Quantcast
Channel: syafierayamin.com - Beauty Blogger Malaysia
Viewing all 217 articles
Browse latest View live

Avon Planet Spa khas untuk manjakan diri di rumah

$
0
0

Bukan senang ya nak cari masa manjakan diri di Spa, sebolehnya nak kena booking awal-awal kalau nak berspa, tapi bila dah booking tiba-tiba pula ada je benda yang nak mengannggu nak tak nak terpaksa juga la urus dan belai diri sendiri di rumah je. Spa pula bukan main mahal ye harga untuk satu sesi. Kadang-kadang nak rasa lebih bagus, lebih puas hati kenalah keluar duit banyak. Nasib baiklah ada alternatif lain untuk dapatkan masa berspa tu walaupun hanya di rumah dengan menggunakan Set Planet Spa dari Avon. Sekarang ni dah tak perlu pening kepala nak uruskan diri nak cantikkan diri walaupun hanya dari rumah.

Avon memperkenalkan beberapa rangkaian untuk Planet Spa yang dirumus dengan bahan-bahan yang berkualiti tinggi untuk penjagaan tubuh badan iaitu :

  • Perfectly Purifying
  • Blissfully Nourishing
  • Heavenly Hydration
Ada beberapa produk dari Avon Planet Spa yang I dah cuba pada tubuh badan I sendiri. So far I sangat impressed dengan bahan yang digunakan, not bad yang sanagt efektif untuk menyingkirkan sel kulit mati yang sudah lama bertapak dekat badan I ni. 




Antara produk yang paling I suka dari Avon Planet Spa ni ialah Dead Sea Mineral Perfectly Purifying Body Scrub 200ml.



Masa first-first I sapu pada kulit I, I ingat kasar tapi rupanya dia lembut bila I mula urut Dead Sea Mineral pada kulit I, kalau you all nak tahu bahan yang digunakan dalam produk ni ialah mineral yang kaya dengan khasiat bertindak untuk mendetoks dan memberi tenaga pada kulit secara semulajadi. Ianya membuang sel kulit mati secara halus agar kulit nampak lebih lembut, halus mulus dan licin selembut sutera gitu.

Harga : RM65 WM/ RM74.75 EM


Heavenly Hydration with Mediterranean Olive Oil body scrub ni pula mengandungi bahan seperti minyak zaitun untuk melembab dan membersihkan kulit secara lebih mendalam malahan memberikan kesan yang baik untuk menjadikan minta lebih tenang. Scrub ni sangat lembut tapi mampu menyingkirikan sel kulit mati malahan baunya pun agak wangi.

Harga : RM65.00 WM / RM74.75 EM


Avon Planet Spa juga mengeluarkan Hand Cream, So far yang I suka antara kedua-dua yang I ada ni ialah Blissfully Nourishing, bau dia sangat 'edible' ye rasa macam nak makan. Kedua-dua hand cream ni mempunyai khasiat tersendiri untuk tangan lebih lembut, lembab dan mulus.

Setiap dari satunya berharganya RM22 di WM manakala di EM ialah RM25.30

Seronoknya bila dah ada produk Avon Planet Spa di rumah, lepas ni nak lepaskan stress masuk bilik air skrub keseluruhan badan.

Dapatkan Set rangkaian penjagaan badan Avon Planet Spa ni di mana-mana  Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON atau boleh juga beli atas talian di shop.avon.my pada 1 November 2019 ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-18-AVON (2866)

@avonmy#AvonMy#HeavenlyHydration#PerfectlyPurifying#BlissfullyNourishingly
#AvonHeavenlyHydration#AvonPerfectlyPurifying#AvonBlissfullyNourishingly#syafierayamincom#beautyblogger#BloggerMalaysia#lifestyleblogger#clozette


Rangkaian baru Hada Labo+ Sensitive hydrathing untuk kulit sensitif

$
0
0

Pernahkah anda mengalami kekeringan kulit, terasa ketat, merengsa, gatal-gatal atau kemerahan? Sekiranya anda mengalami semua ini, kemungkinan anda mempunyai kulit sensitif. Kulit sensitif boleh disebabkan oleh faktor luaran seperti cuaca, pencemaran udara dan pendedahan kepada sinaran UV yang berlebihan. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor dalaman seperti tekanan, alahan dan perubahan hormon. Apa pun puncanya, kami dapat membantu dengan rangkaian Hada Labo+ Sensitive Hydrating yang baru.



Hada Labo+ Sensitive Hydrating terdiri daripada Pembersih Wajah, Losyen, Susu dan Krim - semuanya diformulasikan dengan formula perlindungan yang menenangkan untuk menguatkan dan memulihkan keseimbangan dalam kulit anda. Dengan formula perlindungan tiga kali untuk keberkesanan tiga ciri di bawah:



 Melindungi 
Mengandungi Lesitin, Squalene dan Shea Butter yang membentuk kristal cair bionik yang tidak kelihatan sebagai lapisan pelindung untuk melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam mengekalkan kesihatan kulit.

 Menguatkan dan Merawat
Mengandungi Phytosterols dan Ceramide yang membantu untuk melicinkan, melembutkan dan juga menguatkan serta merawat perintang kulit.

 Melegakan Kemerahan
Mengandungi Alpha Bisabolol dan Gingerol untuk menenangkan serta melegakan kerengsaan dan kemerahan pada kulit.

Dalam ujian pengguna menggunakan Krim Hada Labo+ Sensitive Hydrating pada kulit yang sensitif dengan kemerahan kulit, pengurangan yang amat ketara dalam melegakan kemerahan dan kerengsaan dilihat dalam tempoh hanya 4 jam selepas dipakai. Hasilnya menunjukkan keberkesanan krim dalam menenangkan kemerahan dan menguatkan perintang kulit.

Seperti semua produk Hada Labo, rangkaian Hada Labo + Sensitivity Hydrating juga mengandungi ramuan terkenal iaitu Hyaluronic Acid yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk menghidratkan dan mengembalikan kelembapan kulit. Ia adalah pH seimbang dan bebas daripada wangian, pewarna, alkohol dan minyak mineral.

Rangkaian terbaru ini kini boleh didapati di Watsons. Produk-produk Hada Labo+ Sensitive Hydrating dijual pada harga:



Hada Labo+ Sensitive Hydrating Face Wash (100g) – RM29.90

Hada Labo+ Sensitive Hydrating Lotion (170ml) – RM69.90.

Hada Labo+ Sensitive Hydrating Milk (90ml) – RM59.90.



Hada Labo+ Sensitive Hydrating Cream (50g) – RM78.90

#HadaLaboPlusRange  #HadaLaboSensitiveHydrating #HadaLaboSkinSolutions #HadaLaboMalaysia


Falsafah Penjagaan Kulit Hada Labo:

“SEMPURNA X RINGKAS” Untuk kesempurnaan dan kesederhanaan mutlak

Mengenai Syarikat Mentholatum

Syarikat Mentholatum, diasaskan pada tahun 1889 sebagai pengilang dan pemasar produk ubat tanpa-preskripsi dan produk penjagaan kesihatan. Ibu pejabatnya di Orchard Park, New York, Amerika Syarikat dan beroperasi di Australia, Afrika Selatan, Kanada, Scotland, Taiwan, Thailand, Malaysia, Hong Kong, Mexico, Korea Selatan, China, India danJepun.Pengilangannya beroperasi di 26 lokasi di seluruh dunia dan pemasaran/pengedaran di lebih 150 buah negara. Secara dasarnya, syarikat ini sudah pun berusia 99 tahun, dan dimiliki oleh Rohto Pharmaceutical Company Ltd. di Osaka, Jepun sejak tahun 1988. Rohto berperanan penting dalam pasaran farmaseutikal Jepun dengan mencatatkan penjualan produk terlaris untuk kategori penjagaan mata,kelegaan perut dan topikal.Sejak 1889, Syarikat Mentholatum telah membangun dan berkembang daripada hanya sebagai pembekal sabun dan bahan pembersihan diri kecil-kecilan sehinggalah bergelar syarikat bertaraf antarabangsa, yang memasarkan bahan perubatan berkualiti ke seluruh negara. Rangkaian produk Mentholatum mengecapi reputasi tinggi untuk kualiti dan nilai di Amerika Syarikat dan di kebanyakan negara-negara lain seluruh dunia. Setiap produk keluaran Mentholatum dijual dengan jaminan kepuasan tanpa syarat. Jenama-jenama di bawah Mentholatum: LipIce, Oxy, Hada Labo, Selsun, Sunplay, Rohto Eye, Deep Heating Rub.

Resorts World Genting bawakan keceriaan dan kegembiraan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik sempena Krimas Seramai 300 kanak-kanak dirai dan diberi kejutan istimewa Krismas

$
0
0

Genting Highlands, 10 December 2019 – Krismas bukan sekadar meraikan kegembiraan dan keriangan; ia juga adalah masa untuk memberi. Tanggal 9 Disember 2019, seramai 300 kanak- kanak kurang bernasib baik daripada 10 rumah kebajikan dirai pada ketinggian 6,000 kaki di atas paras laut di Resorts World Genting sempena Krismas.

Kanak-kanak tersebut disambut mesra di Restoran Coffee Terrace, Genting Grand, selepas melalui perjalanan menyeronokkan ketika menuju ke puncak. Kawasan restoran juga telah berubah menjadi alam ajaib bagi meraikan kedatangan kanak-kanak itu. Awam putih gebu pelbagai saiz memenuhi setiap ruang disulam belon-belon berwarna perak, putih dan biru untuk membangkitkan lagi suasana. Santa Claus juga turut kelihatan pada acara itu beramah mesra dengan kanak-kanak terlibat. Ms Katherine Chew, Naib Presiden Komunikasi dan

Perhubungan Awam Resorts World Genting menjadi tuan rumah acara itu dan dibantu para kakitangan dan sukarelawan. Tembakan konfeti berwarna perak menandakan permulaan parti dan kanak-kanak itu terus dijamu dengan makan tengah hari tradisional Krismas. Kesemua kanak-kanak itu dibawakan daripada 10 rumah kebajikan iaitu Persatuan Insan Istimewa Cheras, Persatuan Kebajikan

Kanak-Kanak Istimewa Insan, Good Samaritan Home, Sai Pandian Orphanage Children Home, Pusat Jahaan Bribuan Kasih, Lighthouse Children Welfare Home Association Kuala Lumpur & Selangor, Rainbow Home Cheras, Yayasan Sunbeams Home dan Lotus Charity Care Centre.



Ruang dewan makan gamat dengan gelak tawa kanak-kanak ketika menjamu selera sambil berbual. Menghiburkan kumpulan kanak-kanak itu adalah pasukan penganjur daripada Resorts World Genting. Mereka menghidupkan suasana Krismas dengan menyanyikan beberapa buah lagu klasik seperti We Wish You A Merry Christmas, Jingle Bells, Feliz Navidad dan Jingle Bell Rocks.


Katherine Chew berkata, “Sekarang adalah masa Alam Ajaib Musim Sejuk Genting dan terdapat pelbagai perkara untuk dilihat dan dilakukan sempena sambutan Krismas di resort dan kami ingin berkongsi keajaiban ini bersama semua kanak-kanak yang dijemput. Ia adalah satu tanda penghargaan daripada kami dan kami berharap ia mampu memberikan keceriaan, memori indah dan keriangan untuk kanak-kanak ini.

Menikmati hidangan lazat termasuk meringue, gula-gula kapas dan donat salji, kanak-kanak itu turut dihiburkan dengan persembahan belon dan silap mata. Mereka juga berpeluang naik ke atas pentas untuk bersama-sama melakukan persembahan. Tidak lengkap Krismas tanpa hadiah. Chew telah dijemput naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak yang sebelum itu telah memilih sendiri hadiah mereka daripada senarai yang disediakan oleh para pekerja Resorts World Genting. Hadiah-hadiah itu termasuk kereta mainan kawalan jauh, blok binaan, set mekap, kasut sukan, skuter dan basikal. Setiap hadiah yang diberikan ternyata memberikan senyuman pada wajah setiap kanak-kanak tersebut.



Selepas selesai sesi fotografi berkumpulan, masanya tiba untuk mereka bersiar-siar dan menyaksikan pelbagai acara sempena Krismas yang terdapat di Resorts World Genting. Mereka berjalan menuju ke SkyAtrium bagi melihat sendiri keindahan alam ajaib Nutcracker; melintasi pentas SkySymphony dan berdiri di bawah cahaya lampu dengan penuh kagum ketika persembahan Snowball Express bermula. Ia ditayangkan pada skrin setinggi tiga tingkat dengan gahnya.

Keseronokkan di bahagian dalam sememangnya menghiburkan, tetapi terdapat juga tarikan lain yang boleh dilihat di sebelah luar. Kesemua mereka kemudian menuju ke kawasan luar untuk menikmati cuaca sejuk dan melihat cahaya serta mendengar bunyi-bunyi indah yang datang daripada Alam Ajaib Musim Sejuk Genting di Taman Metro. Kanak-kanak itu berpeluang untuk bersiar-siar di pasar Krismas Eropah dan melihat pokok Krismas kristal. Mereka kemudian berkumpul sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.

Di Snow World, mereka memakai jaket dan sarung tangan untuk bermain salji. Mereka juga berpeluang merasai sendiri membentuk bola salji, menggelongsor menggunakan tuib dan menyorok di dalam iglu. Kawasan seni 3D turut menjadi tumpuan mereka selain mengambil gambar. Ia adalah satu pengalaman yang mereka tidak akan lupakan dan akan diabadikan sepanjang hayat sebelum mereka mengucapkan selamat tinggal dengan senyuman, sorakan dan pelukan.

Ibu yang menyusu boleh kurangkan berat badan dengan Olathee LUSLIMLABEB !

$
0
0

Ibu Menyusu kini boleh minum Olathee tanpa rasa ragu-ragu

Jadi seorang ibu yang menyusukan anak selama 8 tahun berturut-turut ni memang 'battle with the weight' macam dah common issue untuk para ibu-ibu kan. Banyak pantang lagi sebab tak boleh suka-suka ambil produk yang tak tahu asal usul, tak tahu bahan sebab anak yang menyusu pun kemungkinan terkena tempias kesan sampingan. Apa pun I rasa beruntungnya ibu-ibu masa kini sebab dah banyak jenama yang mengeluarkan produk yang selamat, berkualiti serta berkesan untuk pengurusan berat badan salah satunya produk dari Olathee LUSLIMLABEB khas untuk ibu yang menyusukan anak. Bagi I walaupun ianya produk untuk ibu menyusu tak salah juga mereka yang masing bujang untuk mengamalkan teh ni kan.

I nak ucapkan tahniah pada Olathee sebab satu-satunya produk yang berjaya mendapat tempat dihati mereka yang ingin menguruskan berat badan tanpa rasa ragu-ragu lagi terutamanya I (ibu yang menyusu) yang sangat cerewet memilih produk terutamanya produk menguruskan badan ni.

