay88, Touch'nGo eWallet, mCash dan UnionPay.

Untuk maklumat, sila layari :
Laman sesawang : www.jhunt.com.my
IG : @jhutmottainaistore
FB : https://www.facebook.com/jhuntmottainaistore/

10 Manfaat dan kelebihan Berzumba untuk kesihatan lebih-lebih lagi wanita

$
0
0
ZIN - Zumba Instructors Wanita
 Apa Itu Zumba ?

Berzumba adalah satu aktiviti yang tidak asing lagi untuk kaum wanita di Malaysia masa kini. Bagi yang masih baru lagi mengenai aktiviti ini ianya adalah sejenis senaman yang menggunakan pergerakan tarian diasaskan oleh Alberto 'Beto' Perez dari Columbia iaitu seorang penari dan koreografer.

Pengasas Zumba : Beto Perez, sumber @zumbabeto
Dengan menggunakan muzik berirama seperti merengue, mambo, soca, hip hop, samba dan salsa menjadikan zumba senaman yang menarik dengan gabungan tarian dan juga senaman aerobik.

Wanita Muslimah Tetap Boleh Berzumba

Baru-baru ni I sempat menyertai Zumba Flora anjuran Gymbalicious Fitness Studio di Dewan Serbaguna Presint 8 pada 12 Oktober lalu, rata-rata peserta adalah wanita dah tiada lelaki dibenarkan masuk ke dalam dewan ketika majlis dilangsungkan. Jadi perkara yang tidak diingini berlaku dapat dielakkan. Jadi wanita muslimah yang ingin berzumba bolehlah menyertai aktiviti ini bersama Gymbalicious.

10 Manfaat dan kelebihan Berzumba untuk kesihatan

Sebenarnya terdapat banyak manfaat yang boleh kita dapatkan jika kita rajin berzumba, antaranya :

1. Dari Segi Kesihatan Mental
Bagi wanita bekerjaya mahu pun suri rumah berzumba sebenarnya boleh melepaskan tekanan setelah penat menguruskan banyak benda sepanjang hari, ambil masa seminggu sekali boleh mengembalikan mood yang baik seperti berasa gembira, lebih segar, perjalanan darah lebih baik dari sebelum dan paling best dapat perbaiki hubungan dengan orang lain juga bila mood dalam keadaan baik.

2. Rasa lebih bermotivasi untuk kekal aktif
Secara jujurnya sebagai seorang yang telah mengikuti tarian zumba, I rasa badan lebih ringan berbanding sebelum, paling seronok melihat wanita-wanita lain berzumba mampu meningkatkan rasa semangat yang lebih tinggi serta bermotivasi untuk menghadiri kelas Zumba yang seterusnya.

3. Badan Bersenam secara keseluruhan
Full Body Workout sebab aktiviti zumba memerlukan pergerakan anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung ibu jari kaki. Lompatan kiri ke kanan mengikut irama ni kalau dilakukan dengan kesungguhan boleh membentuk bentuk badan idaman, kulit yang tegang tidak menggeleber dan otot yang lebih pejal.

Tengok sahaja 'sisters' yang mengikuti tarian Zumba ni, badan nampak lebih fit.

4. Kalori Terbakar dengan Lebih Cepat

Tarian Zumba membantu untuk membakar kalori dari 5000 sehingga 1000 kalori untuk setiap sesi jika dilakukan dengan betul mengikut kesungguhan. Dalam satu minggu kemungkinan berat badan dapat diturunkan 1 KG sebulan mengikut diet pemakanan yang betul. Kalori boleh dibakar dengan menjadikan zumba senaman setiap minggu sekali mengikut kelapangan masing-masing.

5. Keyakinan Bertambah Tinggi
Bagi setiap wanita, berat badan memainkan peranan dalam penampilan yang cantik dan sihat, berat badan ideal yang telah dicapai mampu meningkatkan keyakinan setiap wanita sekali gus menjadikan wanita itu lebih berani untuk berhadapan dengan orang ramai disekeliling serta bersemangat meneruskan aktiviti harian tanpa rasa berat yang menggangu terutamanya bagi mereka yang rajin berzumba, oleh itu JOM BERZUMBA !

6. Sosial Penting Untuk kurangkan rasa kesunyian
Bersosial adalah benda yang amat penting untuk sesebuah komuniti, selalunya zumba ni dalam berkumpulan sama ada minima 2 orang atau lebih dari 30 orang. Di situ masing-masing tidak akan rasa malu untuk melakukan pergerakan anggota badan seperti menari dan melompat. Malahan lebih bersemangat untuk mengikut irama dan langkah secara bersama-sama.

Kanak-kanak pun dapat sertai aktiviti Zumba

7. Sesuai untuk semua peringkat umur

Zumba tidak tertakluk hanya untuk orang dewasa sahaja malahan dari kanak-kanak yang sudah tahu mengikut langkah tarian dari umur 3 tahun pun boleh sertai zumba ni. Ibu-ibu pun tak rasa susah hati tinggalkan anak-anak kecil di rumah ketika mahu berzumba sebab boleh bawa sekali anak-anak 'DO the dance' kalau risau keselamatan bolehlah bawa anak duduk belakang sekali, hehe, orang kata melentur rebung biar dari buluhnya memandangkan Zumba merupakan aktiviti yang sihat bagus untuk kecergasan badan !


8.  Kecergasan Kardiovaskular dapat ditingkatkan
Peredaran darah amat penting untuk tubuh badan lebih sihat. Setiap sesi Zumba mampu membuatkan degupan jantung lebih kencang dan aktif sekali gus boleh meningkatkan kecergarasan kardiovaskular.


9. HGH (Human Growth Hormone) dapat dilepaskan
Tahukah anda HGH ialah sejenis hormon akan dilepaskan jika berlaku kadar kesungguhan yang tinggi mampu membakar lemak dan menggalakkan perkembangan otot. Setiap sesi zumba mempunyai rentak dan penghayatan mengikut tempo serta pergerakan. Semakin banyak sesi diikuti secara lincah semakin tinggi kecergasan setiap mereka yang fokus. Kadah HGH yang tinggi mampu memberikan tona dan bentuk badan yang lebih menarik.


10. Koordinasi Badan bertambah baik
Apa itu koordinasi ? Koordinasi badan ialah penyelarasan gerak balas badan untuk bertindak balas terhadap perubahan di persekitaran kita. Denagn adanya koordinasi badan ni membolehkan kita menjalankan pelbagai aktiviti, menjamin kesihatan dan kesejahteraan badan dan juga melindungi diri daripada rangsangan luar. Apa pun bagi mereka yang suka berzumba ianya membantu untuk anda dapatkan koordinasi badan yang sempurna dan penting untuk mencegah kecederaan seperti terseliuh dan sebagainya.


Kenapa BERZUMBA dengan Gymbalicious Fitness Studio Best ?
  1. Sebab ianya 'only for ladies!'
  2. Harga tak mahal sangat Berpatutan sekitar RM35 je 
  3. Dewan yang dipilih luas dan selesa
  4. Dilakukan pada waktu pagi hari Sabtu ( mostly cuti hari ni )
  5. Boleh bawa anak kecil
  6. Ada tema ! ( Siap ada 'the Best Dress')
  7. Ada hadiah yang bukan biasa-biasa untuk cabutan bertuah paling best siap ada emas, hamper pun barangan GYM dan produk elektronik you all ( semua yang berguna ).
  8. Semua peserta sangat 'friendly' dan boleh bersosial dengan mudah
  9. ZIN yang bersemangat with non-stop music !

TAHNIAH kepada semua pemenang BERTUAH dan juga BEST DRESSED lady untuk tema Flora. Bagi yang tak sempat menghadiri Zumbaflora ataupun yang tak menang best dress time ni JANGAN RISAU. NEXT 2th  NOVEMBER 2019 akan ada lagi ! Kali ni bertemakan ARMY GIRL anjuran Gymbalicious Fitness Studio dengan 5 orang Zumba Instructors iaitu Zin Shera, Zin Intan, Zin Herma, MBA Noli dan Zin Si Tini.


Cepat TEMPAH Tiket anda sekarang juga : Whatsapp Kay +6019337888 hanya RM25 sahaja untuk anda melayakkan diri menyertai 10x cabutan bertuah dan Tema Pakaian yang paling cantik di Dewan Seri Pudina Presint 17 Putrajaya.

Jangan tak join ya ! Jom bersosial sambil menyihatkan diri !

Diapers FREE dalam masa 2 minggu...

$
0
0
Adelia dah fully diapers-free dalam tempoh 2 minggu. Tipulah kalau tak ada leakage. Tapi dah berjaya 89% .. #3years10Months Dia dah pergi toilet sendiri recently... #PracticeMakesPerfect #SmartParenting #NakTakNakJe #MakAyahKenaBersediaDariSegiMentalDanFizikal

Cara I :
1st Beli seluar dalam gambar kegemaran dia.. I beli pukal dekat Shopee 12 helai terus. Janji anak suka dengan karakter tu.

1st day Dia rasa awkward.. sebab diaper selalunya tebal sikit kali ni rasa ringan dan nipis...

1st day tak ada leakage sebab mak dia setiap 1 jam pantau.. tak tanya pun nak wee wee ke tak.. ambil dia letak je atas loo.. ( masa ni la ajar dia cara guna sabun bersihkan mana yang patut dan basuh tangan )

Bila part poo poo yang ni masih belum mahir lagi... bila beli underwear tu make sure base dia besar sikit.. bila dia poop dalam tu at least tak jatuh la... ( waktu ni la ibu ayah kena prepare cuci underwear many times setiap kali poop ) haha...

Jangan sesekali sarungkan diapers balik dekat anak... kalau boleh NO NO NO langsung.... nanti anak takkan belajar...

bila dah pakai seluar dalam, kalau dia kencing ke berak ke jangan marah... pesan kat dia... next time jangan kencing atau berak dalam seluar.. nanti gatal..berak atau kencing duduk atas jamban tau (ikut you all punya ayatlah).... dari situ nanti lama lama mindset dia oh tak boleh buang merata-rata....


---------------------------------------------------------


2nd days pun - repeat benda yang sama.. sampai berjaya... huhuh...


-------------------------------------------------







travel pula ( setiap kali nampak toilet berhenti ) suruh dia pergi toilet.. kalau dia cakap tak rasa nak buang air... suruh je dia pergi buang hahaha...

Good luck pada semua mommies and daddies out there ! :)

Butterfly Coachella Party @ Hearty Party

$
0
0


Tema Coachella anjuran The Butterfly Project kali ini telah mendapat sambutan yang meriah dan menggalakkan apabila ramai 'beauty blogger, influencers' serta 'vlogger' telah menyertai parti ini di Hearty Party pada 28 September 2019 yang lalu. Bermula dari 4.30 petang sehingga lewat 10 malam pelbagai aktiviti telah dijalankan dan kesemua 'butterflies' yang hadir perlu mengambil bahagian untuk memenuhi 'timeline' dan 'ig stories' dalam Instagram masing-masing.



Matahari terbenam dapat dilihat dengan jelas dari Hearty Party menandakan masa untuk menyambut tema Coachella sudah pun bermula. Paling SERONOK parti kali ni telah ditaja dengan beberapa jenama yang boleh dikatakan 'famous amos -terkenal' belaka. Nak tahu Jenama apa Jom Baca lebih lanjut lagi ;) Kita ikut turutan.



Setiap tahun The Butterfly Project akan mengadakan pertandingan pakaian yang terbaik. Macam I just keep it simple dengan memakai pakaian dress labuh ungu bercorak bunga dan rama-rama, rambut 'wavy curls' dihiasi cekak emas berdaun serta memakai boots. Beg pula I gayakan dari Sir.By.Design.

Bila dah berada dalam Hearty Party MEMANG WAJIBLAH ambil gambar/selfie di setiap sudut sebab tempat ni sangat-sangat INSTA-WORTHY habis walaupun rekaaan minimal tapi lampu-lampu menjadikan tempat di sesuai untuk berparti !



1st Thing kitaorang kena buat sebelum pukul 6.30 petang ialah tangkap gambar di Party Photobooth dengan Tagbooth. Bestnya Tagbooth ni siap ada props mengikut tema dan masing-masing boleh ber'posing' mengikut gaya mereka tersendiri. Ada juga 'boomerang' dan di'saved' dalam 'GIF.' Gambar ni semuanya boleh dihantar ke dalam email you all.



Seterusnya ialah Fesyen benda yang semua 'ladies' suka tak lain tak buka 'the bags'!!! Tema Bohemian kali ni memang bertepatan dengan koleksi pakaian dan beg dari Voir Gallery terutamanya koleksi Bae yang sangat 'colorful, ala-ala rockstar dan nampak funky trendy gitu. Sesuai juga untuk digayakan secara kasual. Beg pun menarik ada bentuk silinder macam-macam barang boleh masukkan dalam tu tau.



Althea pun ada ketika berlangsungnya parti ni, bukan sahaja kita nampak cantik tapi sambil tu kulit wajah pun sentiasa sihat bila pakai topeng wajah ni. Ada 4 jenis pilihan topeng wajah :

  • A'BLOOM WATER-ME-LONG MOISTURIZING WATERMELON MASK sesuai untuk kekalkan kulit lebih hidrat terutamanya kulit yang kering.
  • A'BLOOM SPARKLE-ME-BRIGHT BRIGHTENING LEMON LIME MASK sesuai untuk mereka yang nak kulit nampak lebih cerah sebab dalam mask ni ada kandungan ekstrak lemon.
  • A'BLOOM ANTI BLEMISH PEACH MASK SHEET pula adalah kegemaran I sebab boleh cegah kemerahan dan kurangkan iritasi kulit yang disebabkan oleh jerawat.
  • A'BLOOM AVO-CUDDLE-ME NOURISHING AVOCADO MASK sesuai untuk lembab kan kulit, untuk cegah kedutan, ada ekstrak avakadi dan bunga raya bagi kulit lebih lembab serta buat kulit lagi berseri.
A'BLOOM Masks sekarang ada 10% RM30 jadi RM27 untuk 10 keping. Cepat pergi beli sekarang.



A'BLOOM Brow Wow Eyebrow Pencil pula sangat berfungsi untuk buat wajah nampak macam dalam 'frame.' Kening sangat penting untuk dititikberatkan agar muka nampak lebih kemas dan lebih terletak. Bestnya A'BLOOM Brow Wow Eyebrow Pencil ni diformulasikan dengan porous powder dan vegetable wax sejenis 'gel-to-powder' tapi kekal tahan lama serta senang untuk bentukkan kening.

Ada 3 warna 01 Grey Brown, 02 Dark Brown dan 03 Soft Brown mengikut kesesuaian warna kulit dan rambut.

A'BLOOM Brow Wow Eyebrow Pencil sekarang ada 27% dari RM15 sekarang ialah RM11 sebatang.



Althea A'boom BHA Blackhead blaster ni memang salah satu produk kegemaran I lebih-lebih lagi bila 'time' BLACKHEAD menyerang bahagian dagu dan hidung I. I memang malas nak picit kulit sebab sakit buat benda tu, nasib baik ada benda ni... sapu-sapu je dan massage terus bintik hitam yang degil keluar dari dalam kulit I.. kulit I sentiasa bersih bila ada A'BLOOM A'boom BHA Blackhead blaster ni tau. Sangat rekomen untuk sesiapa yang lebih prefer 'pain-free.'

Bagi yang jenis suka bersolek macam I, Meringue puff ni sangat sesuai digunakan untuk sapuan bedak asas atau blusher jenis 'creamy.' Solekan nampak lebih rata, halus dan mulus.



Bila bab minuman I suka sangat bila dapat tahu wujudnya minuman yang sihat berasaskan kekacang dan coklat. Bukan je sedap ianya juga dipenuhi dengan nutrisi dan berkhasiat. Sangat bagus untuk kecantikan kulit juga tau. Terima kasih Cold Brew Coffee sebab buat minuman sedap dan sihat macam ni. I paling suka rasa peanut butter :)



Signature Market ni paling popular dengan produk berasaskan kacang dan aroma terapi. Selalu ada SALE terutamanya Healthy snacks. I suka sebab kombinasi kacang-kacang mengikut keperluaan. Sedap bawa untuk kunyah-kunyah time tengok TV. Aroma terapi Signature Market pun best sebab tak de rasa takut nak guna bila buat pembakaran atau masukkan dalam diffuser.



Sebagai seorang wanita, tipulah I cakap I tak suka bunga.. untuk pertama kalinya I ambil bunga berwarna kuning 'instead of' pink, merah dan kuning. I perasan bunga warna kuning ni melambangkan kegembiraan. Mungkin recently I sentiasa rasa gembira heee. Apa pun bunga-bunga yang cantik berseri ni ditaja oleh Avantgarde Bloom Flowers.



Bukan partilah kalau tanpa makanan... makanan yang sedap-sedap siap ada mini burgers, tarts, kuih muih, kari, buah-buahan telah disediakan oleh Party Caterer dari JomParty. Seronokkan tengok makanan berwarna-warni, enak-sedap belaka dan sihat.



Cuba tengok who is the sexiest bartender tu heee... thanks TOMMY dari Lérz' Tea & Coffee Fruit Tea buatkan air grapefruit untuk I. Serious I suka sangat rasa air buah-buahan tu.



Menjelang malam dan sebelum berakhirnya Butterfly Coachella Party kitaorang semua gunakan masa untuk menghasilkan kenangan di Hearty Party. Masing-masing menggunakan kreativiti dan seni untuk buat bentuk buah-buahan. I pilih nanas sebab nampak macam lebih mudah hasilkan dengan 3 penggunaan warna.



Butterfly Coachella Party ni memang tak akan dilupakan sebab inilah kali pertama I dapat rasa gaya ala-ala Bohemian. Seronok tengok semuanya datang cantik-cantik paling best semuanya ramah-tamah. Dapat berkenalan dengan orang-orang baru juga dan jumpa kenalan lama dari jauh. hee.



Terima kasih pada semua penaja yang telah menaja Butterfly Coachella Party kali ni tak lupa juga hadiah daripada Tammy untuk mereka yang lahir pada bula September. Untuk maklumat lanjut mengenai penaja, sila layari :

Party Collaborators:

Party Venue | Hearty Party Sdn Bhd https://www.facebook.com/heartypartymalaysia/
Party Photobooth | Tagbooth Photobooth http://tagbooth.com.my/
Party Caterer | JomParty https://www.facebook.com/Jompartylah/
Painting Party | Hearty Party Sdn Bhd https://www.facebook.com/heartypartymalaysia/
Party Live Music | Sidh Haizad Yusoff https://www.facebook.com/sidhaizadyusoff/

Pop-Up Carnival Booths:
K-Beauty | Althea Korea https://my.althea.kr/
Fashion | Voir Gallery https://www.voirgallery.com/
Heatlhy Snacks | Signature Market Healthy Snacks https://www.signaturemarket.co
Flowers | Avantgarde Blooms Flowers https://www.facebook.com/avantgardeblooms/
Cold Brew Coffee | Curmudgeon's Brew Cold Brew Coffee https://www.facebook.com/curmudgeonsbrew/
Fruit Tea | Lérz' Tea & Coffee Fruit Tea https://www.facebook.com/lerzmalaysia/

Boleh tengok Video di sini :





Thanks for having me,

Syafiera

3 Hadiah menarik untuk dimenangi bila anda kongsi OctaPlus kepada rakan-rakan anda

$
0
0
Jom Menang 3 hadiah menarik bila anda kongsi OctaPlus kepada rakan-rakan anda !
Tiada Penyesalan setiap kali membeli-belah secara Online

Seronoknya sekarang ni, walaupun kita berbelanja kita dapat PulangTunai disamping tu dapat juga jana wang ringgit setiap kali kita perkenalkan OctaPlus pada rakan-rakan kita.

Sebagai seorang yang suka membeli-belah terutamanya di Shopee I perasan yang I dah ketinggalan banyak keistimewaan sebab baru tahu mengenai kewujudan OctaPlus tapi sekarang I dah tahu macam mana nak dapatkan PulangTunai setiap kali berbelanja.

Beli belah secara ONLINE memang BEST sebab I tak perlu keluar rumah bazir minyak kereta dan bayar PARKING untuk I dapatkan barangan yang I nak. lagi satu I boleh cari juga barangan yang sama tapi dengan harga yang lebih berbaloi berbanding di kedai yang harga telah ditetapkan.



Bukan setakat Shopee sahaja yang you all boleh dapatkan PulangTunai di OctaPlus malahan tempat beli belah secara 'online' seperti Lazada, Pomelo, LN-CC, JD, guardian, watsons dan SPORTSDIRECT pun ada, Pulang Tunai antara 1% sehingga 8% - banyak kannn...hee


Dalam Octaplus juga ada tawaran terbaru dimana korang boleh dapatkan barangan yang korang suka dengan harga diskaun kaw-kaw contohnya NIKE Air VaporMax 2019 dalam JD Sports dari RM1,164.20 jadi RM815 saja sepasang. Rasa macam berbaloi, dah lah dapat diskaun dapat lagi PulangTunai, eh gembiranya bila wujud servis macam ni seperti OctaPlus.

Apa itu OctaPlus ?

OctaPlus secara umumnya berfungsi untuk menjadikan pengalaman membeli-belah anda lebih baik dam membantu memenuhi keperluaan anda ketika membeli belah. Anda juga berpeluang untuk menikmati ganjaran setelah menjadi sebahagian daripada keluarga OctaPlus.

Setiap kali anda melakukan pembeliaan di OctaPlus, anda akan menerima PulangTunai terus masuk ke dalam Dompet elektronik PulangTunai, anda boleh keluarkan wang tersebut ke dalam akaun bank anda apabila anda mencapai minima RM8 dalam amaun pengeluaran.


Apa kelebihan yang anda dapat dengan Octaplus ?

Anda dapat berkongsi serta mengetahui pelbagai cara untuk membeli belah di dalam komuniti Octaplus yang semakin berkembang dengan memberi ulasan terbaik malahan anda juga dapat mengumpul BalikTunai, mata ganjaran dan OctaSeeds.

Paling menarik anda juga akan mendapat pulangan tunai yang agak tinggi setiap pembeliaan dengan Octaplus. Best tak ?

Dengan BalikTunai, mata ganjaran dan OctaSeeds yang telah berjaya dikumpul melayakkan anda untuk menuntut wang tunai dan menebus pelbagai hadiah yang menarik seperti :

Banyak lagi hadiah yang boleh anda tebus dengan mata ganjaran yang telah anda kumpul di > sini<

Daftar dan muat turun aplikasi Octaplus untuk nikmati ganjaran



Mulakan langkah yang mudah untuk mengumpul mata ganjaran dan balik tunai apabila anda mendaftar dan muat turun aplikasi Octaplus di > SINI<  atau scan QR code tertera :

Setelah anda mendaftar, anda akan menerima RM3 sebagai bonus selamat datang dan juga 600 mata ganjaran sebagai permulaan sebelum anda memulakan pengalaman membeli-belah anda bersama OctaPlus.

Kongsi juga mengenai OctaPlus dengan menggunakan link rujukan anda pada kawan-kawan seperti QR Code di atas dalam akaun anda. Anda juga akan menerima RM3 setiap kali rujukan berjaya.