Selain daripada mengambil Olathee sebagai minuman harian, pengurusan berat badan mestilah diselitkan dengan senaman, makan-makanan yang berkhasiat seperti sayuran dan buahan, elakkan pengambilan makanan yang berminyak serta tinggi kaborhidrat dan jangan lupa minum air bersih 8 gelas sehari untuk keberkesanan yang efektif. Apa pun satu lagi yang I belajar dalam pengurusan berat badan ialah berpuasa tapi tak ramai yang sahut cabaran ni kan.


Mengenai Olathee LUSLIMLABEB

Olathee Empire Sdn Bhd ialah pengedar tunggal teh herba LUSLIMLABEB khusus untuk membantu anda mencapai berat ideal secara selamat dan semulajadi menggunakan herba asli yang 100% organik tanpa sebarang pewarna dan perasa tiruan.

Ditubuhkan pada awal tahun 2016 oleh pasangan suami dan isteri Syukri Harish & Suhaili Salleh dimana Olathee telah menggunakan bahan-bahan terbaik dan semula jadi untuk menghasilkan minuman khusus untuk kecantikan dan kesihatan. Semua produk Olathee telah dihasilkan khusus untuk individu yang mengambil berat tentang penampilan mereka dan tahap kesihatan badan. Kebanyakan suplemen atau makanan untuk kecantikan dan kesihatan hari ini dipertingkatkan dengan pelbagai bahan kimia dan ramuan buatan yang mungkin memberi hasil yang cepat tetapi akan menjejaskan pengguna dan Olathee ingin mengubah semua itu. Bukan hanya cakap kosong tetapi Olathee telah  mengujinya serta jadikan ianya sebagai kenyataan.

Olathee adalah gabungan dari Olathe dan Empayar

Olathe (oh-LAY-the / O.la.the) adalah berasal dari bahasa orang asli di Amerika yang diterjemahkan sebagai 'kecantikan'. Diilhamkan oleh puak orang asli di Amerika pada zaman dahulu yang hanya menggunakan bahan berasaskan tumbuhan untuk membentuk 'elixir' atau penawar untuk yang hampir menyembuhkan pelbagai penyakit. Telah dibuktikan bahawa sejak zaman dahulu kita tidak memerlukan bahan kimia yang berbahaya sebagai bantuan kerana bahan organik yang berasaskan bahan semulajadi juga terbukti berkesan dan paling selamat. Satu perkara yang pasti ialah bahan berasaskan semulajadi tidak meninggalkan apa-apa kesan sampingan yang berbahaya.

Empayar adalah makna lain untuk organisasi perniagaan. Oleh itu, Olathee adalah organisasi perniagaan kecantikan berkembang mengikut sesuai keperluan mereka di Malaysia dengan menggunakan produk semula jadi.

Olathee adalah sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia di bawah nama Olathe Empire Sdn. Bhd. (1264238-K)


LUSLIMLABEB

LUSLIMLABEB adalah produk ramuan berasaskan semulajadi yang khusus dibuat untuk pelangsingan badan. Teh herba ini diformulasikan dari 13 herba sebenar yang telah diuji oleh pengasas yang pernah kehilangan harapan untuk kehilangan berat badannya kerana dia telah mencuba banyak produk pelangsingan tetapi tidak berkesan. Malangnya, kebanyakan produk pelangsingan hanya memberi kesan sampingan yang berbahaya seperti sakit jantung, tidak sedarkan diri dan insomnia.

Terbukti berkesan walaupun ia dibuat dari bahan-bahan semulajadi, LUSLIMLABEB telah membantu bukan sahaja pengasas tetapi ramai pelanggan gembira untuk mencapai matlamat impian mereka untuk menurunkan berat badan tanpa perlu menghabiskan banyak wang untuk produk berasaskan kimia yang menjanjikan apa-apa tetapi hanya kesakitan.

Maklumat terperinci tentang LUSLIMLABEB dihasilkan di sini.


Sekitar Majlis Pelancaran Olathee LUSLIMLABEB for mommies X Hari Jadi Madam Ell

29 Disember 2019 adalah tarikh bersejarah buat Olathee kerana telah melancarkan satu-satunya produk yang selamat untuk ibu menyusu disamping menyambut hari jadi pengasas iaitu Madam Ell. Majlis telah disambut dengan meriah dengan kehadiran tetamu dari ejen, media dan bloggers serta ahli-ahli keluarga yang terdekat Madam Ell di Bora Ombak Marina Putrajaya.


Majlis juga telah dimeriahkan oleh salah seorang 'mentalist' yang dikatakan boleh membaca minda orang. Erk, agak menakutkan juga tapi para tetamu terpukau melihat persembahan dari beliau ye. Selain itu suami Madam Ell tidak terkecuali untuk menghadiahkan lagu-lagu romantik buat isteri tercinta untuk memeriahkan lagi majis pelancaran Olathee dan sambutan hari jadi beliau.


Apa pun I nak ucapkan tahniah dan selamat hari jadi buat Madam Ell atas pelancaran produk yang pasti akan mengubah kehidupan para ibu yang menyusukan anak dalam pengurusan berat badan tanpa rasa bebanan lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Olathee LUSLIMLABEB ni, sila layari : https://luslimlabeb.com/


Tips buang Bulu roma di badan dengan Surker (Epilator murah)

$
0
0

Dah hampir sebulan I guna Surker sejenis epilator murah yang I beli di Shopee once upon a time ago. Reasons I beli sebab I terlampau malas nak cabut bulu roma menggunakan 'tweezer' dan wax( malas nak panaskan tunggu suhu yang betul pada kulit) serta CUKUR guna Veets atau guna bahan kimia yang cabut bulu tu... (bahan kimia yang jenis krim I memang tak berapa gemar walaupun agak efektif... rasa macam racun masuk bawah kulit) LOL !

Sebenarnya ada iklan epilator keluar dengan iklan facebook. I macam teruja tengok cabut bulu roma pada badan yang kita tak berkenan dengan mudah sekali. To be honest I ada masalah sikit bila nak cabut bulu ketiak guna tweezer. Mata I macam tak dominan nak tengok bulu-bulu yang tersepit di belah ketiak satu demi satu walaupun menggunakan cermin. Jadi I gave up.. kadang-kadang tak terbuang pun.. memang sangat 'annoying' nak pula rasa geli je dia tumbuh dengan tak sekata... memang geram dibuatnya. haha. Itu baru ketiak belum lagi part bahagian 'kemaluaan.' Lagilah STRESS dibuatnya.. rasa macam hmm.. geramnya...



Apa pun berbanding keempat-empat cara : Cukur, Wax, Tweezer, Epilator... I tetap rasa epilator memang THE BEST ! Bulu 1 helai tumbuh cepat cepat I buang, dengan switch ON the epilator tak payah nak tunggu-tunggu panaskan wax ke atau guna bahan kimia on the skin.... Lebih mudah ya... SAKIT? HAHA nak cantik rasa licin of course lah kena biasakan rasa sakit tu..

See my 1st reaction dengan Surker ( Professional Personal Care Series - Rechargeable ) ni.



Masa I 1st time pakai ni mula-mula memang takut gila sebab takut dengan kelajuaan dia.. laju gila takut injured je kulit i.. ye memang sakit awal awal- sebab kita pun takut-takut kan nak letak atas kulit.. jadi perasaan dengan minda rasa macam sakit..maka sakit lah ia..

rasa dia macam kita cabut bulu guna tweezer satu per satu.. kalau kita buat slow-slow (takut-takut dengan epilator ni)

I cuba kuatkan semangat I.. I buat laju-laju... so far rasa sakit tu macam dah imun sikit... lama-lama I jadi macam ADDICTED tengok bulu roma yang mampu tumbuh dengan jayanya walaupun tersepit di celah-celah ketiak dan celah kangkang ! Lol ! Sekarang ni semuanya tak ada peluang untuk tumbuh dengan Jayanya pada tempat yang I tak berkenan..

Sebenarnya I tak berapa kisah bulu roma tumbuh di betis, paha atau lengan sebab I bukanlah sejenis yang mempunyai bulu roma yang lebat tapi I masih tak faham bahagian yang TERSEPIT tu la paling rajin dia NAK TUMBUH lebat dengan jayanya kan... GERAM...

Apa pun ni adalah video bulu roma di kakiku terpaksa dikorbankan demi contoh untuk you all... kesian depa ya.. hahaha... takkanlah I nak tunjuk part yang korang boleh berahi tu.. I tunjuk je la yang kat kaki ya.. haha..



Tips dia kan..
Surker Epilator ni dia ada case ( kecil dan besar)... BOLEH ditukar.. case kecil tu untuk tempat yang sensitif... meanwhile case yang besar sangat sesuai untuk bahagian yang lebar macam betis dan paha.. dan yang I beli ni sejenis (rechargeable).. kena caj sebelum penggunaan.. lepas tu baru boleh guna... I tak prefer sambil charging korang buat ya takut kena renjatan elektrik yerlah produk murah weii.. so aku precaution kat situ.. kalau you all nak buat juga sambil charging dan epilate.. lantak korang.. tiada jaminan.. hahah... and satu lagi aku tak pasti sama ada boleh buat menggunakan air, so far aku pastikan kulit aku kering masa epilate.. sebolehnya aku letak bedak atau tepung supaya peluh tak mengganggu proses aku epilate ni..



Bila dah biasa ambil masa 10 minit je untuk aku buang semua bulu roma yang aku tak suka tumbuh di bahagian badan aku terutamanya part Miss V tu huhuhu... licin dan tak gatal I liked !!

So far epilator ni boleh cabut badan-badan dia untuk tujuan pembersihan... berus disediakan untuk bersihkan bahagian yang kita tak boleh capai.. cuma pastikan simpan di tempat yang kering supaya tak berkarat... aku tak pasti material apa yang dia guna hopefully stainless steel yang tahan karat walaupun kena air kan.. heee...


For those yang berminat nak beli : Korang boleh beli dekat Shopee Link sini : http://bit.ly/37WFIyP

Apa pun thanks for reading this on 2020 ! 2019 end of year I beli ni, dah almost sebulan pakai you all.. puas hati I finally dapat put my personal review on something I bought with my own money.. ! :)





Tak Ada Mood nak Menaip kini melanda diriku.

$
0
0


I dah masuk umur 30 tahun ni makin lama makin tak rajin nak update blog, dulu masa zaman 2011 waktu aktif berblogging pasal pisang pun nak cerita, pasal semut tengah berjalan pun nak cerita, lagi hebat cerita pasal orang pun nak taip kan.. haha lama gila dah blog I ni rasa macam dah nak masuk 10 tahun.. tapi blog ni tetap tempat I nak cerita bab bab sensitif sikit tak pun cerita fantasi I.. tak sangka melalui blog I ni, I ada lah sikit income bulanan tak banyak pun tapi cukuplah nak makan tomyam kat Wan Mat Seafood... dari blog ni juga I banyak menang contest, paling mahal pun percutiaan di Pulau Pangkor Laut dengar cerita nak dekat RM19 ribu juga.. dan pernah juga menang RM2K sebab menaip mengenai produk kecantikan. Hmmph memang banyak kenangan.

Nak tak nak I tak nak terlampau mengikut emosi, baru-baru ni I baru je jalani ujian Bipolar Disorder melalui satu survey tapi tak boleh nak percaya, I rasa memang nak kena pergi hospital mental agaknya. Sebelum I masuk umur 30 tahun ni tak pasti kenapa I rasa sangat over-stress... I spent duit sampai RM1 je dalam ATM bank I. wow.

Bila fikir balik I pun tak pasti dari mana punca I terlalu stress, kadang-kadang rasa nak pecahkan TV, rasa nak ketuk kepala sampai pecah.. sedih tengok diri sendiri. Banyak yang I cuba untuk kurangkan rasa sedih tu.. puncanya pun I tak tahu.. kadang-kadang nak tengok anak sendiri pun I tak mahu.. I cuba kurung diri sendiri dalam bilik tapi tu la I jenis tak boleh terkurung pula tak sampai 10 minit mesti keluar dari bilik.. haha..Tapi bila tengok balik I rasa bila I gembira memang Over-Excited habis kalau sedih sampai ada tahap rasa tak diperlukan, rasa tak berguna, rasa macam nak tinggalkan je dunia ni... I sebenarnya memang tak tahu dekat siapa I nak cuba luahkan perasaan I ni..I cuba cakap dengan suami, mesti dia cakap pergilah cakap dengan Allah, baca quran, berzikir and so on.. to be honest, I've tried tapi tu la... perasaan down tu tetap akan timbul.. Memang I bukan seorang yang baik maybe I deserved to feel that way... Dan I pula bukanlah seorang yang pandai berkomunikasi dengan baik dengan orang lain.. mungkin lepas ni I tak boleh ada sifat berterus-terang.. kena belajar cara talk nicely to people.. kena belajar cara untuk membodek perhaps ?

Kadang-kadang bila I fikirkan balik.. I tengok I rasa I dah cukup segalanya.. ada suami, ada anak, ada rumah, ada kereta.. tak ada hutang belajar dah.. tapi I dont know macam still feel something wrong somewhere....

Memang I akui kalau I terlampau happy memang happy, bersemangat lain macam tapi lepas tu tiba tiba rasa down tu cepat je datang.. memang I stress tengok keadaan diri sendiri.. Nak lagi tekanan yang kena hadapi sebagai seorang mama.. I sangat tertekan tengok parents lain cuba salahkan anak orang lain yang tak ada virus lemah dalam badan anak-anak mereka sebagai penyebar penyakit.. I stress sangat bila melibatkan isu mengenai kanak-kanak.. rasa macam I sebagai seorang mama tak boleh buat pilihan apa yang terbaik untuk anak-anak I.. Betullah orang cakap parenting is hard.. bukan senang jadi seorang mama.. kadang-kadang pernah terlintas dalam kepala I kenapa I kahwin cepat sangat, kenapa I lahirkan anak cepat sangat sampai I tak sempat nak explore dunia ni sebelum ada keluarga sendiri.. persoalan macam ni buat I lagi bertambah stress duduk fikir.. I sayang anak-anak I tapi tu la I cuma tak suka jadi seorang mama yet.. I terlampau mencuba jadi the best tapi ended up I rasa sedih dengan diri sendiri.. sebab tak reti jadi seorang mama yang terbaik.. 

I tak tahu nak luahkan kat siapa I think my own blog is the way I release kan stress I ni.. Bila fikir balik I dah ada macam-macam... cuma I cuma kawal emosi I supaya I sentiasa OKAY..  dan update banyak benda bermanfaat dan ilmu baik-baik dalam blog I supaya dapat jadi saham untuk I di akhirat kelak.. who knows right..

Don't take it serious guys.. this entry hanyalah luahan I je.. I am still fine cuma mood dan kekusutan I kena kacau hasutan syaitan dan iblis je..

Sekian,
Syafiera.





Ketagih Kopi dari Ipoh buat I tak boleh tidur then kena serangan panik (Panic Attack)

$
0
0


Ketagihan dengan kopi dari ipoh telah melanda diriku.. pantang nampak je kopi tu dekat rak atas microwave mesti cepat-cepat aku capai then buka serbuk kopi tu sambil tuang air panas ke dalam cawan yang berisi kopi dari Ipoh tu membuatkan aku rasa puas hati dengan bunyi air yang mengalir dan aroma kopi yang semakin kuat harumannya..  tapi tu la cara pengambilan aku kemungkinan besar salah kot.. aku pun tak tahu walaupun aku seorang stay-at-home mom... waktu tidur tu aku main langgar je.. bangun pukul 6-7 pagi untuk setelkan anak-anak ke sekolah.. then lepas dorang dah pergi sekolah aku tak boleh tidur lagi, aku kena setelkan hal anak-anak kucing pula.. kena bersihkan cat cage dorang.. percayalah you all, aku ni kalau tak setelkan semua benda benda ni aku boleh jadi DOWN.. aku boleh jadi stress. aku tak suka tengok kucing kucing ni dipenuhi dengan taik taik dorang... memandangkan dorang ni main suka-suka je nak melepas merata-rata, sudah !

Lepas dah setelkan urusan masing-masing.. sudah tentu aku tiba-tiba jadi clueless nak buat apa next.. kalau minda aku terasa kosong.. aku kemungkinan akan tidur terus.. aku malas dah nak fikir... walaupun aku ada blog yang tertunggak.. sebab kalau aku menghadap blog aku.. belum tentu ada idea nak naik untuk aku menaip.. teruk gila aku punya 'brain yang umur 30 tahun' sekarang ni, macam tak berfungsi dengan baik.. adakah aku yang silap sebab sekarang aku tak banyak buat benda berguna untuk otak aku.. kadang-kadang simple math pun aku tak boleh nak solve.. aku guna kalkulator walaupun 2+9. Ya Allah mungkin aku jarang membaca AlQuran hari-hari... makanan untuk minda.. sebab terlampau rakus menghadap facebook dan instagram melihat kekayaan dan kemewahan orang lain yang duduk asyik mengejar duniawi... Aku rasa aku perlu terhadkan penggunaan aku dengan gajet.. aku perasan kerana benda ni lah yang buat aku jauh dengan anak-anak, jauh dengan suami walaupun ada depan mata. :( Allahu...

Jap back to the main tittle... pasal kopi dari Ipoh ni.. macam I cakap bila terlampau ketagih kadang-kadang kalau I tak limitkan, ada sampai 3 sachets I boleh ambil sehari... pernah satu ketika lalu, aku ambil sebelum tidur.. tiba-tiba tak boleh tidur sampai lah waktu Subuh... cuba tutup mata tapi tak boleh.. aku mula buat benda lain.. aku main game, tengok Netflix, main likes likes dalam Instagram.. like gambar orang... tak boleh tidur sampai lah anak nak ke sekolah.. tapi time tu badan rasa letih penat gila... nak tak nak waktu anak ke sekolah I kena juga prepare masak breakfast untuk mereka... walaupun time tu dah boleh rasa sesak kat dada, nak bernafas secara normal pun tak boleh.. deep breathe macam tersekat tak masuk udara ke dalam paru-paru.. time tu baring pun tak kena, duduk pun tak kena.. mata dah terkebil-kebil... rasa macam roh nak keluar dari jasad ni tapi tu la.. cuba tarik nafas lagi sekali tak lepas... seksa tu Allah je tahu.. aku memang tak pergi klinik dah, sebab pernah kena serangan panik ni tahun lepas... doktor kat KK pun tak boleh buat apa.. satu je soalan doktor tu dekat aku, awak tak tidur ya ? Huhuhuh... ye memang tak boleh tidur..

Tapi tak tahu kenapa terjadi lagi sekali tahun ni.. memang teruk rasanya... memang aku kena kurangkan minum kopi tak pun ambil waktu breakfast.. jangan ambil waktu malam...  susah kan nak kawal apa yang kita nak ambil kadang-kadang.. badan kita pun kita tak boleh nak kawal apatah lagi nak kawal segala-segalanya..

Bila rasa DOWN rasa nak mati je tapi bila nak hadapi kematiaan tu takut kot... sesak dada tak boleh nafas properly tu pun rasa dah seksa... bila fikir balik tak nak aku kena serangan panik ni.. tak sanggup wei kalau tak boleh bernafas dengan betul tersekat sekat.. huuu..

Sekian..


Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health

$
0
0


Kuala Lumpur, January 16, 2020 – Dengan peningkatkan jumlah kes influenza di Malaysia, Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital kini bekerjasama untuk menganjurkan kempen kebersihan ‘Always Be Clean’ (ABC) for Health. Ia bermatlamat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kebersihan tangan.

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air atau pembersih tangan (hand sanitizer), mengikuti etika yang betul ketika bersin dan batuk serta menjalani gaya hidup yang sihat.

Menurut Pengurus Kanan Jenama Antabax, Vivian Lee, memastikan kebersihan tangan merupakan salah satu langkah paling penting untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit. Sekali gus mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit kepada orang lain.

“Antabax mengambil langkah proaktif sebaik sahaja mendapat tahu jumlah kes influenza kian meningkat. Kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menggalakkan tabiat kebersihan selama lebih satu dekad. Kami berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital untuk mendidik orang ramai mengenai langkah mengurangkan risiko dijangkiti dan menyebarkan penyakit berjangkit seperti influenza.”

Data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan bahawa amalan tidak membasuh tangan mengundang bahaya kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Membasuh tangan dengan sabun boleh melindungi 1 daripada 5 kanak-kanak yangmengalami jangkitan pernafasan seperti pneumonia. Walaupun orang ramai di seluruh dunia membersihkan tangan dengan air, sangat sedikit yang menggunakan sabun untuk membasuh tangan mereka. Membasuh tangan menggunakan sabun boleh menghilangkan kuman dengan lebih efektif.



Mengenai Influenza

Influenza biasanya dipindahkan menerusi titisan air yang keluar daripada batuk dan dan bersin apabila mulut tidak ditutup. Jangkitan virus influenza yang dibawa oleh udara dalam jarak pendek mungkin boleh berlaku, terutamanya di kawasan yang sesak. Pencemaran pada tangan juga menjadi satu lagi sumber jangkitan tersebut.



Tanda-tanda dan Simptom Influenza

Tanda-tanda dan simptom influenza termasuklah suhu badan yang tinggi melebihi 38 darjah selsius, rasa penat yang lama sehingga dua dan tiga minggu, sakit sendi dan otot, batuk kering, sentiasa bersin, sakit tekak dan kepala 5 . Mereka yang mempunyai tanda-tanda dan simptom ini perlu segera mendapatkan rawatan. Kumpulan berisiko tinggi termasuklah mereka yang berusia 65 tahun ke atas, ibu mengandung, penghidap penyakit-penyakit kronik, masalah pernafasan dan anak-anak kecil.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga mencadangkan kepada orang ramai, terutama mereka daripada kumpulan berisiko tinggi supaya mendapatkan vaksin selsema secara bermusim. Menurut Perunding Dalaman Perubatan dan Penyakit Berjangkit KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Dr Muhamad Yazli Yuhana, hospital telah merawat lebih 50 kes influenza pada minggu ini. Jadi, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan jangkitan.

“Hospital merekodkan lebih banyak kes berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kami harap dengan inisiatif bersama seperti kempen Antabax ABC for Health, orang ramai akan belajar untuk mengambil langkah-langkah pencegahan demi melindungi diri dan keluarga mereka.

Kita perlu lebih proaktif dalam mengambil vaksin, memastikan kebersihan tangan dan mendapatkan rawatan segera untuk mengurangkan penyebaran influenza,” kata Dr. Yazli yang menyampaikan ceramah bertajuk “Wabak Infleunza: Kurangkan Penyebarannya!”

Lagu kebersihan tangan Antabax yang menarik nyata menaikkan semangat kanak-kanak daripada KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital yang turut serta dalam program kesedaran dan pendidikan ini. Ia mampu membantu mereka mengingati langkah-langkah membasuh tangan yang betul sebagaimana yang ditunjukkan oleh para jururawat daripada unit kawalan jangkitan hospital berkenaan.

“Penyebaran penyakit berjangkit seperti influenza boleh dikurangnya apabila kita bekerjasama. Langkah penting untuk tidak menyebarkan penyakit ini adalah dengan tidak terkena jangkitannya. Cara utama yang boleh diamalkan oleh setiap orang adalah sentiasa bersih sepanjang masa,” kata Lee.

Kempen ABC for Health dimulakan oleh Antabax pada tahun 2018 untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid pra-sekolah dan sekolah rendah. Ia telah melibatkan lebih 6,000 orang murid di seluruh negara.

Jadilah sebahagian daripada komuniti dan ketahui lebih lanjut mengenai kempen serta inisiatif terkini dengan melayari laman Facebook rasmi Antabax di www.fb.com/NewAntabax atau Instagram di @antabax.


Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana Disokong oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

$
0
0

Kuala Lumpur, Januari 08, 2020 – Tahun persekolahan 2020 bagi 674 pelajar Orang Asli bermula dengan penuh semangat apabila mereka menerima keperluan kembali ke sekolah yang lengkap menerusi kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.

Kempen TOP, jenama bahan pencuci inovatif dari Jepun yang memberi fokus kepada komuniti Orang Asli telah mencatat rekod dari segi jumlah penerima dan sumbangan yang ekstensif. Sumbangan TOP merangkumi pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan, buku kerja, buku aktiviti, bekalan alat seni dan kraftangan serta alat muzik.

TOP telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk menghantar keperluan kembali ke sekolah kepada komuniti-komuniti Orang Asli yang menetap di kawasan pedalaman Perak, Pahang dan Negeri Sembilan agar murid-murid dapat hadir ke sekolah dengan keperluan sekolah yang lengkap, serta meringankan kewangan keluarga mereka.

Kempen itu nyata selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MEB) 2013-2025 1 yang memberi penekanan untuk menambah baik pencapaian murid Orang Asli menerusi kerjasama pihak kerajaan-swasta yang melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam usaha membantu mengubah sistem pendidikan.



Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo memberitahu kempen ini telah banyak membantu ratusan keluarga Orang Asli serta memberi motivasi kepada kanak-kanak supaya terus belajar di sekolah.

“Dari sektor swasta, TOP telah memberi sumbangan kembali ke sekolah yang cukup besar kepada komuniti Orang Asli. Sumbangan ini memberikan nilai tambah terhadap bantuan yang telah disediakan oleh JAKOA terhadap para pelajar Orang Asli. Kerjasama strategik di antara pihak kerajaan dan swasta dapat memberi semangat positif kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru,” kata Prof Dr Juli Edo.

TOP telah menjalankan kempen ini selama lima tahun untuk memberi motivasi kepada pelajar daripada komuniti kurang berkemampuan dan isi rumah B40 supaya mereka boleh mencapai kecemerlangan dengan meningkatkan keyakinan diri dan harga diri. Selain mendidik mereka supaya menjaga pakaian agar dapat tampil bersih dan selesa. Sehingga kini, seramai 2,474 orang pelajar telah menerima manfaatnya.

TOP yang terkenal dengan cucian Micro-Clean Tech™ dengan rangkaian Anti- Sebum dibangunkan oleh Lion Corporation Japan yang mampu menanggalkan sisa kotoran nyata dan tersembunyi untuk kehidupan yang bersih.



TOP telah bekerjasama dengan peruncit utama, TESCO untuk menjalankan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember 2019. Tiga puluh sen daripada jualan produk terpilih TOP dari semua cawangan TESCO di seluruh negara dan Tesco Online telah disalurkan ke tabung kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.

Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li menyatakan bahawa tindak balas orang ramai terhadap kempen ini sangat memberangsangkan dengan kutipan hampir tiga kali ganda daripada yang dijangkakan. Ini membuktikan sokongan kepada masa depan kanak-kanak Orang Asli yang lebih cerah.

“Menerusi kempen ini, memang jelas TOP dan pelanggan kami prihatin terhadap kesejahteraan kanak-kanak Orang Asli dan mahu menyokong komuniti ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama daripada JAKOA,

Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, tok batin, rakan niaga kami TESCO dan para pelanggan. Bersama-samalah kita memberi masa depan yang lebih cerah kepada 674 orang kanak-kanak Orang Asli ini,” kata Cik Ling.

Pasukan TOP menyerahkan keperluan kembali ke sekolah di Pos Tenau, serta mengadakan bengkel mencuci pakaian bagi berkongsi tip-tip membersih dan mengekalkan kebersihan pakaian seragam mereka dengan baik. Setiap keluarga yang hadir juga menerima satu pek bahan pencuci TOP Super White Micro Clean Tech untuk digunakan di rumah. Kanak-kanak pula mengalu-alukan kedatangan pasukan TOP dengan nyanyian lagu-lagu dalam bahasa Semai.

“Kanak-kanak di Pos Tenau memang kreatif, berbakat dan bersemangat berdikari. Kegembiraan mereka menerima keperluan kembali ke sekolah ini menukar majlis penyerahan menjadi seperti satu sambutan. Kebolehan mereka termasuklah kanak-kanak yang masih kecil, untuk mencuci pakaian seragam dengan tangan, patut dicontohi ramai. Mereka nyata membawa tagline Belum Bersih sehingga Dimikro Bersih dengan sepenuh hati,” kata Cik Ling.

Tok Batin Pos Tenau di Perak, Yok Komlok A/L Sentor memberitahu komunitinya sangat bersyukur di atas bantuan dan motivasi kepada murid-murid sekolah. “Kebanyakan keluarga mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah dan kos keperluan kembali ke sekolah sememangnya sangat tinggi. Namun, kami juga mahu anak-anak menerima pendidikan dan gembira untuk pergi ke sekolah.

Apabila kami mendapat tahu bahawa komuniti Pos Tenau telah terpilh untuk kempen  ini, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru sangat gembira. Terima kasih kepada kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP!’,” katanya.

Tok Batin Ayof bin Ekal dari Kampung Parit Gong yang juga seorang guru di SK Putra, Simpang Durian mengakui bahawa sumbangan ini cukup komprehensif, menyeluruh dan sangat dialu-alukan oleh komunitinya.

“Seramai 110 orang kanak-kanak dari perkampungan di kawasan ini menerima pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan dan buku kerja. Ada juga bekalan alatan seni dan kraf serta sebuah ukulele. Ibu bapa dalam komuniti kami tidak perlu lagi membeli sebarang kelengkapan sekolah. TOP dan rakyat Malaysia telah menunjukkan mereka mengambil berat ke atas kanak- kanak Orang Asli,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TOP, sila layari laman web: http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88- 0133.

Senarai penerima sekolah Orang Asli, Lokasi dan jumlah pelajar.