Sertai peraduan RUJUK OctaPlus kepada rakan-rakan anda

Berita baik untuk anda yang suka berkongsi segala kelebihan kepada rakan-rakan anda mengenai OctaPlus. Anda bukan sahaja dapat mendapat BalikTunai, mengumpul mata ganjaran dan OctaSeeds malahan anda berpeluang untuk menjadi Pemenang TOP 3 apabila anda memperkenalkan OctaPlus dan mengajak rakan anda muat turun aplikasi OctaPlus bermula dari 4 November - 11 November 2019 ! Antara hadiah yang ditawarkan untuk Pemenang TOP 3 adalah :


  • 1st Prize - Amazfit Stratos Xiaomi Huami Pace 2 Smart Sports Watch+ 2000 reward point
  • 2nd Prize - Panasonic EH-NA45P Nanocare Hair Dryer- Pink+ 1200 reward point
  • 3rd Prize - [Global Version] Xiaomi Mijia CCTV Camera Wifi 2MP 1080P + 500 point
Best ke tak Best hadiah yang ditawarkan ? I teruja betul tengok Panasonic EH-NA45P Nanocare Hair Dryer tu tau. I pun nak JOIN juga !

Apa anda tunggu lagi ?! - Jangan lupa MUAT TURUN sekarang OctaPlus dan nikmati semua ganjaran yang ditawarkan ! di : http://onelink.to/syafierayamin

Selamat Berjaya buat duit dengan OctaPlus !

Sambutan Hari Jadi Dr Zyro Wong Bertemakan Mitos Oriental & Lagenda

$
0
0

Tema Hari Jadi Yang Penuh Lagenda

Minggu lepas I berkesempatan menghadiri majlis sambutan hari jadi Dr Zyro Wong yang bertemakan mitos oriental dan lagenda. Cerita mitos seperti cerita Chun Li, My fair princess kalau you all ingatlah.. masa I kecil-kecil dulu I selalu tengok cerita mitos macam ni, seronok bila dapat menghadiri majlis sambutan macam ni tau..apa pun Selamat Hari Jadi I ucapkan buat Dr Zyro Wong semoga sentiasa berjaya pada masa akan datang. Majlis kali ni lebih daripada 200 tetamu termasuklah selebriti, media dan blogger di Plaza Arcadia Desa Parkcity.. satu-satunya majlis yang paling lama I pernah hadiri dari petang sampai ke tengah malam...

Jumpa Chun Li depan mata, baju I sama warna dengan Chun Li..

Dr Zyro Wong kostum yang pertama diperagakan

Antara tetamu yang memakai pakaian mengikut tema
 Tetamu yang hadir ke Majlis Sambutan Hari Jadi Dr Zyro Wong 

Antara tetamu yang hadir ialah Amber Chia, Happy Pola, Xavier (HK), Fara Dolhadi ( Asia Got Talent 2019), ahli perniagaan seperti Tan Sri James Tan, Dato' Sri Dzulkarnain, Dato' Sri Steven Tan, Tengku Normah, Dato' Anthony Cheng, Dato' Sri Vincent Tiew dan Dato Jovi Heng, Datin Maylene, Datin Geraldine, Prof Coco Alex.

Uish terkejut I ada juga Happy Pola in da house..

Penyanyi Simon dan Max


Penyanyi dari Asia Got Talent 2019 Fara Dolhadi

Pengumuman pemenang pakaian yang mengikut tema
Sumbangan di salurkan pada mereka memerlukan

Seronok tau sebab sambutan hari jadi ni dipenuhi dengan aktiviti yang menarik dari tarian, nyanyian dan paling penting ianya juga adalah majlis AMAL dimana segala kutipan derma akan didermakan pada mereka yang memerlukan. Sempena sambutan hari jadi Dr Zyro Wong yang ke-29, beliau berjaya membuat kutipan lebih dari RM6,000 ( RM3K ke The Kiwanis Club Of Bangsar, RM 1,000 untuk Rotary Kasih, RM1K untuk The Giving Bank dan RM1,000 untuk Gem & Bread). Salah satu usaha yang patut kita amalkan demi komuniti.

Sumbangan ke Rotary Kasih

Sumbangan ke The Giving Bank

Sumbangan ke Gem & Bread

Sumbangan ke The Kiwanis Club Of Bangsar
 Barisan penaja yang telah menjayakan majlis

Majlis sambutan Hari Jadi Dr Zyro Wong Bertemakan Mitos Oriental & Lagenda bertambah menarik apabila terdapat banyak hadiah cabutan bertuah yang ditaja oleh ChangJiang White Coffee dan milk tea dari Ipoh, Lip & Co, Empro Cosmetic, ePure Skincare yang menaja produk kecantikan, Boutiquinn yang menaja spekmata, dan Aaron Lim serta QVC Creative Communication. Malam tu I tak bertuah tapi bersyukur dapat menyertai sambutan majlis yang penuh lagenda ni.

Penghargaan untuk 55 Kitchen and Bar


Sekalung penghargaan untuk Smileway Dental

Penghargaan untuk EmpComm untuk iklan Billboard

Kopi dan Teh yang sangat enak dan lazat dari ChangJiang!

Wah barangan dan baucer best yang I dapat dari majlis !
Barangan yang I dapat dari Majlis Sambutan Hari Jadi Dr Zyro Wong Bertemakan Mitos Oriental & Lagenda pun BEST habis ! Terima Kasih Fei Fei Crab dan Restaurant, Smileway Dental, Vanzo Car Air Freshener, Lip & Co., ChangJiang dan  Sompoton Spa bagi baucer, tak sabar nak pergi SPA.

Apa pun Selamat Hari Jadi yang ke 29 buat Dr Zyro Wong - Semoga Panjang Umur Murah Rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat lakukan amal jariah sepanjang masa. :)

Ibu Nampak bergaya dengan Bag Jaeko Designs

$
0
0

Zaman Sekarang Ibu tetap Nak Nampak Stylo

Bila dah jadi mak orang of course suka bawa barang banyak-banyak.. ramai dah tegur tak rimas ke bawa barang banyak-banyak ni 😅 bendanya bukan rimas tapi memang dah terbiasa.. dulu bawa bag asing-asing.. bag diapers, bag botol, bag penjagaan kulit.. tapi sekarang 1 bag je muat banyak benda.. ada poket luar dan dalam.. boleh letak lebih dari 2 botol air.. bukan barang anak je muat.. mak punya makeup pun muat 🤣 recommended lah untuk mommies yang suka bawa banyak barang tapi nak nampak bergaya sama ada nak gaya silang atau gaya backpack..


Jae Ko Designs memahami kehendak Ibubapa yang ingin masa berharga bersama anak-anak

Pejam Celik Pejam celik, masa pantas berlalu sehingga kita tak sedar yang anak-anak kita semakin lama semakin meningkat dewasa.. Oleh itu dengan mengimbangi bentuk dan fungsi, butiran terperinci dengan estetika, Jaeko Design telah mereka beg kulit yang lebih praktikal untuk ibu bapa moden dengan membantu kita menjadi lebih yakin dan lebih teratur, supaya dapat memberi fokus pada perkara yang lebih penting.

Rekaan Yang Menarik menjadikan Ibu dan bapa yakin meghadapi cabaran setiap hari

Bag Jaeko ni I rekomen pada ibu dan bapa yang :

  • Suka semua benda teratur
  • Untuk bawa anak-anak berjalan jauh
  • Suka berfesyen
  • Pentingkan ciri-ciri tahan lama
Lepas ni siapa kata pakai beg diaper tak boleh nampak stylish tunjukkan mereka Jaeko Bag ni pasti semua WOW tengok beg ni, boleh jadi sling boleh jadi backpack.. lagi satu beg ni material dia pun sangat berkualiti.. nampak macam tahan lama dan kalis air tau.



Ciri-ciri Jae Ko Diaper Bag
  • Terdapat empat warna untuk mengikut warna pilihan : Hitam, Merah Jambu, Kelabu dan Biru
  • Logo plat logam emas
  • Permukaan kulit vegan yang lembut dan segar.
  • Ringan dan tahan lama.
  • Nylon kalis air bahagian dalam
  • Dimensi: 34cm x 30cm x 14cm.
  • Zip emas dan perkakasan untuk sentuhan yang bergaya.
  • Sebanyak 13 poket, termasuk poket penebat untuk botol, dan ruang poket untuk ibu di bahagian depan.
  • Termasuk tali messenger
  • Termasuk tali backpack yang boleh ditanggalkan untuk kemudahan tambahan.
  • Termasuk Tali Jae Ko - stroller
  • Termasuk Jae Ko Binky Pod untuk menyimpan pacifier atau barang lain yang lain.
Tali Lebihan untuk Sling dan Stroller

Alas tukar lampin bayi


Poket yang banyak untuk simpan barangan


Beg untuk simpan puting bayi

Tanda Nama untuk beg



Menariknya penjagaan Beg Jae Ko Design sangat mudah, hanya lap dengam kain lembab untuk permukaan nampak bersih sebab ianya tahan lama dan kalis air.





Adakah pemakanan kanak-kanak di Malaysia cukup nutrisi?

$
0
0

Pemakanan Kanak-kanak Malaysia Mungkin Kurang Nutrisi

Sebagai seorang ibu, perkara yang paling bimbang adalah pemakanan yang anak-anak I ambil. Betulkah mereka menerima nutrisi yang cukup ? Sebenarnya jika kekurangan nutrisi penting banyak benda yang tak baik akan berlaku terutamanya mudah cepat sakit seperti demam dan kurang tekanan darah.

Usaha menangani kekurangan zat makanan di rantau ini telah diberi perhatiaan dan kajian baharu akan diteruskan untuk mendapat maklumat lebih lanjut mengenai isu ini telah dilakukan.

Kuala Lumpur, 7 November 2019 - Penyelidik utama bagi Kajian Nutrisi Asia Tenggara I (SEANUTS I) di Malaysia, Profesor Dr. Poh Bee Koon dari Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) percaya bahawa kanak-kanak di rantau ini, terutama kanak-kanak Malaysia, masih terkesan dengan tabiat pemakanan yang kurang nutrisi.

Walaupun kajian SEANUTS I telah selesai pada tahun 2011, Profesor Poh ketika berucap di majlis tandatangan kerjasama antara syarikat induk Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) FrieslandCampina dan UKM bagi merasmikan permulaan SEANUTS II berkata, bahawa kanak-kanak tempatan dan di rantau ini masih belum mendapat nutrisi yang cukup dalam diet mereka.


Menurutnya lagi, tinjauan di Malaysia menunjukkan satu daripada lima orang kanak-kanak :
  • mempunyai berat badan berlebihan atau obes
  • hampir satu daripada 10 kanak-kanak terbantut untuk usia mereka
  • satu dalam 20 kanak-kanak mempunyai masalah kurang berat badan
  • hampir separuh daripada kanak-kanak tidak mendapat Vitamin D dan kalsium yang mencukupi, 
  • sebahagian besar kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun adalah tidak aktif secara fizikal.
Selain daripada Tarang dan Profesor Poh, majlis Memorandum Persefahaman tersebut turut dihadiri oleh Profesor Dr. Suzana Shahar, Dekan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM, Profesor Dr. Hidayatul Fathi Othman, Timbalan Dekan (Jaringan & Penjanaan), UKM, dan Professor Dr Siti Balkis Budin, Timbalan Dekan (Kajian and Inovasi), UKM, serta Panam Parikh, Pakar Utama, Pembangunan Nutrisi Global, FrieslandCampina & Koordinator Program, SEANUTS I & II.

Menurut Panam, SEANUTS I sudah menjadi kajian nutrisi dan kesihatan yang terbesar dan paling menyeluruh yang pernah dijalankan di Asia Tenggara, di mana sejumlah 16,744 kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga 12 tahun dikaji. Panam berkata FrieslandCampina bekerja rapat dengan institut dan universiti terkemuka di Indonesia, Thailand, dan Vietnam, dan dengan UKM di Malaysia untuk menyelesaikan kajian tersebut pada tahun 2011.