No. Sekolah Bilangan Pelajar Orang Asli
1. SK Pos Musoh, Perak 70
2. SK Pos Lemoi, Pahang 84
3. SK Pos Bersih, Perak 147
4. SK Putra, Negeri Sembilan 110
5. SK Pos Tenau, Perak 79
6. SK Sg Mas, Pahang 79
7. SK Sg Mok, Pahang 105

Jumlah 674

Mengenai Southern Lion Sdn Bhd

Southern Lion Sdn Bhd ialah syarikat kerjasama 50/50 di antara Lam Soon (M) Bhd dan LION CORPORATION, Jepun. Ia terus menambah baik kualiti kehidupan pengguna di Malaysia dengan menawarkan produk-produk isi rumah seperti penjagaan fabrik, kediaman, kecantikan dan oral yang inovatif pada harga mampu milik. Southern Lion merupakan syarikat pengeluar bahan cucian pertama yang menerima persijilan ISO 9001.

UHU PACU PASARAN DENGAN PRODUK INOVATIF BAGI KEPERLUAN KREATIF DAN PENYELESAIAN HARIAN

$
0
0

Gam ni dulu masa kecil kecil tak mampu beli Mahal rasanya.. tapi sekarang tak tahu kenapa rasa macam mampu nak beli.. sepanjang anak sekolah aku memang beli gam UHU sebab melekat dengan lebih efektif kurang lekatlekit bila sentuh hahah Dan cepat kering... paling best masih boleh guna dalam jangka masa panjang 😅 makesure lepas guna tutup balik...

Ingat lagi mak kita beli gam UHU untuk 'crafty things' etc bunga dengan manik.. zaman dulu memang mak mak kita suka kan buat goodies bunga telur tu... memang tak kasi kitaorang sentuh gam UHU tu... dapat kat tangan kita... kita buat belon... letak sikit kat tangan then buka air paip... you all mesti buat ni... sebab I suka buat belon guna air tu. 😅😅😅

SUBANG JAYA, 18 Disember 2019 – Faber-Castell Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan rangkaian produk inovatif UHU yang terkini, yang setiap satunya ditujukan kepada kegunaan dan pasaran sasaran yang khusus. Berikutan pengembangan terkininya ke dalam kategori produk bahan pelekat untuk kerja-kerja baik pulih yang ekstrem, UHU kini menguasai bahagian pasaran yang signifikan dalam pasaran runcit bahan pelekat di Malaysia.

“Sejak tahun 1930-an lagi UHU berusaha untuk menghasilkan produk-produk inovatif menerusi penyelidikan dan pembangunan yang berterusan. Semenjak itu, jenama ini kekal sebagai penginovasi dan pakar glu dalam pasaran runcit bahan pelekat kerana kualiti dan produk-produk inovatif yang dihasilkan,” kata Andrew Woon, Pengarah Urusan Faber- Castell Malaysia.


Antara produk-produk baharu UHU yang akan berada di pasaran mulai November 2019 adalah UHU Stic Magic Blue dan Edisi Terhad PETS 2. Sementara itu, UHU Max Repair untuk kerja-kerja membaik pulih yang ekstrem, Super Glue Ultra-Fast Control dan Super Glue Mini untuk sekali guna akan mula berada di pasaran dari Mac 2020.

Berikut adalah maklumat terperinci bagi setiap produk:


UHU Stic Magic Blue (8.2g – RM4.70, 21g – RM8.90)

Dengan formula warna menghilang yang menakjubkan yang dihasilkan oleh UHU, kesan kebiru-biruan dapat dilihat semasa sapuan tetapi ia akan hilang dalam masa beberapa saat. Formula ini membolehkan sapuan glu dibuat dengan lebih tepat dengan adanya kesan kebiruan tersebut sebagai panduan visual. Produk ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang pastinya akan mengagumi formula warna menghilang ini. Magic Blue adalah ideal untuk melekatkan kertas, kadbod, foto, Styrofoam, label, tekstil dan sebagainya. Produk yang menggunakan formula glu bebas pelarut dengan 98% bahan semulajadi ini mudah dicuci dengan air sejuk serta selamat untuk kanak-kanak.

UHU Max Repair Extreme (8g, RM18.90)

UHU Max Repair Extreme adalah bahan pelekat yang amat kuat yang ideal untuk kerja-kerja baik pulih yang penting di rumah, juga untuk kasut atau sebarang barangan yang pecah. Pelekat serba boleh ini dapat menangani sebarang jenis kerja lekatan dan hasilnya adalah tahan hentakan, suhu, dan UV, serta selamat digunakan dalam mesin basuh pinggan mangkuk.


UHU Super Glue Ultra-Fast Control (3g, RM7.90)
UHU Super Glue Ultra-Fast Control baharu menampilkan Teknologi Direct-Stop yang unik
dan formula pelekat yang dipertingkatkan. Kini, tiada lagi jari kotor, tiada lagi tumpahan dan
tiada lagi aliran bahan pelekat yang tidak terkawal. Tiubnya mempunyai bahagian dalaman
yang memberikan tekanan balas yang mengembalikan tiub ke bentuk asalnya apabila
dipicit, yang turut menghasilkan kesan sedut balik. Dengan formula pelekat yang
dipertingkatkan ini, Super Glue Ultra-Fast Control kini merupakan standard pelekat yang
baharu, yang membawakan segala kelebihan dalam satu produk.


UHU Super Glue yang asal juga kini didatangkan dalam varian mini 1g (3 pek 1g, RM10.90)
untuk sekali guna bagi kerja-kerja lekatan dalam kesibukan harian, pada bila-bila masa dan
di mana-mana jua!




UHU Stic The Secret Life of PETS 2 – Edisi Terhad (8.2g – RM4.40, 21g – RM8.70)

UHU Stic yang popular ini merupakan satu kemestian di pejabat, bilik darjah dan juga di
rumah, dan kini terdapat dalam rangkaian lapan corak edisi terhad ‘The Secret Life of PETS
2’ yang menjadikannya ideal sebagai barangan kolektibel. Gidget, Max, Cute Snowball,
Chloe, Duke, Mel, Pickles dan Sweet Pea adalah antara watak yang ditampilkan dalam
rangkaian edisi terhad UHU Stic.

Produk-produk UHU boleh didapati di kedai-kedai alat tulis, kedai perkakasan dan kedai serbaneka utama di seluruh negara serta platform e-dagang seperti shopee.com.my dan lazada.com.my.

#fabercastellmy #UHUMalaysia @fabercastellmy

Mengenai UHU/Bolton Adhesives

UHU merupakan salah satu jenama dari Bolton Adhesives. Bolton Adhesives mewakili bahagian glu di Kumpulan Bolton dan mewakili empat jenama utama: Air Max, Bison, UHU dan Griffon. Produk- produk Bolton Adhesives menawarkan penyelesaian yang terbaik untuk melekatkan dan menampal kertas dan kadbod, kulit, fabrik dan kayu, serta untuk menyambungkan logam dan plastik sama ada di rumah, di pejabat, di sekolah, mahupun untuk projek DIY serta kerja-kerja profesional. Saluran pengagihan syarikat ini terdiri daripada pasar raya, kedai barangan pejabat, kedai kelengkapan bertukang sendiri (DIY) dan pasaran profesional. Bolton Adhesives mempunyai kira-kira 700 kakitangan. Di Malaysia, A.W Faber-Castell (M) Sdn Bhd merupakan pengedar tunggal UHU.

Mengenai Faber-Castell Malaysia

Faber-Castell Malaysia ditubuhkan pada 1978 dengan hanya 8 orang kakitangan. Faber-Castell memulakan pengeluaran pemadam getah asli dan PVC pada tahun 1980 dan sejak itu Faber-Castell telah menjadi salah satu pengeluar pemadam yang terbesar di dunia dengan mengeksport sebanyak 90% daripada 150 juta pemadam termasuklah alat-alat tulis dengan inovasi Fast Dry GEL PEN yang terkini.

Mengikuti falsafah syarikat untuk menjadi inovatif dan cekap, Faber-Castell Malaysia mendapat pelbagai persijilan yang diiktiraf seperti ISO 9001, ISO 14001 dan SIRIM serta pelbagainya. Di samping itu, Faber-Castell Malaysia juga dipilih sebagai SUPER BRAND pada tahun 2002 bagi industri alat-alat tulis di Malaysia, selain daripada menjadi Pembekal Rasmi produk alat tulis bagi Sukan Komanwel ke-16 yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Disebabkan inovasi yang cemerlang dalam pembangunan produk, Faber-Castell Malaysia memenangi anugerah ISPA pada tahun 2007, dan iF Design and Promotional Gifts Award 2008 bagi pemadam Sleeve. Selain itu, Faber-Castell juga memenangi anugerah PBS pada tahun 2008 untuk pemadam Kosmo.

Selaras dengan perkembangan yang pesat, Faber Castell Malaysia telah berpindah ke kilang lokasi terkini pada September 2002. Dirasmikan pada 13 November 2002, salah satu ciri-ciri istimewa kilang adalah Menara Pensel yang Tertinggi di dunia. Pensel ini berketinggi 19.75 meter dan mempunyai diameter 0.8 meter telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dan Guinness World Records sebagai pensel terpanjang di dunia, dan kini menjadi salah satu mercu tanda di Malaysia.

Pada bulan Mac 2018, Faber-Castell Malaysia melancarkan pusat edaran seluas 90,000 kaki persegi yang terletak di Subang Jaya. Pusat edaran baharu ini menggunakan proses operasi digital yang membawakan kelebihan dari segi ketepatan penghantaran dan kecekapan sistem serta sistem pengurusan gudang, dan mempunyai enam ruang.

Faber-Castell juga merupakan syarikat pertama dalam bidang perniagaan alat tulis yang menyetujui piagam sosial yang menjadi panduan bagi menjaga kebajikan kakitangan syarikat. Di Malaysia, satu perjanjian kolektif telah ditandatangani antara kesatuan sekerja dan Faber-Castell Malaysia pada 11 Oktober 2004.

Untuk maklumat lanjut mengenai Faber-Castell, layari laman web syarikat tersebut di http://www.faber-castell.com.my/.

Kismis California pilihan Chef Bertaraf dunia Emmanuel Stroobant

$
0
0

9 Januari I berkesempatan untuk mencuba sendiri kelazatan hidangan dengan sentuhan manisan berasaskan resepi yang dicipta khas menggunakan kismis California di majlis 'Samplings On The Fourteen Restaurant' di Berjaya University College yang lalu bersama Jawatankuasa Pentadbiran Kismis (RAC) sempena menyabut tahun baharu.


Chef Emmanuel Stroobant ialah seorang chef selebriti bertaraf 2 bintang Michelin telah mencipta kesemua resipi bersama chef jemputan iaitu Erich Anton Roos bersama-sama meraikan 40 Tokoh Berpengaruh utama di Malaysia dengan majlis makan malam yang mesra. Media dan bloggers turut hadir untuk menjamu selera dan beramah mesra dengan chef selebriti sambil memerhati pesona mereka dengan menunjukkan kelebihan Kismis California dalam empat sajian makan malam yang begitu lazat.


Kemunculan sebagai chef pengacara saluran AFC selama bertahun-tahun telah membuka restoran miliknya yang pertama di Singapura iaitu Saint Pierre. Usia semuda 16 tahun beliau pernah menjadi pembantu dapur dan meniti kerjaya dalam dunia kulinari selama satu dekad. Kini beliau Chef Emmanuel Stroobant telah menjadi chef selebriti Belgium bertaraf 2 bintang Michelin yang tidak perlu diperkenalkan lagi.


Cik Tan Yeng Sing seorang pakar diet klinikal turut hadir untuk menerangkan khasiat kebaikan dan kelebihan kismis. Pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran tidak melebihi 5 sajian sehari membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung koronori sebanyak 17%.

Pemakanan yang baik sememangnya cara terbaik untuk mencegah penyakit dan menjaga kesihatan. Bahan keperluaan ini penting untuk perlindungan daripada tekanan oksidatif yang berkairan usia dan penyakit seperti kismis yang kaya dengan antioksidan polifenol tinggi mengandungi kira-kira 3,037 unit ORAC ( Oxygen Radical Absorbance Capacity ) iaitu satu kaedah mengukur antioksidan dalam makanan kira-kira 2/3 cawan.


Kismis mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan. Kismis mengandungi 35% fruktosa dan 35% glukosa yang merupakan gula buah-buahan semulajadi dan sumber tenaga yang tidak mengandungi lemak & kolestrol. Kismis ialah snek yang sihat dan boleh menggantikan gula dalam banyak resepi makanan dan roti serta kek.

Antara pelbagai kelebihan kismis California termasuklah :

  1. Semulajadi
  2. Manis secara semulajadi dan tidak mengandungi gula tambahan
  3. Tidak mengandungi lemak dan kolestrol dan rendah natrium ( garam) secara semulajadi
  4. Sumber kalium ( elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf)
  5. Sumber serat
  6. Sumber natrium
  7. Mengandungi Fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi.
Kali pertama I menikmati minuman bersama soda dan kismis, memang menyegarkan anak tekak yang seharian menghadapi terik pada waktu siang.



Apa pun disebalik 1001 khasiat kismis California ni, banyak sebenarnya menu hidangan yang menggunakan kismis menjadi bertambah enak dan lazat. Menu yang telah disediakan oleh 2 chef tersohor iaitu :

Chef Emmanuel Stroobant ( 3 resepi )

  1. Kismis California, Ketam dan kubis bunga
  2. Pasta Kismis California dengan Jintan Hitam & Udang
  3. Kismis California dengan Rusuk Lembu & Buah-buahan musim sejuk
manakala

Chef Erich Anron Roos pula meyediakan manisan Simfoni Kismis California yang terdiri daripada :
  • Mufin Kismis California dengan krim
  • Ais krim Kayu Manis Kismis California
  • Paf Epal


Kismis California, Ketam & Kubis bunga

Pasta Kismis California dengan Jintan Hitam & Udang

Kismis California dengan Rusuk Lembu & Buah-buahan musim sejuk

Simfoni Kismis California
Berpangkalan di Bangkok, Chef Anton Roos iaitu seorang warga Switzerland telah mengumpul banyak pengalaman yang telah berkecimpung selama 40 tahun dalam dunia kulinari antarabangsa meliputi negara Barat dan Asia banyak memainkan peranan yang lebih tertumpu kepada perundingan dan perancangan strategik untuk keperluaan latihan dapur dalam rangkaian hotel antarabangsa.


Kismis bukan sahaja lazat sebagai pembuka selera malahan ianya juga kaya dengan khasiat pemakanan yang menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam sajian masakan memandangkan isu-isu kesihatan yang semakin meningkat kerana diet yang tidak sihat.

Jabatan pertaniaan Amerika Syarikat (USDA) mengesyorkan orang dewasa mengambil 1 1/2 hingga 2 cawan buah-buahan sehari. Buah-buahan sedia untuk dimakan dan mudah dibawa kemana-mana seperti Kismis California, sesuai untuk mengisi kuota ini. Pengguna hanya memerlukan 1/2 cawan kismis untuk mengisi keperluaan harian berbanding 1 cawan penuh buah-buahan segar.