Panam berkata pemahaman tentang nutrisi yang baik adalah faktor penting dalam pertumbuhan, kesihatan dan perkembangan kanak-kanak. FrieslandCampina telah bekerjasama dengan kerajaan, NGO dan pakar pemakanan dan profesional penjagaan kesihatan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada keluarga tentang nutrisi yang baik dan gaya hidup yang sihat untuk menyokong perkembangan kanak-kanak. 

Kami gembira untuk bekerjasama dengan UKM sekali lagi bagi SEANUTS II Malaysia. Edisi kedua kajian serantau ini akan melibatkan kira-kira 18,000 kanak-kanak termasuk 4,000 kanak-kanak dari Malaysia, katanya.

Kami berharap dapat meneruskan dialog ini dan melanjutkan kerjasama dengan SEANUTS
II,katanya. Kajian ini akan memberi kita lebih pengetahuan mengenai jurang nutris kanak-kanak
di rantau ini dan membantu kami untuk terus mengembangkan produk tenusu dan gaya hidup yang memenuhi keperluan mereka, tambah Panam.

Bagi SEANUTS II, maklumat yang akan dikumpulkan adalah berkaitan dengan status nutrisi, pertumbuhan, pengambilan makanan, aktiviti fizikal dan parameter biokimia kanak-kanak berusia enam bulan hingga 12 tahun. Oleh kerana masalah kekurangan zat makanan yang teruk di rantau ini, kaji selidik tersebut akan memberi tumpuan tambahan untuk mendapatkan pemahaman mengenai penggunaan protein dan khasiat, kerana protein adalah zat asas yang kritikal untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Keputusan dijangka akan diperoleh pada tahun 2021 dan akan digunakan untuk membangunkan kaedah campur tangan khusus sesebuah negara, memperkukuhkan pengetahuan saintifik dan menyokong dasar kerajaan.

Kaji selidik: SEANUTS I & II

SEANUTS II adalah kajian susulan SEANUTS I yang dijalankan pada 2010-2011. Hasil dari tinjauan pertama mengesahkan wujudnya masalah ‘lapar tersembunyi’, iaitu isu pemakanan dan kesihatan yang penting di Asia Tenggara. Istilah 'lapar tersembunyi' menggambarkan masalah kekurangan khasiat yang tidak nampak dengan jelas. Secara keseluruhannya, kanak-kanak mungkin kelihatan sihat atau bahkan terlebih makan tetapi mereka mungkin masih mengalami kekurangan mikronutrien seperti vitamin D dan kalsium, yang merupakan komponen penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan mereka. Keputusan SEANUTS I berjaya diterjemahkan ke dalam program nutrisi dan gaya hidup untuk menyokong dasar kerajaan. Tinjauan yang diperoleh telah digunakan untuk membangunkan Piawai Nutrisi FrieslandCampina dan membawa kepada pembaharuan banyak produk.

REMDII produk yang sesuai untuk seisi keluarga

$
0
0

Cari produk yang sesuai untuk seisi keluarga.
Bestnya jadi ibubapa nowadays kan.. dulu-dulu kalau nak beli produk penjagaan diri.. mesti nak kena cek yang mana sesuai untuk mak, untuk ayah , untuk budak-budak atau untuk bayi..bukan apa sebab kalau silap pilih produk boleh iritasi ye kulit memasing lagi-lagi yang ada eczema.. tapi produk @remdiisensitiveofficial yang I dah cuba hampir seminggu ni bagi I 'WOW Impression!!' Especially REMDII Gentle Hair Shampoo sesuai untuk semua jenis rambut... rambut I yang nipis nampak macam lebih tebal sikit dari sebelum lepas beberapa cucian.. rambut Adelia pun nampak lebih berkilat, sihat, tak kusut-masai dan lebih senang nak urus..

REMDII Calming Body Wash & REMDII Gentle Hair Shampoo
REMDII Calming Body Wash (Blue) adalah pencuci badan tanpa wangian dan SLS untuk kulit kering dan sensitif. Ia mengandungi jenis vitamin E yang 60X lebih kuat yang berfungsi menjaga kulit anda dari dalam.


REMDII Gentle Hair Shampoo (Orange) adalah syampu untuk semua jenis rambut, mengandungi vitamin E yang 60x lebih kuat untuk penembusan yang lebih mendalam. Ia juga tidak mengandungi wangian dan SLS , sesuai untuk scalps sensitif.


Selain dari shampoo yang buat I impressed habis, REMDII juga hadir dengan Calming Body Wash, Intensive Moisturizing Cream dan Ultra Sensitive Intensive Repair Cream..

REMDII Ultra Sensitive (Yellow)

REMDII Ultra Sensitive (Yellow) adalah krim pelembap ultra sensitif dengan teknologi ceramida Teknologi Mimic Skin dengan tocotrienols dan tocopherol spektrum penuh yang dihantar ke dalam kulit.


REMDII Sensitive (Green) adalah krim pelembap yang ringan, tidak berminyak, dan mengandungi spektrum tocotrienol dan tocopherol yang penuh. Sistem penyampaian yang dipatenkan berfungsi untuk membaiki dan melembapkan kulit dari dalam, sambil menenangkan kulit di bawahnya secara selamat, secara semulajadi dan berkesan.


REMDII bebas dari bahan kimia berbahaya dan 0% sabun, 0% paraben, 0% sulfate, 0% pewarna, 0% wangian dan 0% minyak mineral.

Kandungan Vitamin E semulajadi dan vitamin C terdapat dalam produk REMDII ni.

Telah diuji secara klinikal dan terbukti dapat membantu mereka yang ada masalah kulit sensitif.

Nak tahu lebih lanjut, sila layari :

- website: www.remdii.com
- Fb: REMDII Health and Skincare
- Instagram: remdiisensitive official

Mengimbau kembali Nostalgia Barbie dan Hot Wheel di Lost World Of Tambun

$
0
0
I jadi kanak-kanak balik semula bila di Lost World Of Tambun Yay !
Seronoknya Mengimbau Sejarah Lama bersama Barbie dan Hot Wheels

Sempena cuti sekolah tak lama lagi ni, banyak aktiviti yang mak dan anak boleh join bersama dan serta lakukan apa sahaja yang diingini ! Di Lost World Of Tambun adalah taman tema pertama yang bekerjasama dengan Hot Wheels dan Barbie untuk mengimbau kembali zaman kanak-kanak yang telah lama berlalu kini kembali lagi menceriakan mak dan anak-anak bermula dari 23 November hingga 31 Disember 2019 !

Gerbang menuju ke dunia yang penuh keceriaan bersama Barbie dan Hot Wheels !

'Come on, Barbie, let's go party.'

Barbie ni masa zaman I kecil-kecil pun I layan lagu lama 'Come on, Barbie, let's go party.' Tapi sekarang tak sangka boleh layan lagi kegembiraan bersama Barbie dengan anak-anak I pula. Barbie sekarang dah tak terhad, tapi hadir dengan pelbagai jenis bentuk dan saiz badan malahan lebih banyak pekerjaan yang telah Barbie rungkaikan mengikut peredaran zaman masa ke semasa.


Barbie – “You Can Be Anything”

Di Lost World Of Tambun, pengunjung berpeluang untuk mengambil gambar di rumah impian kerjaya Barbie dan meneroka kerjaya yang berbeza dalam zon ‘You Can Be Anything’ untuk berdandan. Anda juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjaya yang paling ikonik Barbie telah dipegang sejak 60 tahun yang lalu.

Pada tahun ini, Mattel mengumumkan Jelajah Barbie ‘You Can Be Anything’ sempena 60 tahun memberikan inspirasi tanpa batasan kepada setiap gadis. Hari ini, Barbie mencetuskan imaginasi dengan kerjaya yang menarik dan fesyen yang menyeronokkan yang memberi inspirasi serta potensi
tanpa batasan kepada setiap gadis.


“Selama 60 tahun, Barbie adalah gadis yang berjaya, memberi inspirasi kepada pelbagai generasi untuk mempercayai dan memberikan mereka dengan pelbagai pilihan. Lebih daripada 200 kerjaya, bertanding sebanyak 6 kali untuk presiden dan angkasawati pertama ke Bulan sebelum Neil Armstrong, Barbie terus berkembang menjadi contoh moden serta relevan untuk semua peringkat umur.” Kata Lisa McKnight, Pengurus Besar dan Naib Presiden Kanan Barbie


Hot Wheels – Challenge Accepted
Jelajah Lagenda Hot Wheels yang pertama yang diadakan pada 2018 telah menerima kunjungan lebih 3,600 buah kereta dan 65,000 orang peminat daripada semua lapisan umur dan seluruh pelusuk dunia sempena menyambut 50 tahun ulang tahun Hot Wheels.

Perhatian kepada pelumba, ada cabaran baru di bandar untuk anda ! Lost World Of Tambun membina trek lumba untuk Hot Wheels untuk para peminat Hot Wheels. Kanak-kanak boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek setiap hari. Anda juga boleh melawati zon Challege Accepted dan menonton perlumbaan terakhir yang diadakan pada jam 4 petangsetiap hari dan berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels.

Hot Wheels telah menyemarakkan semangat pencabar dalam generasi kanak-kanak selama lebih daripada 50 tahun, dan kini kami memperjuang belia dalam pelbagai sukan yang menguji kemampuan ke tahap maksimum dan memperbaiki kemahiran mereka,' kata Ricardo Briceno, Pengarah Kanan Hot Wheels Global Pemasaran Jenama di Mattel.


Hot Wheels telah menyemarakkan semangat pencabar dalam generasi kanak-kanak selama lebih daripada 50 tahun, dan kini kami memperjuang belia dalam pelbagai sukan yang menguji kemampuan ke tahap maksimum dan memperbaiki kemahiran mereka,' kata Ricardo Briceno, Pengarah Kanan Hot Wheels Global Pemasaran Jenama di Mattel.

Barbie dan Hot Wheels adalah dua jenama mainan yang paling ikonik di dunia dengan peminat setia mereka sendiri dan gabungan kedua-dua jenama ini sangat istimewa. Kami teruja untuk menjemput kedua-dua jenama ini bagi kempen ‘Awesome Holidays, Time To Play’.


Setiap tahun ketika cuti sekolah, taman tema kami menjadi lokasi percutian yang ideal untuk keluarga menikmati percutian menggembirakan serta memuaskan. Kerjasama dengan kedua-dua jenama yang paling dikenali ini bersama dengan taman tema kami dijamin merupakan percutian yang sempurna untuk semua peringkat umur," kata Nurul Nuzairi, Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun.

Kanak-kanak akan terpesona dan merasa kagum dengan ruang seni dan juga kawasan almari Barbie. Personakan anak-anak anda dengan ruang seni dan almari Barbie Khas buat mereka. Selain daripada ‘Meet and Greet’, anda juga berpeluang untuk menikmati parti minum petang bersama Barbie!


Parti minum petang bersama Barbie!





Bagi meraikan pelancaran kolaborasi ini bersama Mattels, Hot Wheels and Barbie akan berlangsung di Lost World Of Tambun Waterpark dari 23 November hingga 31 Disember 2019. Pengunjung akan mendapat akses ke acara eksklusif ini pada RM 77 (MyKad rate) dan akan mendapat barangan premium percuma untuk 3 tiket dan ke atas bagi setiap transaksi di mana ia terhad kepada 4000 unit sahaja.

Maklumat lebih lanjut mengenai Lost World Of Tambun Waterpark dan tunggangan terbarunya boleh didapati di sunwaylostworldoftambun.com.

Bengkel Dekorasi Kek Cawan di Little Collins KL x The Asian Parents My

$
0
0
Blogger Emak-emak yang menyertai kelas kek cawan kali ini di Little Collins KL
Pengalaman dekorasi Kek Cawan bersama anak-anak

Minggu lalu I berkesempatan untuk bawa anak-anak menyertai bengkel buat kek cawan di Collins Kitchen Lab. Seronok tau ada aktiviti dekorasi kek cawan ni, Bukan Emak je yang belajar malahan anak-anak pun dapat belajar dengan seronok.