Untuk maklumat lanjut dan resepi Kismis California, sila layari www.calraisins.org dan www.caraisins.com. Jangan lupa ikuti Facebook : @RACAsean.

Jom jana pendapatan secara pasif dengan OctaPlus !

$
0
0


Membeli-belah lebih baik dari sebelumnya !

Bagi yang gemar membeli-belah secara online, program 'cashback' atau pulangan tunai (dalam bahasa melayu) adalah salah satu insentif yang akan memberi peluang kepada kita semua untuk menerima pulangan hasil mengikut peratusan tertentu daripada setiap perbelanjaan yang kita berurusan setiap hari. Tipulah jika kita tak suka kan bila berbelanja dapat pulangan duit kan?

Banyak rupanya program platform pulangan tunai yang telah berada dalam Malaysia ni salah satu yang I rasa kita semua kena terokai adalah seperti OctaPlus. Dengan adanya konsep pulangan tunai ni ianya sedikit sebanyak telah berjaya menarik minat untuk kita membeli dengan lebih kerap.

Contoh situasi pulangan tunai untuk kita lebih memahami konsep ini seperti berikut :

"Kedai Ali menawarkan pulangan tunai sebanyak 5% jika kita berbelanja di platform jual beli seperti OctaPlus, jika kita berbelanja sebanyak RM1,000 di Kedai Ali, kita layak menerima jumlah  pulangan tunai sebanyak RM50." Ini adalah salah satu situasi yang sekali gus menjadikan kita rasa berbaloi untuk membeli-belah di platform yang menawarkan keuntungan untuk kita juga.

I rasa kita tak akan berasa rugi pun jika mengambil peluang untuk pulangan tunai ni tau..
Bagi I yang suka membeli-belah secara 'online' tanpa perlu keluar rumah, bersiap - pakai makeup bagai, cari kunci kereta, 'start engine,' cari parking ( nak kena bayar parking lagi pening ), ianya juga adalah salah satu 'retail therapy' untuk I... membeli-belah ni sebenarnya tergolong dalam tujuan untuk melepaskan stress you all tahu tak..

Pulangan tunai sangat mudah dan cepat untuk dimasukkan dalam akaun platform yang kita daftar sebab syarikat yang menawarkan program pulangan tunai atai dikenali lebih sebagai 'cashback' seperti OctaPlus tidak meletakkan banyak syarat untuk kita layak menerima pulangan tunai yang dijanjikan tu. Hanya buat sahaja pembeliaan melalui OctaPlus untuk kita menerima pulangan tunai tersebut. Pokoknya kita hanya perlu ada akaun yang telah didaftarkan sahaja di OctaPlus.

Apa itu OctaPlus ?

Secara amnya OctaPlus ialah sebuah platform yang bermisi untuk menjadikan pengalaman kita membeli belah lebih baik dan membantu kita untuk berbelanja dengan lebih bijak. Selain itu OctaPlus juga memberikan ganjaran jika kita menjadi ahli dalam OctaPlus. Setelah membeli-belah akan ada bahagian untuk kita review dimana kita boleh kongsi dan menerokai lebih mendalam lagi cara untuk membeli-belah dengan bijak sebagai sokongan dalam komuniti agar lebih berkembang dan paling penting kita boleh dapat pulangan tunai setiap pembeliaan ! Cap paling tinggi dalam bandar tau !



Bagaimana untuk mendapatkan 'Cashback' atau Pulangan Tunai melalui OctaPlus ?

Sebelum I menerangkan cara bagaimana untuk mendapatkan pulangan tunai, mari kita lihat sendiri apakah pulangan tunai sebenarnya! Ia adalah sejenis komisen dalam platform OctaPlus yang kita boleh dapat dengan membeli-belah berdasarkan jualan yang ditawarkan oleh peniaga di dalam platform OctaPlus. OctaPlus telah membuat keputusan untuk berkongsi sedikit keuntungan dengan semua pengguna platform ini ! Buat masa sekarang tidak banyak platform e-dagang yang menawarkan pulangan tunai yang menguntungkan selain daripada Shopback dan Fave.


Tapi tak perlu khuatir lagi sebab Octaplus adalah salah satu daripada platform ini! OctaPlus menawarkan pulangan tunai lebih dari 100 peniaga dengan kerjasama industri besar yang terkenal seperti Shopee, Lazada, JD Sports, Watson dan banyak lagi!

Cara yang sangat mudah untuk mendapatkan pulangan tunai dari Octaplus adalah dengan :

  1. Mendaftar
    Daftar akaun di Octaplus, anda juga boleh log masuk secara langsung melalui akaun Google atau Facebook. Kemudian, anda perlu melakukan pengesahan identiti mudah dengan memasukkan nombor telefon bimbit anda dan melengkapkan pengesahan OTP. Dan kini anda akan mendapat akses penuh ke semua perkhidmatan Octaplus.
  2. Aktifkan Pulangan Tunai
    Untuk dapatkan pulangan tunai, anda perlu pergi ke senarai pedagang dalam OctaPlus, contoh seperti Lazada, Shopee, JD Sports, Watson dan lain-lain, klik pada syarikat yang anda ingin beli, dan klik "aktifkan cashback" untuk meneruskan laman web penjual untuk memulakan urusan beli-belah! Beberapa perkara yang perlu diambil berat dimana pulangan tunai dari peniaga biasanya hanya tersedia di platform terpilih sahaja, seperti web desktop, web mudah alih, android atau iOS, jadi anda perlu memberi perhatian kepada terma dan syarat sebelum membeli-belah untuk memastikan anda berada di platform layak untuk pulangan tunai !
  3. Pastikan kategori Produk Yang Layak
    Penting untuk mengetahui tidak semua barangan yang berada kedai online layak untuk pulangan tunai, ianya adalah perkara yang perlu diperhatikan apabila klik barangan ditawarkan dari para pedagang untuk melihat kategori produk apa layak untuk pulangan tunai.
  4. Proses pulangan tunai mengambil masa sehingga 7 hari
    Sebaik sahaja anda membuat pembelian, anda perlu menunggu sehingga pulangan tunai dikesan, prosesnya tidak serta-merta dan tempoh masa berlainan diantara peniaga, misalnya, diperlukan 7 hari untuk urus niaga seperti Shopee untuk dijejaki, sementara diperlukan 2 hari melalui transaksi Lazada untukdikesan. Kemudian, tempoh masa yang anda perlu menunggu sedikit masa sebelum jumlah tunai balik disahkan dan ditebus, secara amnya lebih kurang 120 hari. Selepas itu, semua jumlah pulangan tunai terkumpul sekurang-kurangnya RM 8 dan anda boleh mengeluarkan jumlah itu terus ke dalam akaun bank anda!
So itu adalah cara yang anda perlu tahu untuk anda mendapatkan pulangan tunai dari OctaPlus! Mudah kan ? Tiba-tiba I rasa tak sabar nak membeli-belah dalam platform ni ! Boleh buat duit walaupun berbelanja je kerja I.

Apa kelebihan yang anda dapat dengan Octaplus ?

Anda dapat berkongsi serta mengetahui pelbagai cara untuk membeli belah di dalam komuniti Octaplus yang semakin berkembang dengan memberi ulasan terbaik malahan anda juga dapat mengumpul BalikTunai, mata ganjaran dan OctaSeeds.

Paling menarik anda juga akan mendapat pulangan tunai yang agak tinggi setiap pembeliaan dengan Octaplus. Best tak ?



Jadi, kenapa kita kena gunakan OctaPlus adalah lebih dari 100 peniaga dan kedai yang ada pulangan tunai tau termasuklah Shopee, SEPHORA, Lazada, Unifi, Focus Point, GNC, Seng Heng, KLOOK, fave, HERMO dan macam-macam lagi ! Nak tahu kedai mana yang best dalam OctaPlus boleh rujuk sini : https://octaplus.io/web/stores

Jadi Suri rumah pun boleh buat duit dengan OctaPlus !

Sekarang ni walaupun I hanya suri rumah, I boleh jana pendapatan pasif dengan hanya membeli-belah dalam OctaPlus, tambahan lagi I boleh jadi "personal shopper" untuk beli barangan yang ditempah oleh kawan-kawan dan ahli keluarga I tau. 'So let me promote myself' kalau ada yang nak beli, cepat contact I tau !


JOM DAFTAR SEKARANG JUGA !

Mulakan langkah yang mudah untuk mengumpul mata ganjaran dan balik tunai apabila anda mendaftar dan muat turun aplikasi Octaplus di > SINI< atau scan QR code tertera :
Setelah anda mendaftar, anda akan menerima RM3 sebagai bonus selamat datang dan juga 600 mata ganjaran sebagai permulaan sebelum anda memulakan pengalaman membeli-belah anda bersama OctaPlus.

Kongsi juga mengenai OctaPlus dengan menggunakan link rujukan anda pada kawan-kawan seperti QR Code di atas dalam akaun anda. Anda juga akan menerima RM3 setiap kali rujukan berjaya.

Apa anda tunggu lagi ?! - Jangan lupa MUAT TURUN sekarang OctaPlus dan nikmati semua ganjaran yang ditawarkan !

o Website link: www.octaplus.io
o App download link: http://bit.ly/2H3nQXU

Selamat Berjaya buat duit dengan OctaPlus !

WishTree ! Barangan dalam WishTree boleh ditebus menggunakan OctaSeeds


Sebelum I Tutup entri ni, ada benda paling BEST yang anda perlu tahu dalam OctaPlus iaitu Wish Tree ! Dalam WishTree ada barangan menarik yang ditawarkan seperti 8.5 inci Writing Tablet Doodle Board, Giselle Hand Blender Full Set, 20' polycarbonate liggage, Tupperware lat one touch set of 4 ( limited edition), Pensonic 23L Elecetric Ovem PEOP-2305, Global Version Xiaomi Band 4 dan macam-macam lagi model jenama yang ramai ingin miliki.


Barangan ini ditawarkan oleh OctaPlus agar pengguna web dan aplikasi lebih bersemangat untuk mengumpul OctaSeeds.

Octaseeds !

Contoh Octaseeds
Octaseeds ni boleh dikumpul melalui 'referring' kawan baru, OctaSeed akan timbul setiap 3 jam, kena rajin cari, OctaSeeds juga akan muncul dalam masa yang istimewa terutamanya waktu perayaan seperti Kempen Lunar untuk tahun ini. OctaSeeds adalah mata ganjaran yang boleh dimiliki secara percuma. OctaSeeds juga tidak boleh di tukar dengan wang tunai atau barangan dan servis. OctaSeeds tidak boleh dijual dan tidak boleh dipindahmilik. Jumlah OctaSeeds diberikan mengijuk subjek dan pertimbangan. Hadiah yang ditawarkan tidak boleh dijual atau dipindahmilik. Barangan dalam WishTree tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau barangan dan servis serta tidak boleh dijual atau dipindahmilik.

Wishtree !


Anda hanya membuat satu permintaan pada satu masa. Apabila anda membuat permintaan baru maka semua OctaSeeds yang anda gunakan untuk permintaan sebelumnya akan dibatalkan. Sebelum anda membuat permintaan, sila baca dan fahami penerangan mengenai permintaan, arahan selanjutnya akan disediakan.




Selepas anda membuat permintaan, anda perlu mengisi permintaan anda dengan jumlah yang diperlukan dengan OctaSEEDs untuk menebus permintaan yang anda inginkan.

Barangan di Wish Tree adalah terhad dalam stok. Barangan yang telah ditebus berdasarkan siapa cepat dia dapat. Selepas semua barangan dalam Wish Tree telah ditebus kesemuanya, anda tidak lagi layak untuk membuat permintaan dan kesemua OctaSeeds yang anda guna untuk permintaan akan dibatalkan.

OctaSeeds yang diluputkan tidak akan dikembalikan.

OctaPlus berhak untuk menambah, mengeluarkan dan meminda semua peraturan dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu.

Kempen Lunar 


Bulan Januari ni jatuh musim perayaan Tahun Baru Cina, maka OctaPlus juga memberikan peluang untuk pengguna OctaPlus bermula dari 8 Januari sehingga 29 Februari 2020.

Terdapat 2 aktiviti yang anda boleh sertai untuk memenangi hadiah sehingga RM888.

Aktiviti 1
  1. Jumlah hadiah untuk kempen ini ialah:
    -RM 888 (x1)
    -RM 88 (x8)
  2. Anda berpeluang untuk memenangi sehingga RM888 apabila anda mendapat "8" dalam jumlah pulangan tunai anda (tidak termasuk kos penghantaran) dalam satu resit tunggal.Contoh seperti jika jumlah jumlah pulangan tunai anda adalah "RM1.08", "RM1.80", "RM8" dan lain-lain.
  3. Anda akan menerima tiket kemasukan apabila anda mendapat "8" dalam jumlah pulangan tunai anda (tidak termasuk kos penghantaran) dalam satu resit.
  4. Anda akan mendapat tiket tambahan untuk memenangi hadiah kempen dengan setiap transaksi tambahan yang anda buat dan mempunyai nombor "8". Lebih banyak tiket bermakna lebih tinggi peluang untuk anda menang!
  5. Pemenang RM888 akan diumumkan pada 2 Mac 2020.
Aktiviti 2 :
  1. Anda akan mendapat RM2.80 apabila anda membuat pembelian sebanyak RM88 atau lebih dalam satu resit (tidak termasuk kos penghantaran)
  2. Anda akan mendapat RM3.80 apabila anda membuat pembelian RM128 atau lebih dalam satu resit (tidak termasuk kos penghantaran)
  3. Anda akan mendapat RM8.80 apabila anda membuat pembelian sebanyak RM288 atau lebih dalam satu resit (ttidak termasuk kos penghantaran)
  4. Jumlah yang disenaraikan di atas tidak disusun atau bertindih.
Terma dan Syarat Am:
  1. Amaun tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun anda pada tarikh pulangan tunai yang berkaitan akan dikreditkan ke dalam akaun anda.
  2. Penyertaan / disahkan menang akan dibatalkan jika pengguna membuat pemulangan bayaran balik, pengembalian atau membatalkan transaksi yang berkaitan.
  3. Terma dan syarat dikenakan.
  4. Anda boleh menyemak maklumat tambahan mengenai penyertaan anda dalam aplikasi OctaPlus.
  5. Octaplus berhak untuk mengemas kini, meminda atau membatalkan kempen tanpa notis terlebih dahulu.
Apa pun I sebagai penulis entri kali ni nak ucapkan Selamat Berjaya bagi yang nak jana pendapatan secara pasif dengan OctaPlus dan jangan lupa sertai apa-apa kempen dalam aplikasi dan web ni !

Good Luck ! Thank you sebab sudi baca !

Xoxo,
Syafiera

Jom Check-In di Putrade Allsuites @RPGC jika anda ke Ipoh, Perak.