Bagi yang ingin berjinak membakar kek cawan atau buat kek atau hias kek, bolehlah pelajarinya di Collins Kitchen Lab. Ada kelas yang luas, pengchayaan yang terang dan persekitaran yang bersih dan cantik sesuai untuk fotografi kek dan manisan. Paling best warna pink pastel adalah warna utama untuk kelas kali ni.

Terdapat 2 sesi iaitu :
  • Sesi Dekorasi Kek Cawan bersama anak-anak
  • Sesi Dekorasi untuk emak-emak (challenging sikit)
Bahan-bahan semestinya sudah disediakan so Mommies jangan risau..  Apron pink pastel pun ada... 



Kanak-kanak ni sebenarnya memang suka aktiviti dekorasi kek cawan ni sebab bukan je dorang boleh cipta dengan rekaan sendiri tapi boleh makan sekali hasil rekaan mereka.. apa pun Adelia kali ni deko kek cawan dengan Auntie Rubi ye.. heee.. dia tak ingat dah mama dia...


Macam-macam dan pelbagai bentuk yang dihasilkan oleh anak-anak. Lepas dah letak krim atas kek cawan.. ada sprinkles thingy bentuk bintang berwarna warni boleh ditaburkan atas kek cawan tadi. Hasilnya memang cute-cute belaka kek cawan mereka ni. Mak pun join sekaki makan. hehe.


Muka HAPPY mereka lepas kek cawan dah siap. Lepas tu masing-masing makan bersama-sama. Terima Teacher Frances ajar anak-anak kami dekorasi kek cawan.

Next...

Kek Cawan Untuk Mommies pula... menggunakan Fondant.. memang nampak senang tapi bila buat ambil masa juga la.. nak pula anak-anak pun nak buat.. hee.. memang 3 tangan dalam dekorasi kek cawan untuk mommies kali ni...Semua emosi ada masa buat dekorasi kek cawan ni..terutamanya I la..


Bentuk dekorasi kek cawan menggunakan 'fondant thingy.' Cute nampak mudah tapi tak semudahnya ye...

Kelas dekorasi kali ini bersama Teacher Frances.

Teacher Frances ajar mommies macam mana nak kawal kelembutan 'fondant' tu.. sebab benda ni cepat keras tau, ala-ala tanah liat gitu tapi yang ini boleh makan la..


Fondant ni kita kena lenyek-lenyek sampai dia lembut seperti mochi gitu... bila dah lembut baru senang nak bentuk karakter yang kita ingini.. dan perlu di simpan secepat mungkin dalam plastik supaya masih lembut.. kalau dibiar kat luar lama-lama nanti dia jadi keras balik tau..


 Bahan yang perlu untuk lembutkan fondant tu mestilah ada pengalas yang bersih, tepung jagung untuk tak nak kasi fondant ni melekat, penguli dan acuan..


Salah seorang emak yang busy menguli fondant sambil merakam perbuatannya.. tengok keseluruhan teknik dan gaya masing-masing mendekorasi kek cawan ni video di bawah :





Tadaa... hasil dekorasi kek cawan menggunakan fondant di Little Collins KL.. Ada mulut Bear besar kecil.. masing-masing mempunyai kreativiti tersendiri... Sayang betul nak makan bila kek cawan cantik macam ni kan..


Apa pun terima kasih pada Teacher Frances, Little Collins KL dan The Asian Parents My yang menjemput kami belajar buat dekorasi kek cawan serta melayan kerenah anak-anak kami.. dan paling BEST kami dapat bawa balik Biskut Ginger Bread, kek pelangi, makaron, biskut chips, kek cawan yang kami dekorasi dan fondant jar sebagai goodies bag kami.

So time cuti sekolah ni jangan lupa ya bawa anak-anak sertai Kelas pastri macam ni. Bagi yang tahu lebih lanjut mengenai bengkel pastri di Little Collins KL, sila layari :

www.littlecollinskl.com

#collinskitchenlab #theAsianparentMY

Sesi WorkOut di Epique+ Fitness, Zouk Resorts World Genting

$
0
0

Trip kali ni tak tahu pula ada sesi workout tapi last minute ada dalam list, apa lagi I join  juga sebab bukan selalu dapat work out dalam Zouk macam ni..

Zouk Genting berkoloborasi bersama Epique+ Fitness dimana sesi kali ni menggunakan pergerakan mengikut muzik gitu.. Dapat alami pengalaman kecergasan yang unik bersama soundtrack mendebarkan dengan lagu-lagu EDM pun dah cukup Best sebab  ianya sangat sempurna untuk pengempaman jantung yang lebih lancar dan pengaliran darah yang baik tau.. lemak pun menggulupur bila badan mula bergerak aktif.


Warm up dulu lepas tu ada beberapa senaman kena buat.. pergh boleh tahan juga berpeluh habis guys buat sesi work out macam ni walaupun berada di Resorts World Genting yang sejuk-sejuk tu..

HIIT In The Highlands bersama 2 juru latih yang berpengalaman iaitu : Alando Atkinson dan Jean Liew the master trainers suruh kitaorang yang chubby-chubby belaka join the exercises selama 45 minit macam tu untuk membina kekuatan otot dan meningkatkan daya tahan  dalam latihan badan intensiti dalaman.


Apa pun TAHNIAH pada bloggers yang sanggup sertai sesi workout kali ni.. bukan sekalu dapat tau bersenam sambil menari dengan lagu-lagu rentak beat off ni...nak pula jurulatih pun sedap mata memandang memang bersemangat habis lah nak buat sesi senaman macam ni hahaha..

The torture session ahahaha...

Sizzling Suzai tetap teruskan walaupun dan terasa penatnya...
Aktiviti di Zouk macam ni you all boleh lawat www.rwgenting.com untuk maklumat lanjut tau.

Rumah Seram Train To Busan di Resorts World Genting

$
0
0


Tuan-tuan & Puan-puan



1. Selamat malam semua! Selamat datang ke Resorts World Genting! Saya harap anda semua sudah bersedia untuk sesuatu yang menakutkan dan menggerunkan, kerana pada malam ini, sesuatu yang menyeramkan sedang menuju ke sini.

2. Tetapi, sebelum itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil dari Kedutaan Korea kerana sudi hadir ke majlis pada malam ini. Ia amat bermakna buat kami kerana majlis pada hari ini berkait rapat dengan negara itu. Saya juga ingin sampaikan ucapan terima kasih kepada Jed Mok, Ketua Pengawai Eksekutif VividThree untuk maklum balas beliau dan masa yang diberikan kepada kami untuk merealisasikan pertunjukan ini.

Dari kiri ke kanan : Katherine Chew (Vice President of Resort Communications and PublicRelations of Resorts World Genting), McKin Lee B. Jin (Honorary Chairman of Malaysia Korea Chamber ofCommerce), Jzune Wong (Business Development Manager of AirAsia)  Roger Ong (Assistant VicePresident of Entertainment Events of Resorts World Genting)

3. Anda dengar tidak? Bunyi kereta api sedang menuju ke sini. Itu adalah Train To Busan, dan ia akan membawa anda semua untuk satu pengalaman luar biasa dalam Rumah Seram Train To Busan. Kami amat gembira dengan pelancaran ini kerana ia merupakan satu pengalaman unik yang dihasil daripada filem Korea terhebat di sini di Resorts World Genting, bertepatan dengan sambutan Halloween. Zombie-zombie dalam perjalanan ke sini dan terpulang kepada anda untuk mengelak, lari dan meloloskan diri daripada mereka. Sambil itu, kami juga berharap semua akan menikmatinya.

I masih tak tahu apa motif cermin ni, tapi I risau gak kalau zombie keluar mengejut dalam ni.. dah la kitaorang tersesat dalam cermin ni.. kalau nampak zombie mesti ramai-ramai ketakutan nak larikan diri... GOOD JOB yang part ni..
4. Tuan-tuan dan puan-puan, kami begitu teliti dalam mencipta dan mereplikasi kembali filem blokbuster dan ia merupakan sesuatu yang unik di Resorts World Genting. Menerusi teknologi terkini dan konsep hiper realiti, dan disokong kekuatan filem yang digemari ramai, kami telah mencipta sesuatu yang cukup istimewa.

5. kami, anda dapat merasai kembali adegan-adegan daripada filem itu secara dekat, jiwai watak-watak watak-watak protagonis dan tanya diri sendiri ‘apa yang saya akan lakukan sekiranya dikejar zombie? Dan rasai sendiri perasaan takut, tegang dan harapan sama seperti dalam filem ketika anda berjuang untuk menyelamatkan diri. Kami berharap anda mampu melepaskan diri, kerana jika berjaya, kami akan pastikan anda menerima ganjaran untuk menikmati hidangan asli dan kebudayaan



Korea di bazar Streets of Seoul.
6. Rumah Seram Train To Busan kami merupakan contoh paling sempurna bagi menggambarkan dua dunia berbeza antara perfileman dan hiburan boleh bergabung untuk menghasilkan sesuatu yang amat menakjubkan. Ia sememangnya menjadi misi kami di Resorts World Genting dan kami tidak akan berhenti disini sahaja. Kami akan terus berinovasi dan dan secara konsisten memperkenalkan pengalaman baharu dan unik yang tidak akan ada di tempat lain kecuali di sini sahaja, iaitu di Genting. Ia merupakan sebahagian daripada usaha meningkatkan tawaran kami kepada pengunjung tempatan, serantau dan global – dimana setiap seorang dapat merasai sendiri perjalanan yang berbeza-beza.

7. Jangan lupa dapatkan tiket anda, cari platform dan masuk. Naik kereta api dan biarkan kami bawa anda untuk merasai satu perjalanan. Stesen kereta Api Train To Busan kini dibuka, dan pengembaraan menakutkan anda akan bermula. Pastikan anda mengelak zombie, kalau tidak anda mungkin jadi seperti mereka.

Bahagian LUAR pun dah seram tau...
Train To Busan ni memang I nanti-nantikan nak pergi, Yay sekarang dah berada di sini.. Based on movie Train To Busan tu sebab wujudnya rumah seram ni.. siapa yang layan cerita ni mesti nangis tengok kan bab pengorbanan seorang bapa yang sanggup hantar anak ke Busan supaya terselamat dari jadi Zombie...

Diadaptasi daripada sebuah filem blokbuster seram Korea Selatan pada tahun 2016, Train To Busan, Resorts World Genting bakal mempersembahkan perjalanan kereta api seramnya sendiri selama dua bulan yang bakal menawarkan pengalaman menakutkan sambil berseronok buat peminat filem berkenaan dan kaki-kaki filem seram. Dengan kutipan kasar pecah panggung melebihi US$93 juta, Train To Busan merupakan filem Korea paling berjaya. Di Malaysia, ia berjaya mencatatkan jualan kasar melebihi RM21 juta dan masih mengungguli senarai kutipan Korea tertinggi. Baik penonton tempatan mahupun luar negara, semua orang tahu bahawa ia menceritakan kisah seorang bapa dan anak perempuannya yang cuba menyelamatkan diri daripada wabak zombie – ia telah digambarkan sebagai ‘satu pengalaman unik dan amat menghiburkan menerusi cubaan genre seram zombie’ dengan ‘pelbagai komen sosial…dan aksi lakonan hebat.’
Kalau ada sesiapa yang nak alami sendiri berada dalam train dengan Zombie bolehlah naik Resorts World Genting..

Ada 4 kawasan dalam Train To Busan ni antaranya ialah Haunted ROOM - Train 1 Train 2, VR reality tembak zombie dan survivor camp.. kawasan ni tempat masuk ni ala-ala KTM gitu siap ada tempat nak touch n go lagi.. heee.. memang terasa seperti dalam train station la..

VR reality tembak ZOMBIES..
Terdapat dua bahagian pengalaman tambahan Train To Busan yang disediakan. Di dua kem induk, pengunjung yang selamat daripada hura-hara dalam kereta api boleh mengangkat senjata untuk berperang dengan segerombolan zombie dalam permainan Realiti Maya dan pelbagai aktiviti interaktif lain. Ia termasuk memakai baju perisai dan menggunakan senjata dalam mempertahan kawasan kuarantin daripada serangan zombie – sama seperti penamat dalam filem – atau kejar masa untuk mencipta vaksin melawan virus. Jika semua ini kedengaran seolah-olah memenatkan dan meletihkan, jangan risau ada ganjaran untuk semua orang: buat mereka yang berjaya menyelamatkan diri daripada Train To Busan, Seoul Retail Street yang terkenal dengan hidangan terbaik Korea dan budaya K-pop adalah hadiah anda.

Area Survivor Camp..
Penggembaraan ini akan mengandungi beberapa bahagian dimana masing-masing memiliki aktiviti interaktif yang tersendiri. Mengikut plot daripada filem – di Seoul, si ayah dan anak perempuannya memulakan perjalanan ke Busan – bahagian pertama Rumah Seram bertemakan persekitaran Stesen Seoul. Para penumpang akan mendapati diri mereka terperangkap di stesen berkenaan, mengelak zombie dan cuba menyelamatkan diri melalui Bilik Stor, Pasar Raya, Kedai Kopi, Koridor, Laluan Tandas dan Pagar Sesat Bercermin untuk berjaya: hanya keretapi tersebut dapat menyelamatkan mereka daripada mimpi ngeri itu.

Bahagian hanuted room train Lost In Daejeon
Kesemua gabungan itu menjadikan Train To Busan satu kejayaan dalam dunia sinematik. Ia kemudian digarab menjadi satu pengalaman hiper realiti unik di Rumah Seram Train To Busan. Dibangunkan dengan kerjasama antara Resorts World Genting dan pakar reality maya Vividthree, Rumah Seram menggabungkan kesan khas yang praktikal, set dengan butiran terperinci dan juga menggunakan teknologi terkini visual serta maya untuk bawa para tetamu ke dalam dunia penuh dengan cabaran dan aksi menakutkan yang begitu dekat.

Zombie Camp
Tetapi kereta api itu turut dijangkiti. Bahagian kedua Rumah Seram pula akan mengambil tempat di dalam kereta api ke Busan. Sama seperti watak-watak dalam filem tersebut yang perlu mencari jalan untuk ke bahagian hadapan kereta api bagi menyelamatkan diri untuk sampai ke Busan (dimana zon kuarantin diwujudkan), penumpang Rumah Seram perlu menghadapi beberapa cabaran: perlu sampai ke Platform Kereta Api dan bahagian Gerabak

Penumpang, melalui Gerabak Kargo Bahan Kimia dan Makmal CDC, sebelum selamat. Anda mungkin akan dijangkiti dan kembali menghantui mereka yang masih ada keberanian untuk meneruskan penggembaraan. Teruskan ke kawasan selamat, atau tewas ketika mencuba.

Kalau kat sini wajib tangkap gambar dengan props Train to Busan ni ye.. terselit zombie seekor kat situ...
Rumah Seram Train To Busan akan bertolak di Taman Tema Tertutup Skytropolis bermula 31 Oktober 2019. Ia akan dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad, 1 November hingga 1 Disember 2019, dan setiap hari bermula 2 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020. Tiket-tiket dijual pada harga RM90 (RM80 untuk ahli Kelab Ganjaran Genting). Terdapat juga pakej kombo Rumah Seram sekali masuk bersama Pas Previu Skytropolis pada harga RM128. Buat pengunjung yang ingin memotong barisan, boleh berbuat demikian dengan membeli Pas Ekspres berharga RM30. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118.

Untuk pemegang kad ahli BIG AirAsia, sila layari airasia.com untuk pembelian tiket.

Karnival Starlight yang pertama di Resorts World Genting melabuhkan tirai pada 2 November yang lalu

$
0
0

Karnival Starlight yang pertama di Resorts World Genting

Tayangan filem di kawasan terbuka ini akan memberikan satu suasana baharu ketika menonton terutamanya apabila angin bertiup lembut dan ditambah kedengaran bunyi haiwan malam untuk memberikan faktor lebih ‘wow’ ketika tayangan. Karnival Starlight memiliki tarikan berbeza-beza serta menghiburkan. Di Pawagam Karnival, filem blokbuster karpet merah yang ditayangkan termasuk, A Star is Born, Chicago, Jersey Boys, Mamma Mia & Hairspray. Kesemuanya akan ditayangkan pada skrin layar besar untuk dinikmati para pengunjung sambil duduk di atas beg kekacang dan kusyen.


Kami bekerja keras untuk menyediakan senarai filem terbaik, makanan dan pelbagai aktiviti untuk semua lapisan pengunjung baik pasangan kekasih mahupun seisi keluarga. Oleh itu saya berharap para tetamu akan menikmati pengalaman istimewa yang telah kami sediakan dan teruja dengan penganjuran Karnival Starlight ini.” Namun, di Resort World Genting, cuacanya sentiasa sejuk sepanjang tahun dan ia menjadikan kami tempat paling sempurna untuk menganjurkan acara karnival terbuka ala-Eropah ini.  “Karnival Starlight adalah terjemahan kami dalam mewujudkan suasana paling indah untuk malam penuh dengan kenangan,” kata Dato’ Edward Holloway, Naib Presiden Eksekutif Leisure & Hospitaliti. “Kita berada di kawasan tropika. Oleh itu cuaca panas dalam negara ini jarang mengizinkan acara secara terbuka dilakukan. 


Dilancarkan sejak 12 Oktober yang lalu, Karnival Starlight adalah sebuah festival di kawasan terbuka dengan suasana unik yang akan mengambil tempat pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu sebelum melabuhkan tirai pada 2 November 2019. Menampilkan empat elemen utama iaitu filem, muzik, makanan dan permainan, karnival ini adalah ramuan yang menggambarkan masa paling sempurna berlatar belakang suasana Taman Tasik Century.


Jika ia kelihatan seperti malam yang sempurna untuk keluar, maka Karnival Starlight Resorts World Genting yang dianjurkan buat kali pertama adalah tempat yang perlu anda berada sekarang ini. Bayangkan langit gelap dihiasi hiasan bintang-bintang, bergemerlapan seperti berlian bertentangan latar belakang satin. Mendengar irama dan melodi berkumandang seiring dengan aroma makanan berlegar-legar di udara. Di sebelah kiri terdengar jeritan keseronokkan di tapak pesta apabila ada yang memenangi hadiah; di sebelah kanan, kaki wayang bersedia untuk menonton filem-filem blockbuster.


Nikmati minuman sambil dibuai alunan bunyi akustik yang menginspirasikan di pentas Karnival Starlight.Dari matahari terbenam sehinggalah malam menjelang, ruang Karnival Starlight turut akan dipenuhi dengan melodi-melodi. Barisan pemuzik berbakat termasuk Aidan Soloist, VIBES, McBE Duo dan Double Aze akan membuat persembahan di atas pentas Gazebo untuk merancakkan lagi mood malam. 


Makan, Minum dan Bersuka ria di Dewan Oktoberfest Karnival Starlight

Oleh kerana Oktober dan bulan ini adalah untuk Oktoberfest, iaitu acara tahunan di German untuk meraikan asal usul bir di Munich. Resorts World Genting akan meraikan festival itu dengan cara tersendiri di Dewan Oktoberfest yang dianjurkan di sebuah kawasan lain di Karnival dengan menyediakan makanan, minuman dan hiburan. Tarikan utama Karnival Starlight menjanjikan suasana yang mesra untuk keluarga, buat mereka yang ingin berparti ada tempat yang boleh dituju. 

Dewan Oktoberfest turut dilengkapi hiburan muziknya sendiri. Mendendangkan lagu daripada
pelbagai genre termasuk klasik hingga ke modern dance, beberapa kumpulan pemuzik akan
mengambil giliran di pentas Dewan Oktoberfest untuk menghiburkan para tetamu. Antara
penghibur yang mengesahkan kehadiran termasuk Part III, Society of Souls, The Beatles and
Queen. Pada malam 2 November 2019, Zouk Genting akan mengambil alih pentas Dewan
Oktoberfest untuk mempersembahkan Resorts World Genting Zouk Live! buat kali pertama.

Sudah semestinya bir akan menjadi tarikan utama. Terdapat sehingga 19 jenis bir premium
disediakan daripada Carlsberg Special Brew ke Brooklyn OPA, Franzikaner Hefe ke Connor’s
Stout Porter yang akan dihidangkan dalam gelas sejuk. Bir biasanya akan digandingkan dengan makanan. Oleh itu Dewan Oktoberfest akan mempunyai kios makanannya sendiri. Menyajikan gandingan terbaik untuk segelas bir sejuk, para tetamu Oktoberfest boleh pergi ke kios Banger Hanger & Burgers untuk memilih hidangan sosej trufle, sosej kimchi, burger daging berkeju dan burger daging kambing pedas. Kepak ayam dengan pelbagai jenis sos terdapat di kios Extreme Wings manakala nanchos berkeju pula di Loaded Nachos.



Untuk minggu terakhir Karnival Starlight akan diberi sentuhan menakutkan sempena Minggu Halloween. Tanglung labu, zombie, sarang labah-labah akan menambahkan lagi suasana seram termasuk beberapa elemen yang menghidupkan sambutan pada malam Halloween.Ketika bulan Oktober sampai ke penghujung, ia adalah masa untuk menjadi takut.


Karnival Starlight telah berlangsung pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu bermula dari 10 Oktober hingga 2 November 2019. Acara Halloween Hujung Minggu pula akan bermula dari 31 Oktober hingga 2 November 2019. Karnival Starlight telah menampilkan satu acara khas Zouk Live pada 2 November 2019. Tiket-tiket dijual pada harga RM20 dengan caj pemprosesan sebanyak RM4, manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah masuk secara percuma. Pakej penginapan 2H1M di Hotel First World bersama dua tiket masuk ke Karnival Starlight turut disediakan pada harga RM246 bersih ataupun di Hotel Theme Park (RM628 bersih, sehingga 4 orang). Untuk maklumat lanjut, layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118.


Avengers : Damage Control kini di The Void, Resort World Genting

$
0
0

Marvel Studios dan ILMxLAB memperkenalkan Avengers : Damage Control 

Beberapa minggu lalu, Encik Suami dan I dah alami sendiri realiti maya di The Void, Resorts World Genting dengan tajuk baru dari Marvel Studios koloborasi bersama ILMxLAB iaitu Avengers : Damage Control.

Pengalaman realiti maya berasaskan filem ( Wakanda Forever tu kalau you all ingatlah ) yang menampilkan Letitia Wright, Benedict Cumberbatch, Paul Rudd, dan Evangeline Lilly.

Ianya telah diperkenalkan pada 3 Oktober 2019 yang lalu di San Francisco, California. Dimana peminat boleh alami sendiri berada dalam filem Super Heroes bermula dari 18 Oktober di The Void, Resorts World Genting. "Kami sentiasa mencari cerita baru bersudutkan kehidupan alam semesta untuk watak kami untuk diterokai. Selepas lebih daripada satu dekad sokongan hebat, kami teruja untuk memberikan peminat peluang yang sama untuk menjadi sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe, "kata Kevin Feige, PresidenMarvel Studios. "Memperluaskan watak untuk peminat alami MCU adalah sesuatu yang selalu kita cuba lakukan  seperti Avengers: Damage Control dimana kami mahu memberikan peminat berpeluang untuk menjadi pahlawan kegemaran mereka buat pertama kalinya. "

Wakanda Forever !
Selepas Marvel Studios mencatatkan pencapaian yang telah mencapai tahap tertinggi jayanya dengan membawakan Marvel Cinematic Universe kepada penonton di seluruh dunia iaitu Avengers: Damage Control kepada peminat untuk melangkah ke MCU buat kali pertama dan membentuk sebuah pasukan bersama Wira Mightiest Bumi!