$
0
0

Check-In Putrade Allsuites @RPGC

I ke Perak sekali lagi pada akhir tahun 2019 sebab adik I kahwin dengan isteri barunya yang berasal dari Sungai Siput. Untuk tahun 2019 ni dah 3 kali I ke Perak, masa adik I bertunang dan masa adik I kahwin dan saut lagi I ke Pangkor Laut. Tak sangka ya jarang I ke Perak kecuali waktu adik I graduated di UTP. Kalau ikutkan Perak ni satu-satunya negeri I macam suka nak pergi tak tahu lah kenapa kan.. luas rupanya negeri ni. Memang tak bosan langsung melawat Perak. Bila taip entri ni rasa macam tak puas lagi nak 'explore' lebih lagi negeri Perak ni. Apa pun tak sangkalah dalam keluarga I sekarang dah ada adik-beradik ipar dari negeri Perak, Kedah, Johor, Kelantan, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan cuma Sabah dan Sarawak je belum lagi. Apa pun sebelum I merapu lebih lanjut mengenai keluarga I baiklah I perkenalkan dekat you all semua tempat I stay lepas adik I kahwin dengan isteri barunya tu.

Dah alang-alang tu.. ni la tempat tinggal I untuk 2 hari 1 malam sebelum pulang ke Kuala Lumpur iaitu Putrade Allsuites at RPGC. Tempat yang menarik untuk didiami selama berada di Perak. Luas, jalan raya yang kurang sesak membuatkan tempat ni rasa seronok pula rasa macam nak pindah je .. huhuh..


Bagi yang belum pernah ke sini... I nak cerita sikit pengalaman I di sini.. Ianya adalah sebuah suites ala-ala service apartment, macam rumah orang kaya-kaya gitu, tiber haha.. kawasan ni berdekatan dengan padang golf.. so the main point nya tetamu yang datang ke sini nak main golf bolehlah sewa suites di sini bersama keluarga.. tapi kali ni Putrade Allsuites di RPGC ni dibuka untuk orang awam.. dan orang-orang biasa macam I boleh lah tinggal di sini kalau I ke Perak lagi next time..



SUITES

Putrade Allsuites di RPGC mempunyai 36-unit, dilengkapi dengan perabot dan kelengkapan berkonsepkan ciri-ciri kontemporari, kesegaran dan kehangatan dari setiap suite disesuaikan dengan suasana yang penuh gaya bak kata orang moden 'very instagrammable' la di setiap sudut. Bilik-bilik sini merupakan yang terbaik dalam perkhidmatan yang ditawarkan, rekaan minimalis moden dengan sentuhan keanggunan. ruangan dititikberatkan untuk memuatkan ahli keluarga atau rakan serta dari kalangan ahli perniagaan, kumpulan pemain golf mahupun untuk perhimpunan keluarga.



Harga 1 Malam

Suites yang I tinggal kali ni ialah 2 bilik.. 1 malam RM490 ya, keluasan 900sqf memang muat lah untuk anak beranak... 2 dewasa 2 kanak-kanak.. rasanya memang luas habis macam boleh muat beberapa orang lagi je suites yang I tinggal haritu.. Bilik yang I tinggal ada mesi kopi Dolce Gusto, haih memang layan kopi je la kami berdua sambil tengok TV.. paling best ada kemudahan WiFi percuma jadi senanglah kami mengakses sosial media dan google..


Masa untuk check-in dari lobi- lif hinggalah ke pintu balik..

Ruangan Dapur

Masuk je suites, ruangan pertama yang I nampak dulu ialah bahagian dapur. Pentingnya dapur bagi kaum ibu macam I, kelengkapan seperti singki untuk mencuci ada, kabinet dapur ada, chiller ada, cerek untuk panaskan air ada dan yang paling penting ada mesin kopi.. meja untuk makan pun ada.. disini lah kami menjamah makanan malam-malam di sini..


Ruang Tamu

Bahagian Ruang tamu pula lengkap dengan hiburan seperti TV dan tempat untuk bersantai di atas sofa berwarna biru kelabu-an gitu.. warna dinding yang lembut membuatkan percutiaan di sini menjadi lebih 'relaxing' gitu.. ada juga guide dan swimming attire rules disediakan.. tetamu yang hadir kat sini boleh dapatkan info lebih lanjut mengenai Putrade Allsuites @RPGC jika ada persoalan..


Bilik Utama

Bilik Utama ada katil queen sesuai untuk suami isteri atau mak ayah kita gunakan bilik ni ye.. dalam bilik ni juga terdapat sebuah almari yang unik rekaannya.. boleh dapatkan seterika atau laundry bag dalam almari ni.. TV pun ada... meja solekan pun ada.. memang selesa habis tidur dalam bilik ni.. bersih.. rasa macam tak nak keluar dari bilik haha..


Bilik kedua

Bilik kedua pula khusus untuk anak-anak.. ada 2 buah katil single-size.. almari dan tempat bertatarias... bilik ni berdekatan dengan bilik utama.. anak-anak I tidur dalam bilik ni nyenyak masing-masing..


Bilik Air

2 bilik air juga turut disediakan untuk 2 bedroom di Putrade Allsuites @ RPGC. Dilengkapi dengan pemanas air, bahan sanitari dan ruangan bilik mandi yang sangat luas.


ROOM Service Menu

Kalau malas nak keluar dari suites ni boleh 'ordered' je makanan... TRUST me awat harga makanan gila mampu ! dah la sedap especially burger tu... patty dia tebal betul.. memang boleh kenyang sehariaan oo makanan kat suites ni... I rekomen makanan kat sini !


Lobi Utama Putrade Allsuites @RPGC

Untuk check-in kena pergi ke lobi utama Putrade Allsuites @RPGC, 1st time I pergi lobi tiada hawa dingin cuma open space je.. dekat sini lah tempat tetamu menyelesaikan urusan check in check out sambil menunggu di ruangan yang disediakan..


Kemudahan yang disediakan di Putrade Allsuites @RPGC

Antara kemudahan yang boleh digunakan oleh tetamu yang bakal menginap di Putrade Allsuites @RPGC adalah seperti Jacuzzi, kolam renang, gelanggang squash, bilik snuker, bilik mesyuarat dan restoran Fairway.

Restoran Fairway
Lokasi MENARIK di Ipoh Perak


Lost World Of Tambun

Semasa penginapan keluarga di Putrade Allsuites @RPGC, kitaorang sempat menyinggah Lost World Of Tambun. Satu-satunya tarikan yang best sebab ada kolam air panas selain tu ada tempat untuk melombong, ada pelbagai jenis haiwan yang boleh tengok disini seperti kucing, monyet, tapir, zirafah dan haiwan yang boleh dikategorikan spesis yang terancam. Di sini juga banyak betul ye persembahan secara langsung mengikut perayaan. Tapi paling utama persembahan tunjuk api. Tengok video I ketika berada di sini : VLOG Part 1, VLOG Part 2, dan VLOG Part 3 ketika I berada di Lost World Of Tambun.

The Lost World of Tambun (LWOT) adalah taman tema dan hotel di Sunway City Ipoh, Tambun, Daerah Kinta, Perak, Malaysia.

Diuruskan oleh Sunway Group, taman seluas 40 ekar dibuka pada 11 November 2004 yang lalu dirasmikan oleh Sultan Azlan Shah. Taman tema ini terkenal dengan air panas semulajadi, juga mempunyai tarikan lain termasuk hidupan liar dan rides. Pada tahun 2015, LWOT telah menerima anugerah sebagai Pemenang Anugerah Emas dunia dalam kategori tempat peranginan di Fiabci Prix d’Excellence Award 2015, Petaling Jaya.

LWOT mempunyai sungai dan pantai yang dikelilingi oleh 20 kaki air terjun berkembar bersama dengan perjalanan air. Sungai Petualangan sepanjang 660 meter terapung di sepanjang gua hidupan hijau, diberi sebagai 'Sungai Manusia Terbuat Terbesar' di Asia Tenggara oleh Buku Rekod Malaysia. Taman Air juga termasuk Cliff Racer, Raiders Tube dan kolam gelombang terbesar Malaysia, Jungle Wave Bay dengan gelombang sehingga 3 kaki tinggi. Sebuah taman permainan kanak-kanak, dinamakan Explorabay yang direka kawasan itu dengan balkoni raksasa gergasi, meriam air, semburan gajah, tirai air dan air pancut. Mengawasi tarikan air adalah puncak kapur dan 8 meter "Needle of Tambun" yang dikenali sebagai "Pencil Hill".




Concubine Lane
Ni adalah tempat persinggahan waktu pagi ketika berada di Ipoh Perak.. I terbeli kopi pula kat kedai ubat di Concubine Lane  ni.. tempat laluan ni mengingatkan I seperti berada di tempat bersejarah.. banyak orang menjual kat sini.. murah-murah memang 'tempting' tapi tu la tak bawa duit banyak pula jadinya cuci mata je la..

Menurut penduduk tempatan, Concubine Lane dibina oleh hartawan perlombongan Yao Tet Shin untuk tiga isterinya. Setiap lorong telah diberi nama Wife Lane, Concubine Lane dan First Concubine Lane. Walaupun versi lain kisah tempatan adalah bahawa ia juga adalah tempat di mana lelaki kaya menyembunyikan perempuan simpanan mereka. Hari ini, Concubine Lane adalah lorong yang paling terkenal, telah diubah menjadi hangout popular dengan pelbagai gerai pop yang menjual bola ais lazat, gula-gula kapas berbentuk bunga dan banyak lagi.


Taman Rekreasi Gunung Lang

I rasa bersyukur dapat singgah Taman Rekreasi Gunung Lang, dalam seumur hidup I, I dapat tangkap gambar pelangi 2 kali ganda dekat gila untuk kali pertama sebab pembiasan air terjun dengan pantulan cahaya matahari wujudnya pelangi tu.

Di Taman Rekreasi Gunung Lang ada sebuah taman tersembunyi macam tu la, kena naik bot nak ke situ.. Seorang RM3, tapi budak bawah 6 tahun rasanya percuma je.. dekat dalam Taman Rekreasi Gunung Lang ni ada sebuah taman yang luas ada rumah tinjau, taman yang cantik, ada rusa, ada burung ostrich dan taman permainan. Memang kena spent masa 2-3 jam untuk cukupkan tawaf sekali kat sini. Ada gua juga tapi I tak berani pula nak masuk rasa rugi pula. Tak pe next time ke sini lagi I nak masuk sini... Rindu pula.. huhuh..


Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi @ Yong Suan 

Masa I sampai di restoran ni, 1st impression I, wow gila ramai orang beratur !! I pun tak pastilah apa keistimewaan restoran ni kan sampai panjang gila Q-line dia.. rupanya ni la nasi ganja, ni pun kali pertama I makan nasi ganja, tapi berita sedih untuk I.. I ada ulser dalam mulut haritu jadi makan pun paksa juga walaupun sakit.. okaylah I rasa kari dia kot buat nasi dia jadi sedap.. yang lain-lain tu sebab ada telur ikan masin, ayam goreng.. nasi gedebuk banyak tu lari diet I. hehe.. Tapi I gila suka Caramel dia la.. sedap oo.. manis-manis sweet gitu.. rasa lega sikit ulser tu.. tapi teh tarik dia milo ais dia memang mengimbau kenangan la.. hee.. harga dia mampu makan.. next time pergi Ipoh lagi I nak singgah lagi hee..

apa pun I nak cakap makanan dekat IPOH PERAK murah-murah kan ! Tak dapat harga macam ni kalau dekat KL :(


BOH View Point, Cameron Highlands

Setiap kali balik dari PERAK mesti singgah Cameron Highlands, kali ni I kembali balik semula ke BOH View Point tempat I ber'honeymoon' dengan laki I kat sini sebelum ada anak 2 orang.. kat sini makanan mahal sikit tapi air teh dengan biskut dia sedap... sambil tengok pemandangan yang sejuk mata memandang... nak baca lebih lanjut pasal Cameron  Highlands : > sini<


Sebelum I akhiri entri kali ni, I nak ucapkan tahniah dekat adik I, kahwin juga kau ye dengan orang Perak.. senang lah lepas ni kakak kau ke Perak lagi hahaha...

Untuk maklumat lanjut mengenai Putrade Allsuites @ RPGC,sila layari : https://putradeallsuites.com/

NUH2020 : Wajib keluar dari zon selesa untuk Ubah hidup jadi lebih baik

$
0
0

Nak Ubah Hidup 2020 - keluar dari Zon Selesa

3 hari 2 malam I cuba mengambil masa untuk diri sendiri setelah lama tak keluar dari zon kempopong yang penuh keselesaan terutamanya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Masa lebih banyak dihabiskan di dalam rumah 24/7 menguruskan keluarga sehingga tiasa masa untuk diri sendiri ya, tapi bila diberi peluang untuk mengikuti 3 hari 2 malam NUH2020 di Setia City Convention Centre I sanggup korbankan hari tahun baru cina bersama keluarga demi NUH2020 setahun hanya sekali. 3 hari 2 malam tu mungkin tempoh yang panjang bagi ahli keluarga I tapi bagi I ianya tempoh yang amat singkat untuk I keluar dan belajar untuk mendapatkan ilmu.

Nak ubah hidup ni bukanlah sesuatu yang mudah dan cepat tapi perlu ada tujuan, ada matlamat dan kenapa ? Bila dah tahu perlu kemana maka dengan itu barulah minda kita akan mengarah badan kita untuk bertindak apa yang perlu dilakukan untuk capai matlamat tersebut.

Hampir 13,000 orang Nak Ubah Hidup menjadi lebih baik majoritinya adalah Melayu


Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, Rich Works dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.

Akibat daripada kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan.

Dengan ini, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik. 


Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain. Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu dan dibina. Produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasabiasa saja. Ada yang menjual baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja dah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit.

Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.


TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan.

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.



Antara topik dan pengisian program adalah : 

1. Pengurusan Bisnes 
2. Pemasaran 
3. Jualan 
4. Pematuhan Undang-Undang 
5. Perakaunan & Percukaian 
6. Operasi 
7. Kepimpinan 
8. Pembangunan Diri 
9. Pelaburan


Apa yang I belajar di NUH2020 kali ni ialah | BE | DO | HAVE |

  • BE : Impian Luar biasa
  • DO: Buat apa yang perlu untuk capai tujuan
  • HAVE : Dapat apa yang kita nak bila kita mula berfikir yang benda tu possible dengan bertindak untuk dapat > RESULT
Benda yang buat matlamat gagal dicapai apabila :
  • Impian sekadar anganan
  • Tidak bertindak tapi nak kehidupan yang berbeza
Menurut Proffesor Hamka 'kalau hidup sekadar hidup, kera di rimba juga hidup. Kalau kerja hanya sekadar kerja, kerbau di sawah juga bekerja dan paling sentap sekali, kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.'