I cuba Sut Respons Kecemasan untuk wanita ya.
Peminat telah diberikan peluang oleh Shuri (Letitia Wright) untuk menguji reka bentuk prototaip terkininya: Sut Respons Kecemasan dicipta dengan gabungan proprietari teknologi Wakandan dan Stark Industries. Apabila pasukan jahat yang campur tangan, para tetamu di Pusat Wakandan Outreach akan mendapati diri mereka sendiri direkrut beraksi serta meneroka lokasi ikonik di seluruh MCU. Peminat akan bertarung bersama Avengers seperti Doctor Strange (Benedict Cumberbatch), Ant-Man (Paul Rudd), Wasp (Evangeline Lilly), dan ramai lagi.


Kerjasama ILMxLAB sebelum ini dengan The VOID, Star Wars: Secrets of the Empire and Ralph Breaks VR, Avengers: Damage Control dipadankan dengan realiti maya serta set dunia sebenar seperti kesan fizikal seperti haba dan angin. Hasilnya adalah pengalaman unik yang mendalam: dunia maya yang peminat boleh menyentuh dan merasa denganmembawa watak-watak Marvel kegemaran mereka dalam kehidupan seharian yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Peluang untuk membawa alam semesta menjadi hidup menerusi filem yang mengujakan menjadi peluang sekali seumur hidup, "kata Shereif Fattouh, Pengeluar Kanan, ILMxLAB. Tonton Trailers di bawah.


"Avengers: Damage Control membolehkan kita menembak letupan repulsor dengan kedua belah tangan kita sendiri sesuai  dengan teknologi terkini Shuri. Pengembaraan asal ini membolehkan kita melihat dunia skrin tanpa batasan dengan menjadi watak dalam cerita itu sendiri. "

Avengers: Endgame telah menerima pujian kritis dan penghargaan peminat di seluruh dunia, menjadikan The Infinity Saga jauh lebih hebat . Untuk meraikan kejayaan, Avengers: Damage Control telah berada dibeberapa lokasi berbeza di The VOID untuk jangka masa terhad, termasuklah New York City, Atlanta, Santa Monica, dan Downtown Disney District di Anaheim, CA.

"Kami peminat terlebih dahulu, dan kami semua mempunyai masa filem kegemaran kami, dan watak kegemaran," kata Dave Bushore, Pengeluar Eksekutif, Marvel Studios. "Tetapi untuk dapat menandakan momen apabila masuk ke MCU dan berjumpa dengan mereka, berinteraksi dengan mereka, dan berkumpul sebagai satu pasukan ... ia sangat kuat dan berkuasa. Kami harap orang ramai mempunyai pengalaman yang menyeronokkan dengan Avengers: Kawalan Kerosakan seperti yang telah dihasilkan. "

Bagi anda yang ingin mengalami sendiri Avengers : Damage Control di The Void, sila layari : www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118.

Grilled Butter Chicken Edisi Terhad Kembali Lagi di The Chicken Rice Shop

$
0
0

Hati Rakyat Malaysia dihangatkan lagi dengan rasa Mentega yang Menggiurkan

Hi semua !! Korang dah cuba ke belum Set Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop ? I baru je pergi cuba sendiri set edisi terhad ni. Selama ni I tak pernah cuba lagi ayam dengan mentega melimpah-ruah macam ni selalunya dengan udang je. First time makan Wow  !! not bad juga rasa kombinasi paha ayam tanpa tulang dengan mentega ni, Okay lah boleh terima rasanya and paling penting I makan sampai licin gak la... makan dengan nasi The Chicken Rice Shop kombinasinya memang enak. Rasa macam lengkap la kalau nak makan tengahari dengan Set Grilled Butter Chicken ni sebab ada juga sayur dan sup. Memang kenyang sampai ke malam kalau makan ni waktu tengahari.


Sos Mentega Keemasan membuatkan Menu Ini Menarik

Kembalinya Set Grilled Butter Chicken ni sebab ianya sangat popular diterima ramai oleh peminat The Chicken Rice Shop. Menu Edisi Terhad di @thechickenriceshop bermula dari November 2019 sehingga Januari 2020. Sedap sebab paha ayam tanpa tulang dilimpahi dengan sos mentega keemasan yang dihiasi bersama cili padi dan daun kari yang beraroma menjadikan menu ni memuaskan nafsu makan setiap yang merasainya...


Menu yang diilhamkan oleh resipi tradisional Hainanese dengan gabungan keaslian resipi Nyonya Pulau Pinang serta beberapa hidangan kegemaran tempatan Rakyat Malaysia di The Chicken Rice Shop menjadikan ia sebuah restoran terkenal dan Halal serta menawarkan makanan yang sedap, enak dan menggiurkan malahan amat berbaloi untuk dinikmati. Terdapat 100 restoran The Chicken Rice Shop di seluruh Malaysia.

Jun Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd menyatakan bahawa Grilled Butter Chicken sentiasa menjadi salah satu hidangan popular untuk pelanggan yang berkunjung ke restoran tersebut, dan TCRS tidak pernah lagi mengecewakan mereka dengan hidangan yang terbaik iaitu Grilled Butter Chicken yang ditawakan kepada pelanggan mereka.

"Grilled Butter Chicken ini tidak akan berjaya tanpa sokongan para pelanggan kami. Kami memastikan bahawa kualiti dan rasa Grilled Butter Chicken kami tetap konsisten dan lazat setiap tahun, kerana kami tidak mahu gagal memuaskan selera pelanggan kami yang sentiasa menantikan hidangan ini.

"Orang ramai kini menjalani kehidupan yang pantas berlalu dengan masa yang singkat untuk menikmati hidangan yang enak. Matlamat kami adalah untuk memberikan mereka untuk masa untuk berehat walaupun hanya untuk seketika dengan menikmati kehidupan yang lebih baik walaupun dengan seketul mentega, "kata Jun.

Tekad dengan menggunakan tagline 'Chicken Rice... and More,' Jun mengesahkan bahawa mereka akan terus meningkatkan hidangan ruji nasi ayam mereka serta menyediakan para pelanggan dengan rasa makanan yang berkualiti diiringi hidangan tempatan yang lain untuk menghubungkan citarasa penduduk setempat.

"Kami ingin memberikan pengalaman makan yang terbaik buat para pelanggan kami, oleh itu kami menawarkan makanan menggiurkan dan berbaloi dengan wang ringgit. Grilled Butter Chicken kami tidak terkecuali kerana kami telah menyiapkan resipi untuk memastikan pelanggan menikmati hidangan kegemaran mereka."



Harga Grilled Butter Chicken :
  • A la Carte : RM18.90
  • Add-On Tropical Layer Tea RM4.50 satu cawan dengan satu Meal Set
  • Satu Set termasuk Grilled Butter Chicken, Saiz kecil Sayur Pak Choy dengan sos tiram, Nasi 1 mangkuk dan sup harian : RM 21.90
Apa pun I tetap rasa makan untuk 2 pax nampak macam lebih berbaloi.. sebab ada tambahan ayam dan Nyonya Pai Tee. Apa pun terpulang pada masing-masing. Selamat mencuba menu terhad Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop tau ! Wee :)

Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau promosi lain di The Chicken Rice Shop, sila layari Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/ atau laman rasmi www.thechickenriceshop.com

Jangan Lupa Hashtag : #TheChickenRiceShop #TCRS #GrilledButterChicken #LekLuMakanDulu

Makan Kentang dari USA sebelum bersukan sebenarnya mampu berikan tenaga berpanjangan

$
0
0

Ingat tak baru-baru ni I ada sertai TM Run 2019 di Menara TM ? Mula-mula I tak tahu I mampu ikuti ke tak ? Yerlah kali pertama Berlari menaiki tangga selalunya atas jalan raya ke.. So malam tu memang tawakkal badan Okey tak ada masalah.. I memang takkan paksa badan I kalau tak mampu.. kadar nadi jantung I memang jaga I takut kalau terlalu 'over work out' takut tiba-tiba KIOK je.. hahaha.. tapi setakat ni I masih selamat, kalau tak mesti tak tulis apa-apa dah dalam blog I. eheh.

Apa pun seronoklah TM Run kali ni sebab banyak gila penaja makanan dan minuman yang sihat yang ada time event ni.. terutamanya penaja dari US Potatoes.. kali ni mereka taja mashed potato dengan air kentang + bluberi... pergh memang kegemaran tau.. mashed potato ni kalau tak di situ I memang selalu buat kat rumah... Kena guna kentang dari USA baru dapat tekstur yang halus, lembut dan enak untuk dimakan... berbeza ya hasil dengan kentang biasa... cuba you all beli 2 jenis.. memang nampak ketara dari segi tekstur tu, warna kulit pun berbeza... lagi satu Kentang dari USA ni sangat mudah lembut berbanding kentang biasa yang perlukan masa takat didih yang agak panjang untuk lembut... tak percaya ? Kena cuba dulu...

Oh ya apa pun kentang dari USA ni banyak khasiat tau :

I petik kembali di entri I yang lalu : Resepi Mudah : Ragam Kentang U.S di pagi raya

Tahukah anda Kentang U.S :

Secara semulajadi mengandungi nutrien-padat. Satu bersaiz sederhana (148gram) kentang mempunyai :
• Hanya 110 kalori
• Tiada lemak, tiada natrium, tiada kolesterol
• 30% daripada nilai harian vitamin C anda
• Lebih banyak kalium daripada pisang (15% daripada nilai harian)

Ianya adalah salah faham bahawa kentang itu adalah makanan yang menggemukkan. Kentang boleh menjadi sebahagian daripada rejimen pengurusan berat badan: Kentang mengenyangkan anda, bukan sebaliknya. Beberapa penyelidikan mencadangkan ...

1. Kentang adalah salah satu makanan yang paling mengeyangkan boleh mengurangkan rasa lapar dengan lebih baik dari makanan rutin harian yang lain..

2. Anda boleh memasukkan kentang sebagai sebahagian daripada program penurunan berat badan kerana Ia adalah kalori yang dikira, tidak menghapuskan nutrisi makanan tertentu.


Apa-pun sebelum nak melakukan senaman berat kenalah buat senaman ringan terlebih dahulu, buat regangan badan, panaskan badan dulu jadi tak terkejutlah badan tau..

Sesi warm-up bersama coaches yang Handsome... LOL tetiba bersemangat nak buat senaman tau.. ewah ewah.. mata I tu dah meliar tengok orang sesado sado... hahha...


TM Run 2019 ni masing-masing kena hadapi cabaran menaiki anak tangga sambil berlari sebanyak 1,296 langkah, 200 Meter Elevator Climb dengan tingkat sebanyak 54... pergh... I mampu naik slow-slow juga lah tapi Alhamdulillah... I rasa I bersama warga emas I punya timing... heheheh...


 Ini muka permulaan, muka masih tegang berkilat tanpa peluh... apa pun I nampak kurus juga lah walaupun sebelum ye.. thanks Moka Pena Berkala tangkap gambar I cantik macam ni.. Lol !


I pun tak ingat yang ini tingkat berapa... apa pun terdapat 2 'water station' di tingkat yang terpilih... sambil minum air sambil tengok view dari menara TM, ini kali pertama kot dapat masuk menara ni.. pergh syiok wei.. untung sangat I join TM Run 2019 kali ni !


Panjat, daki naik slow-slow akhirnya sampai juga I ke tingkat 50 muka berpeluh habis... walaupun tak pakai foundation pergh macam pakai blusher muka oo... cantik gak kan bila muka merah habis.. nampak betul pengaliran darah sampai ke muka... macam ni nak lah panjat tangga hari-hari kat rumah.. syok cantik tanpa bahan kimia berbahaya dengan hanya bersenam.. lol...


Oh yay akhirnya berjaya juga I sampai ke GARISAN PENAMAT di tingkat yang ke 54.. seronok gila muka puas hati dan dapat medal cantik Oo dari TM ! Versi boleh putar..


Yang ni LIF nak turun ke bawah pulak.. heee...

Yay I made it... sebab makan kentang dari USA, tenaga I dapat tak lekang... hehehe


Oh ya sebelum I lupa sebenarnya kentang U.S ni sangat mudah didapati di pasaraya besar berdekatan anda tau. Dah ada jual siap-siap dalam bentuk wedges, hash brown dan french fries which is you goreng je. Tapi kalau nak buat mashed potatoes atau letak dalam kari ke, gulai ke beli yang jenis belum kupas lagi tau. Banyak sangat khasiat dalam kentang dari U.S ni rasa dia pun enak dan sedap. hee.

Sila layari untuk maklumat lanjut :
laman web : http://potatoesusa-malaysia.com/ 
facebook : https://www.facebook.com/MYpotatoesUSA/


70% Diskaun untuk Koleksi Ekslusif Rizman Ruzaini di BELI@HURR

$
0
0

Seronoknya JUALAN AKHIR TAHUN kembali lagi !!

OMG guys !!! Berita baik yang I nak kongsikan buat anda di luar sana Kaki Fesyen !! Terutamanya yang jenis suka pakaian dan kasut berjenama dan berkualiti tinggi lebih-lebih lagi dari pereka fesyen terkenal di Malaysia Rizman Ruzaini. Kini tengah JUALAN AKHIR TAHUN, anda boleh dapatkan koleksi eksklusif mereka bagi promosi jualan hujung tahun di laman web Beli@hurr http://shop.hurr.tv. Tanpa sebarang pembelian minimum, kos penghantaran adalah percuma pada harga serendah antaranya RM149, terdapat 24 gaya untuk dimiliki dengan diskaun menarik antara 50% hingga 70%!

Salah seorang pengasas jenama fesyen  iaitu Rizman Ruzaini berkongsi lebih lanjut mengenai konsep dan material bagi setiap koleksi yang ada diskaun sebanyak 70%. Bagi mendapatkan inspirasi penataan, anda juga boleh ke laman web, YouTube atau aplikasi hurr.tv untuk melihat episod khas Nak Beli atau tonton video dibawah untuk melihat sendiri koleksi ekslusif Rizman Ruzaini.


Kualiti Terbaik Tak Perlu Dipertikaikan lagi

“Ini merupakan kolaborasi pertama Beli@hurr bersama pereka fesyen tempatan. Kami amat berbesar hati untuk menjadi medium kepada jenama Rizman Ruzaini bagi mengetengahkan koleksi mereka yang sentiasa menjadi buruan peminat. Kualiti rekaan mereka tidak perlu dipertikaikan. Malah dengan harga menarik yang ditawarkan, promosi ini seharusnya diambil oleh peminat fesyen untuk mendapatkan koleksi eksklusif Rizman Ruzaini,” kata Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly.

Si jejaka jangan ketinggalan mendapatkan kombo jaket biker metalik bersama t-shirt monogram Rizman Ruzaini dijual pada harga RM199. Manakala buat si gadis, serlahkan gaya chic anda dengan kombo top dan skirt berpetak pada harga serendah RM149. Kualiti rekaan yang bermutu tinggi dengan tawaran diskaun hebat itu, kini telah bermula sehingga 31 Disember 2019. Pelbagai lagi fesyen menarik boleh dilihat di laman web http://shop.hurr.tv.


So GUYS, apa tunggu lagi ambil peluang keemasan ini untuk dapatkan pakaian yang berkualiti tinggi, bukan selalu... sekali sekala apa salahnya REWARDS kan diri kita dengan pakaian dari pereka fesye

n terkenal waktu tengah SALE AKHIR tahun ni kan...just my 2 cents point...

Apa-apa pun , Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, ikuti mereka di:

WebsiteFacebookYouTubeInstagramTwitter

RM20,000 dibawa pulang oleh Lee Jun Yan sebagai Pemenang Emas Anugerah iLDA 2019

$
0
0
 

Tema : Keluarga Moden & Ruang

Minggu lepas I berkesempatan untuk mengikuti Anugerah Pereka IJM Land 2019 (iLDA 2019) yang terbaik. Seronok dapat melihat rekaan setiap pereka dalam menghias dan mendekorasi seunit apartment. 2 orang peserta telah disenarai pendek untuk merebut gelaran Pereka Dalaman Muda Terbaik bagi iLDA 2019 di Galeri Jualan Seremban 2. Persaingan sengit telah berlangsung selama lima bulan di seluruh Malaysia. Dengan hanya tempoh lima minggu yang diberi untuk melaksanakan perincian unit apartmen yang kosong, kedua-dua peserta bertanding harus memastikan konsep mereka sempurna dari setiap sudut. Setelah menerima 116 penyertaan awal, Lee Jun Yan dan Boon Zi Yang telah disenarai pendek oleh panel hakim untuk merealisasikan konsep, idea dan rancangan mereka untuk pertandingan bertemakan, Keluarga Moden & Ruang, di Kalista 2 Executive Apartments, Seremban 2.

Lee Jun Yan - Pemenang Anugerah iLDA 2019

Lee Jun Yan terkejut apabila dia diumumkan bahawa dia telah memenangi anugerah iLDA 2019 kerana kemenangan itu tidak dijangka. Selepas persaingan yang sukar, Lee Jun Yan daripada Reno Bros dinobatkan sebagai Pereka Dalaman Muda Terbaik iLDA 2019. Sementara Lee Jun Yan merangkul Public’s Choice Award dan Lee Jun Yan juga menerima Media’s Choice Award.

Lee Jun Yan membawa pulang RM20,000 sebagai pemenang Emas manakala RM10,000 pula dibawa pulang oleh Boon Zi Yang sebagai pemenang Perak. Tahniah buat kedua-duanya.

Anugerah Pilihan Awam dan Anugerah Pilihan Media akan diberikan kepada pemenang berdasarkan pemilihan umum dan media dijalankan sebelum pengumuman pemenang.

FAKTA –FAKTA ANUGERAH PEREKA IJM LAND 2019
  1. Sebanyak 116 penyertaan telah diterima.
  2. Pertandingan ini dibuka kepada semua pereka dalaman yang berumur 40 tahun ke bawah yang mempunyai firma reka bentuk dalaman mereka sendiri / bekerja untuk firma rekabentuk dalaman.
  3. Setiap penyertaan adalah peserta solo yang mewakili dirinya dalam pertandingan ini.
  4. Terdapat hanya 1 pemenang iLDA 2019 yang dipilih oleh panel hakim dan semuakeputusan adalah muktamad.


Antara Penaja yang telah menjayakan konsep kedua-dua pereka muda

Perincian dari Kubiq &Signature Kitchen, TA Studio & Da Vinci Malaysia, LM Home, Inovar Malaysia dan Lampu & Hiasan Seng Hup, yang telah menyumbang sepenuhnya kepada penyiapan kedua-dua unit di Kalista 2 Pangsapuri Eksekutif berjaya dilaksanakan untuk kedua-dua konsep pereka dalaman muda sepanjang pertandingan ini.

Pertandingan iLDA 2019 adalah untuk memastikan persekitaran yang kompetitif dan sihat di kalangan pereka dalaman tempatan kami, di mana mereka boleh mempamerkan karya kreatif mereka dan mencabar reka bentuk status kata Dato 'Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan, Wilayah Tengah IJM Land Berhad. "Ia adalah penting bagi pereka dalaman muda berkembang bersama-sama dengan tuntutan industri yang sentiasa berubah dan kami ingin menyediakan platform yang membolehkan mereka melaksanakan tugas mereka dan memberikan pengiktirafan yang sewajarnya," tambahnya lagi. 
Beliau turut berkongsi kegembiraan untuk iLDA 2019 memandangkan persaingan itu telah menerima penyerahan yang berkualiti tahun ini dan berharap ia akan menyumbang kepada industri reka bentuk dalaman dengan peningkatan penyertaan pada tahun-tahun akan datang. 

Beliau menyatakan bahawa mereka telah menyaksikan perkembangan yang mengejutkan
sepanjang enam bulan ini, di mana para peserta didorong untuk melakukan yang terbaik
untuk memastikan kemenangan mereka. "Ia adalah satu kejayaan bagi para peserta kerana mereka berjaya melaksanakan konsep mengikut tema pertandingan serta idea dengan baik walaupun dalam masa yang singkat," ulas Fandarie Su, Ketua Hakim iLDA 2019, untuk unit-unit lengkap di Kalista 2 Pangsapuri Eksekutif. "Kami akan menggalakkan lebih ramai pereka muda untuk melangkah keluar dari zon selesa mereka untuk menjadi lebih kreatif dan meneroka lebih jauh dalam bidang reka bentuk dalaman,," katanya.

Konsep, Idea & Rancangan Lee Jun Yan


Konsep, Idea & Rancangan Boon Zi Yang


Romantik Atau Ceria ?

Haih pening gila nak buat pilihan dekorasi interior design tadi di @ijmland untuk designer's award. Kedua-duanya menggunakan konsep yang I suka.. kalau siang I nak konsep ceria.. kalau malam I nak konsep romantik dan relaxing... boleh tak kalau I ambil dedua je konsepnya.. haha.. apa pun tahniah pada pemenang yang menang RM20,000.. semoga dapat berikan ilham yang lebih banyak kepada mereka yang sedang mencari rumah baru... weee...

Melihat kepada kedua-dua Konsep, Idea dan perancangan jelas I nampak rekaan Lee Jun Yan nampak lebih praktikal dari segi pengcahayaan terutamanya mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak manakala konsep, Idea dan perancangan oleh Boon Zi Yang nampak macam lebih sesuai untuk mereka yang masih baru dalam berumah tangga atau mereka yang sudah berpencen sebab suasana yang romantik, gelap ni sesuai untuk mereka yang ingin beristirehat.

Sebagai salah seorang pengundi untuk Media saya telah memilih konsep, idea dan perancangan rekaan Lee Jun Yun sebab nampak macam lebih sesuai untuk pekerjaan I. 



Apa pun TAHNIAH kepada kedua-duanya kerana telah menyumbang idea yang bernas untuk mereka yang tiada idea menghias rumah. Boleh jadikan sumber inspirasi tau.

Seremban 2 merupakan pembangunan utama IJM Land di Negeri Sembilan yang melibatkan
tanah berpegangan bebas seluas lebih 3,800 ekar. Menawarkan pelbagai jenis rumah yang
terdiri daripada apartmen mampu milik, rumah teres hinggalah rumah berkembar dan banglo. Ekosistem yang serba lengkap itu menawarkan pelbagai kemudahan mesra komuniti. Seremban 2 juga menggalakkan aktiviti kemasyarakatan, termasuklah acara berorientasikan keluarga serta komuniti seperti marathon, program pemulihan dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Pereka Dalaman IJM Land (iLDA), sila layari
laman web: www.seremban2.ijmland.com/ILDA2019/.

Mengenai IJM Land

IJM LAND Berhad (IJM LAND), pemaju hartanah di bawah IJM Corporation Berhad telah berjaya menciptareputasi selaku salah satu pemaju hartanah premium di Malaysia. Sejak dahulu lagi, IJM LAND berbangga kerana telah membentuk landskap perbandaran di Malaysia dan membina komuniti maju yang menuju ke arah masa depan.


Viewing all 217 articles
Browse latest View live