TINDAKAN

Jadi kita perlu pilih jalan hidup kita sendiri sama ada nak ubah hidup secara biasa-biasa atau LUAR BIASA? Cuma perlu diingatkan tidak akan berlaku kalau tiada tindakan.

TEKANAN

Lagi menarik selalunya TINDAKAN itu hanya berlaku apabila adanya TEKANAN, Tekanan ini boleh berlaku apabila adanya sesuatu yang tidak memberi keselesaan atau tekanan yang melampau-lampau seperti hutang keliling pinggang, keluarga yang ramai tak pun BENGGANG dengan orang sekeliling yang menganggap kita hanyalah NOTHING !

FOKUS

Fakta menarik : 99% Orang solat susah nak fokus sebab apa ? Sebab terlalu banyak benda nak fikir. 5 minit nak fokus untuk solat pun bukan main payah apatah lagi nak beri fokus selama 5 jam kan ? Kalau nak tahu FOKUS tu la kesakitan paling teruk yang pernah kita alami. Contoh seperti Dr Azizan sendiri, menurut beliau "bertahun-tahun nak kurus tapi gagal" sebab tak nak bercerai dengan nasi jadi terpaksalah terima nasib sebegitu.

Apa pun kita kena jelas dengan TEKANAN dan KESAKITAN sebab tu ada 2 jenis TIDUR, iaitu :
  1.  Tak boleh tidur sebab tak nak menghadapi masalah
  2.  Tidur sebab nak melupakan masalah
Ini adalah salah satu pergelutan yang memerlukan kesungguhan untuk menyelesaikan masalah sendiri.

Dr Azizan sendiri mempunyai masalah bersama keluarga beliau sebab ibubapa beliau sendiri percaya dengan rezeki lebih terjamin bila orang bekerja dengan kerajaan berbanding dari orang yang mempunyai perniaagaan. Disebabkan itulah beliau tetap berusaha untuk mempunyai urus niaga sendiri. Apa pun perniagaan tanpa bimbingan boleh melingkup ya

Maka inilah masanya untuk Ubah hidup. Berubah ialah sesuatu proses untuk orang yang masih komited dalam mencapai matlamat maka dengan itu kurangkan duduk banyakkan berdiri dan bertindak  kerana masih ramai lagi orang yang tidak mahu ubah hidup sendiri kerana masih duduk dalam zon yang selesa.

HUTANG juga boleh mengakibatkan sesiapa pun menjadi gila.

THE POWER OF ENERGY > PUSH FACTOR 

Emosi adalah sesuatu yang penting untuk mencipta tahap tenaga yang tinggi :
Contohnya seperti 'lampu tak boleh menyala kalau tak tekan suis ON untuk tenaga lalu kerana ianya yang mampu hidupkan lampu dengan menggunakan tenaga sinetik.' 

Orang yang mampu kawal energi boleh capai kejayaan tapi kalau tak mampu susah nak capai sebab kebanyakan dari kita tak guna tenaga untuk berikan tekanan. Bila tak ada tenaga, benda yang negatif tak suka nak tutup.

Oleh itu dengan adanya Tenaga > Tekanan barulah kita tahu potensi kita yang sebenar. Tenaga akan kekal tersembunyi jika kita tak pilih nak buat. Tenaga tidak boleh jatuh kalau nak berjaya !

'Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk orang lain.' HR Ahmad.

Bila kita berniaga kita kena bagi manfaat pada orang lain contoh produk kencing manis. Matlamat utama adalah bukan sekadar ingin mendapat keuntungan tapi niat untuk bantuk orang. Tapi macam mana nak berlaku kalau tiadak tindakan, tekanan dan tenaga ? Semangat juga adalah penting. Tanam hasil dengan tenaga yang tinggi. Bila adanya tenaga yang tinggi maka bolehlah duit terhasil. Manusia sememangnya sambungan saraf dengan tenaga.

'Tuhan tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu merubah apa yang ada dalam diri dia.'

Perkara Yang perlu diubah adalah tenaga : perlu ada mentor, ilmu dan sistem. Kunci perubahan adalah dari tenaga. Kena bersungguh-sungguh melakukan sesuatu sehingga berjaya antaranya :
  1. 100% komited
  2. Allah mengikut sangkaan hambanya
  3. Jaga dan hormati masa
  4. FAST ACTION FAST RESULT
  5. Berani buat keputusan
  6. It's Now or Never !
  7. How you do anything is how you do everything
  8. Orang berjaya mereka mulakan sehingga habis
  9. RIAS -Reticular Activation System
  10. Manjadda wajada - bersungguh-sungguh sehingga berjaya

Apa yang kita fikir dengan emosi akan membuat kita bertindak akan membuahkan Hasil !

Lagi tinggi fokus lagi tinggi emosi lagi tinggi tindakan - kena ingat benda yang penting ialah Allah mengikut sangkaan. Sangkaan buruk adalah pengakibat perkara yang tiada baik manakala kita kena bersangka dengan Allah agar semua benda menjadi baik dan kena ingat kita hanyalah seorang hamba dan bukannya tuhan ! Kena ingat juga orang yang sombong tidak akan masuk syurga tapi akan dihalau keluar dari syurga.

Jadi dengan itu kena mulakan dengan tanam impian, minda yang positif dan sebolehnya kena keluar dari kegelapan dan buat lebih banyak duit serta bantu perniagaan yang lain.

Menjaga KOLAM JIWA

Antara paling menarik yang I dapat pelajari ketika di NUH2020 ialah mengenai Kolam Jiwa. Kolam ni jika kita tidak cuci ianya akan menjadi berlumpur, berkeladak dengan banyak benda negatif akan ditarik. Bila fikir tentang kolam kita nak sumber air yang bersih masuk ke dalamnya. Kenapa mesti kolam jiwa ? Manusia ni mempunyai 70% air. Air ni sifatnya menyerap. Boleh serap benda yang positif atau negatif.  Sudah tentu kita nak tarik yang positif sahaja masuk dalam badan kita.. Kolam kita kecil atau besar bergantung pada jiwa kita... kita akan terasa sempit bila banyak sangat benda negatif terkumpul dalam kolam kita ni.. terutamanya kemurungan.. bila terlalu penuh dengan sampah sarap dalam kolam kita, bolehkah air yang bersih seperti air hujan mampu masuk ke dalam kolam jwa kita  ni? Jadi kita kena bersihkan terlebih dahulu kolam jiwa kita ni..

4 jenis cara untuk bersihkan sampah sarap dalam kolam jiwa kita ni ialah dengan :
  1. Sedekah & berzakat
  2. Kasih sayang
  3. Berdoa
  4. Mengeratkan silatulrahim
Bila kita banyak berbuat baik maka dengan itu kolam jiwa kita lebih bersih dan kita akan senantiasa menyerap benda yang positif.. kita ni umpama magnet ya sangat mudah menarik apa sahaja.. 

Banyak sebenarnya yang I pelajari dalam NUH2020 terutamanya benda positif untuk kita berjaya dan negatif yang menghalang kita mencapai kejayaan..

SIKAP
  • Sikap dapat lihat dengan apa seseorang itu buat dari apa yang dia cakap
  • Terlalu ramai orang yang menipu diri sendiri
Impian dan matlamat
  • Matlamat ialah benda yang belum tercapai lagi
  • Impian pun sama benda yang masih belum tercapai lagi
  • Tu sebab kena sanggup buat benda yang masih belum tak buat lagi
TFA : Thinking, Feeling, Action ialah berfikir, emosi dan tindakan - paling penting tak boleh salahkan semua orang jika diri sendiri tidak berusaha.

Tindakan akan memberi hasil > tiada tindakan tiada hasil > emosi pula akan mempengaruhi tenaga > apa yang kita beremosi akan mempengaruhi badan dan badan akan bertindak. Melayu yang ingin mengubah hidup untuk jadi jutawan perlu ada bimbingan yang betul dengan menggunakan 'BIG WHY' - M.E.S.T.I :
  • M : Matlamat yang jelas, model dan mentor
  • E : Emosi (kena pandai kawal ) dan perlu ada elmu 
  • S : Sikap dan strategi
  • T : Tindakan
  • I : Intention ( Niat yang baik )
8 Jenis kekayaan sebenar yang perlu kita tahu :
  1. Kekayaan Jiwa
  2. Kekayaan Kesihatan
  3. Kekayaan Kekeluargaan
  4. Kekayaan Kraft ( hasil kerja )
  5. Kekayaan wang dan harta
  6. Circle of genius
  7. Kekayaan ' wealth of adventure'
  8. Kekayaan Sumbangan
FFA ialah | Financial | Freedom | Account | :
  1. 10% dari gaji masukkan dalam tabung FFA ( contoh gaji RM2000 Masukkan RM200 ), kena masuk setiap bulan, tak boleh USIK langsung yang ni.
  2. 5% Tabung Sumbangan contoh seperti zakat - lagi banyak lagi besar rezeki kita
  3. 10% Tabung Pendidikan ( labur untuk menjadi seorang Titan )
  4. 55% Tabung Keperluaan ( bayar Bil dan makna minum )
  5. 10% Tabung simpanan jangka masa panjang untuk rumah dan kereta
  6. 10% Tabung Hiburan ( pergi makan angin )
Selain daripada duit, strategi simpanan paling bagus ialah menyimpan EMAS. Bagi yang nak cuba simpan emas secara digital boleh muat turun aplikasi GOLDINA.

Semua yang kita impikan boleh terbantut apabila EGO menguasai diri seperti MALAS, Suka salahkan Takdir, 1001 Alasan, suka buang masa, menangguh benda-benda yang penting, tidak yakin dengan diri sendiri, sentiasa rasa takut dan suka sangat menarik benda negatif di dalam diri. Jika ini masih berlanjutan jangan beranganlah dapat jadi jutawan !

Tak mungkin kita akan jadi miskin bila kita bertuhankan yang Maha Kaya, antara ayat yang paling DEEP I pernah dengar dari seorang insan.... tu lah sebabnya I rasa sangat bersyukur bila dapat masuk lagi sekali Nak Ubah Hidup untuk tahun 2020 ni.

Peserta yang Berjaya buat SALES sehingga mencecah jutaan ringgit


Benda yang paling I rasa tersangat berinspirasi bila I dapat berjumpa dengan para TITAN yang telah berjaya menjadi usahawan jutawan..


Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow! 



Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019. 

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini. 

Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.


TENTANG AZIZAN OSMAN
Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author

Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah :
  • Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia 
  • Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun 
  • Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030

Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.

Titanium RichWorks

Sejak 2015, menerusi program Mentoring Titanium RichWorks, Dr Azizan Osman telah memberi bimbingan kepada lebih 700 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini mencecah lebih RM800 juta setiap tahun.

Antara perniagaan yang berkembang luar biasa menerusi program ini dengan bimbingan Dr Azizan Osman termasuk Nurraysa Beauty, Das Abdul Global (DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Unlimited Dreams Sdn Bhd dan banyak lagi.

Program High Net Worth Coaching adalah Program “Mentoring Membership” setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan berkesan dengan menunjukkan cara, jalan dan kaedah terkini untuk kembangkan bisnes 10X ganda secara luar biasa. Antara kriteria pemilihan untuk program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan bulanan RM100,000 sebulan.


SPIRE RichWorks

Misi dalam SPIRE juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat membina bisnes dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara online dan untuk usahawan menyusun jadual secara efektif dengan menonton ilmu terkini “At anywhere & At anytime.”

Misi dalam SPIRE juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat membina bisnes dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara online dan untuk usahawan menyusun jadual secara efektif dengan menonton ilmu terkini “At anywhere & At anytime.”

Jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini sejak SPIRE ditubuhkan pada November 2018 telah mencecah lebih RM350 juta setahun.



Perdana Menteri Malaysia Hadir berjumpa dengan Peserta NUH 2020 !

Rasa sangat bersyukur dan teruja sebab kali pertama dalam hidup I berpeluang untuk bertemu sendiri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan YABhg Tun Dr Siti Hasmah.

Turut hadir YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan YBHG Dato' Dr Ahmad Jailani bin Mohamed Yunus, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar kerana sudi singgah ke program Nak Ubah Hidup 2020 yang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam pagi ini.

Mengulas kata Tun Dr Mahathir, "Rezeki datang daripada perniagaan, kalau nak makan gaji, takat itu ajalah... Kalau nak berniaga boleh sampai jadi millionaire."

Tokoh hebat ini hadir bagi menyaksikan sendiri ramai bangsa usahawan jutawan Melayu yang sedang berusaha nak bina bisnes berjaya dan nak ubah hidup mereka.

Sampai bila-bila I akan ingat pesanan Tun, sekarang ni I tengah nak fikir nak buat bisnes apa ? Huhu.

3 Produk Berkualiti Buatan Malaysia anda boleh dapatkan di Tesco mulai hari ini

$
0
0

Kaki Shopping Perlu Cuba Ketiga-tiga produk Buatan Malaysia ni

Baru-baru ni I sempat singgah Tesco Kajang sebab dah lama ye tak shopping kat sini.. sebagai seorang yang suka membeli-belah mata I ni memang pantang tengok booth-booth yang jual produk.. lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan penjagaan diri dan penampilan.. husband I macam biasalah kalau nampak wife dia belek-belek barang mesti dia nak duduk jauh-jauh sikit... mana tak nya mesti nak membeli je kerja I kan...  wanita ni memang tak sah kalau tak bawa balik barang setiap kali pergi keluar jalan-jalan heheh..

I ni bila bab membeli bukan suka-suka ambil dan bayar terus... tapi I akan belek lelama... sebab I sejenis nak baca LABEL dulu sebelum I keluarkan duit.. I ni kalau apa-apa produk yang ada bahan kimia yang I tak berkenan I pasti akan letak tak mo beli..

Hey siapa kata suri rumah macam I ni tak suka membaca Label.. I baca tau.. hehe.. kita mesti kena educated diri kita walaupun duduk di rumah kan...


Rasa Untung dapat produk berkualiti dengan harga mampu milik

Di sebalik booth-booth yang berada di hadapan Tesco ni, ada 3 produk yang I tengok berpotensi untuk menarik minat pelanggan yang terutamanya UBAT GIGI iaitu MISMIS, bukan calang-calang ye ubat gigi ni sebab ianya berasaskan KOKO.. saya sebagai pengguna setia hampir sebulan apa lagi nampak je ubat gigi MISMIS buat tawaran terus I cepat-cepat borong.. mana tak nya produk Ubat gigi MISMIS ni ada untuk kanak-kanak, I sebenarnya memang agak cerewet tengok ubat gigi kanak-kanak yang ada fluoride... tapi tengok ubat gigi MISMIS ni tiada fluoride dan rasa koko yang sedap buat anak-anak I jadi rajin gosok gigi setiap pagi dan malam..

Anda ada masalah tumit kaki yang kita selalu panggil pecah-pecah, menggerutu tu ? Apa kata cuba Blossom yang ni produk adik kepada Asianic Halal yang terkenal dengan produk Body care tu tau..
Blossom ni fokus utama ialah losyen badan yang bertujuaan untuk melembab dan menghaluskan kulit tanpa rasa melekit sebab penyerapannya lebih baik ke dalam kulit.. bahan yang sama dalam setiap botol dan packaging cuma bezanya adalah aroma harumannya... hadir dengan beberapa haruman ikut minat masing-masing.. so far I sangat suka bau ros dan tangerine.. bau dia tak sakit langsung hidung I.. sweet sweet je..

SWAG Pomade salah satu produk yang I rasa NOT BAD juga formulasinya untuk penggayaan rambut lelaki terutamanya yang jenis Cecair.. I masih belum pernah tengok suami I cuba yang jenis cecair.. bila nampak je cepat-cepat I grabbed satu untuk husband I.. bukan husband I je cuba.. I pun cuba juga dekat rambut I.. cecair yang cepat kering lepas sapu dekat rambut... I nak cuba kepok-kepok kan rambut I dah sapu SWAG pomade ni dekat rambut I.. nak tengok tahan lama tak curls I buat..

Satu je nak cakap... you all RUGI sebab tak dapat grabbed harga jauh lebih rendah dari biasa masa booth-booth banyak haritu.. bukan tu je... siap dapat hadiah misteri lagi setiap kali buat pembeliaan..

TAPI jangan sedih-sedih ya semua, walaupun tak dapat harga yang macam I dapat haritu... harga 3 produk ni tetap I rasa sangat berbaloi untuk kualiti yang ditawarkan.. kau rasa... BARANG BAIK BARANG KITA okey.. hehehe !


UBAT GIGI - MISMIS

Jenama MISMIS terdiri dari ubat gigi MISMIS Ekstra Pudina Segar (Extra Cool Mint) dan Pudina koko premium yang mengandungi bahan aktif polifenol- tannin terbukti berkesan membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptococus Mutan, penyebab nafas berbau dan menyebaran karies gigi. Dengan penggunaan bahan aktif ini ia juga dapat menghindarkan permulaan gigi berlubang dan pembentukan karies gigi.

Telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia untuk penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan bagi menggunakan polifenol koko sebagai bahan mentah utama yang berkualiti tinggi dalam pembuatan ubat gigi natural jenama MISMIS. Memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard). Matlamat syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang bersaing maju dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan standing dengan produk antarabangsa selain menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.

NFA Technologies Sdn Bhd ditubuhkan sejak 2014 sebagai syarikat untuk menyelidik, mengeluar dan memasarkan ubat gigi dan produk penjagaan mulut yang berasaskan polifenol koko yang pertama seumpanya bersama bahan herba semulajadi dari cengkih dan minyak zaitun. Ianya mensasarkan pasaran komersial untuk dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan ubat gigi Halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga, untuk semua peringkat umur dari kanak kanak sehingga dewasa.


BLOSSOM - LOSYEN PENJAGAAN TANGAN & BADAN DAN KRIM TANGAN

Setiap manusia lahir dengan berbagai bagai jenis kulit. Ada kulit kering, berminyak dan tidak sekata. Wanita terutanya amat gemar untuk menjaga dan mastikan kulit sentiasa cantik, mulus dan sihat. Bagi menambah kecantikan tersebut, Blossom adalah salah satu jenama yang diformulasikan khas bagi yang mementingkan penjagaan kulit. Blossom adalah pilihan yang terbaik bagi wanita.

Bukan sahaja dapat melembutkan kulit, tetapi aromanya yang semulajadi dan tekstur lembut pembuatan Blossom pasti akan membuat anda merasa sentiasa segar dan berkeyakinan sepanjang hari.

Produk Jenama Blossom terdiri daripada 4 variasi losyen tangan dan badan bersaiz 500ml iaitu limau tangerin (Tangerine), Betik (Papaya), Buah Zaiton (Olive Oil) dan juga Ros (Rose). Diformulasikan dari bahan bahan terpilih dan bermutu tinggi bagi memberikan kesan yang optima pada kulit. Diformulasikan dari bahan bahan semulajadi ianya juga sesuai untuk kesihatan kulit. Juga terdapat krim khas tangan Blossom 50ml yang mudah dibawa kemana-kemana kerana sizenya compak dan kecil.


SWAG - Perapi Rambut

Dengan berat bersih 120g bagi produk pomade berharga RM28.00, ianya adalah antara harga yg murah dan mampu milik untuk semua. Manakala bagi produk clay 80g dijual pada harga RM19.90 dan Liquid Pomade 200g hanya berharga RM19.90 sahaja. Dengan penggunaan normal setiap produk mampu bertahan selama 4 minggu dan ianya amat berbaloi untuk dimiliki oleh jejaka hebat diluar sana. 

Terdapat empat jenis pilihan, iaitu ‘Boss’, ‘Focus’, ‘Energy’ dan ‘Million’. Setiap jenis mempunyai fungsi dan bahan berbeza mengikut gaya dan citarasa pengguna.

Terdapat dua pilihan sama ada untuk gaya sentuhan sederhana atau tambahan kekuatan bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Swag bukan sekadar produk menata rias rambut lelaki, malah turut berfungsi sebagai perapi rambut agar lebih sihat dan subur kerana dilengkapi unsur-unsur semulajadi. Pembuatan Jenama Swag tidak menggunakan bahan kimia berbahaya, malah ramuan semulajadinya menjadi asas kepada keunikan jenama ini. Baunya juga menyenangkan dan wangian lebih maskulin. Produk Swag mudah digayakan mengikut citarasa, ia juga mudah dibilas dan tidak menyakitkan kepala ketika menggayakannya dan membesihkan selepas sehari menggunakannya.

Untuk memastikan kaum lelaki juga tampil bergaya dan kemas, Sakura Industries memperkenalkan pomade dalam bentuk gel dan cecair dan juga clay dari jenama Swag. Jenama Swag diformulasikan dari bahan bahan semulajadi seperti Argan Oil, Olive Oil bagi membantu menyubur dan menyihatkan lagi rambut selain ianya amat selesa digunakan sepanjang hari. Ianya juga diformulasikan berasaskan air (waterbase) bagi memberi sentuhan semulajadi pada rambut.

Ayuh dapatkan produk-produk SWAG hari ini hanya di seluruh outlet Tesco Malaysia.

Dari kiri Puan Leny Adam selaku Pengarah Syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd, Puan Noormawarni Nordin selaku Pengarah Syarikat Ubat gigi MISMIS dan Pengarah Urusan Sakura Industries, Mohd Rozailmee Zulkeply

Apa kata Pengarah Syarikat mengenai Produk yang dihasilkan ?

Menurut Puan Noormawarni Nordin selaku Pengarah Syarikat “Ubat gigi MISMIS tanpa fluorida dari Polifenol koko premium terpilih dengan campuran ramuan herba semulajadi seperti cengkih dan minyak zaitun ini akan mengekalkan anda senyuman manis dan nafas yang segar sepanjang hayat. Jenama MISMIS adalah pilihan yang bijak bagi pengguna yang inginkan produk 99.9% dari bahan semulajadi.”

“Blossom adalah produk tempatan yang setanding dengan produk antarabangsa yang lain dipasaran. Dengan harga yang berpatutan dan dengan pembuatan yang diformulasikan dari ekstrak yang berkualiti tinggi, pasti para pengguna akan mendapat manfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Dengan Blossom, kini kulit akan lebih sihat, cantik dan muda sentiasa” kata Puan Leny Adam selaku Pengarah Syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Sakura Industries, Mohd Rozailmee Zulkeply berkata, jenama Swag kini telah menjadi pilihan bagi lelaki yang mementingkan pengayaan rambut. Selain itu jenama Swag juga sesuai untuk semula lapisan umur terutamanya anak muda dari sekolah rendah dan menengah yang sentiasa ingin kelihatan rapi dan bergaya mengikut citarasa pengayaan rambut terkini.

Antara BLOGGERS yang hadir akhirnya terjebak memborong produk-produk yang berada di situ pada Ahad lalu.
Barang Baik Barang Kita, Marilah SUPPORT LOCAL !!

Kempen Beli Barangan Malaysia bersama usahawan tempatan IKS dalah salah satu program untuk membantu usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang diterajui oleh Menteri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail.

Matlamat Kempen Beli Barangan Malaysia ini adalah untuk membantu usahawan IKS untuk lebih berdaya saing dengan produk antarabangsa yang lain di pasaran. Peluang yang diberikan ini bukan sahaja dapat membantu usahawan untuk mencari tempat yang sesuai untuk memasarkan produk keluaran syarikat tetapi juga untuk mencari peluang baru bagi menghasilkan produk yang lebih bermutu dan mematuhi standard bagi memasarkan produk di pasaraya besar lain di seluruh Negara. Produk usahawan IKS yang dipasarkan bukan sahaja berpeluang untuk dipasarkan di peringkat Domestik tetapi juga di peringkat Antrabangsa. Ini adalah pengiktirafan kepada usahawan IKS dan usahawan juga dapat menjalankan perniagaan dengan beretika. Dengan adanya program ini, pengguna akan mempunyai lebih banyak pilihan dengan harga yang berpatutan.

Program seumpama ini adalah salah satu platform untuk membantu Usahawan IKS untuk memasarkan produk mereka di parasara besar diseluruh negara. Produk yang terpilih bukan sahaja mempunyai perlabelan dan rekabentuk yang sesuai untuk dijual di pasaraya besar, tetapi juga telah mempunyai sijil KKM dan Halal. Usahawan terpilih juga telah mematuhi syarat pengeluaran produk untuk pasaraya besar. Usaha ini adalah sokongan dan kepada usahawan IKS untuk lebih berdaya saing dan proaktif dalam bidang perniagaan. Ada juga Usahawan IKS ini telah mendapat pasaran luar Negara.

Ubat gigi jenama MISMIS, perapi rambut SWAG dan penjagaan diri Asianic dan Blossom adalah antara jenama tempatan yang Berjaya menempusi pasaraya besar seluruh Negara. Produk jenama tempatan ini boleh didapati diseluruh pasaraya besar di semua pasaraya besar Tesco di seluruh Negara.  Produk jenama MISMIS, SWAG dan BLOSSOM ini bukan sahaja mempunyai kualiti dan pembungkusan yang setanding dengan produk antarabangsa yang lain di pasaran, jenama tempatan ini juga telah melepasi piawaian produk bermutu untuk pasaran pasaraya besar dalam dan luar Negara.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

MISMIS
Wanie Nordin
+60 12-941 0528
Website : https://www.mismis.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/mismistoothpaste/
Instagram : @_makeitsmile

SWAG
Rozailmee
+60 12-435 6003
Website : http://www.swagpomade.com/
Facebook : https://www.facebook.com/SwagPomade/
Instagram : @myswagpomade

Blossom
Leny Adam
+6019 265 6687
Web : www.wonderlandprimary.com
Facebook : Asianichalal
Instagram : @Asianichalal


Anda ada masalah Kulit sensitif ? ecostore mungkin jalan penyelesaiannya.

$
0
0

Anda ada masalah Kulit sensitif ?

Ye memang I akui kulit I agak sensitif. Mudah betul ye anasir jahat membiak di wajah wajah ku. Jadi kalau pemilihan produk I agak cerewet. Nasib baiklah sekarang dah banyak produk yang sesuai untuk kulit sensitif, selamat digunakan untuk seisi keluarga demi kulit yang sihat contohnya seperti produk dari @ecostore.my antara sebab-sebabnya :
  • ✅ diluluskan oleh Sensitive Choice®️ 
  • ✅ Jenama Nombor 1 jenama Eco di New Zealand (diasaskan sejak dari tahun1993)
  • ✅ sesuai untuk yang mudah alergik Dan mempunyai asma 
  • ✅ bebas dari wangian Dan pewarna 
  • ✅ bebas sabun 
  • ✅ kandungan bahan dari tumbuhan untuk membersih, menyubur dan merapi. 
  • ✅ pH yang seimbang 
  • ✅ Tiada cocamide DEA, Cocamidopropyl betaine (CAPB), Silicone, Isothiazolinones, parabens, sodium laureth sulfate (SLES), Pewarna atau wangian sintetik.
Plastik dari tebu ?

Botol ecostore pun guna plastik tebu. 100% boleh dikitar semula di kerbside dan menyerap karbon dari ruangan atsmofera ketika ia tumbuh, untuk penghasilan karbon yang lebih rendah.

Bebas GE / GMO

Tiada bahan berasaskan tumbuhan datang dari tanaman diubahsuai secara genetik seperti jagung atau soya.

Tidak diuji atas haiwan

ecostore tidak menjalankan ujian ke atas haiwan terhadap ramuan, rumusan, atau produk yang sudah siap dan berjanji untuk tidak melakukannya pada masa akan datang.

Brand Features - Kinder to our world

Dari bahan-bahan yang boleh degradasi kepada carboNZero disahkan dalam pembungkusan plastik dari gula, ecostore sentiasa berusaha untuk menjimatkan tenaga dan sumber, dan mengurangkan sisa.

Tumbuhan Biodegradable + Bahan berasaskan Mineral> Petrokimia

Ahh so interesting ! Dah jadi pilihan kegemaran I juga ecostore ni ! Lepas ni kena pergi borong bebanyaklah sebagai 'essential items' dalam rumah I..


Bila dah jadi seorang mama, I punya tahap anxiety agak teruk ye. Yerlah, bila nak pakai produk penjagaan diri sebolehnya I nak seisi boleh guna'instead of different types, brands and bottle sizes' .. I sebenarnya memang tak gemar banyak sangat produk-produk mandian berada dalam bilik air.. tu sebablah I hanya akan pilih yang terbaik sahaja untuk seisi keluarga tak kiralah jenama atau harga.. yang penting selamat digunakan bukan sahaja untuk kulit I malahan untuk anak-anak I juga..


ecostore Ultra Sensitive Body Wash
Cucian badan bebas dari sabun dan membersih secara lembut tanpa menghilangkan minyak yang dihasilkan secara semulajadi oleh badan. Diuji secara dermatologi untuk kulit sensitif.

Untuk kulit yang sensitif zaman sekarang dah tak perlu risaukan, banyak dah jenama dan produk telah dihasilkan untuk merawat dan membantu kulit yang bermasalah seperti ecostore body wash ni.. tak ada bau pun sesuai untuk yang alergik dengan bau-bauan.. lepas ni I nak beli lagi ecostore body wash ni sebab pakai sikit je dah bersih badan.. penghasilan bau badan pun kurang juga.. bila pegang kulit pergh lembut sehalus sutera je rasanya.. I perasan lepas I guna ecostore body wash ni.. penghasilan peluh yang berminyak melekit-lekit tak begitu ketara macam sebelum ni..


I baru je selesai basuh rambut Adelia menggunakan ecostore shampoo gently cleanser.. tiada bau, cecair yang agak likat, hanya perlukan amaun yang sedikit sahaja untuk rambut berbuih sepenuhnya walaupun tiada kandungan sls.. I teruja jugalah.. rambut jauh lebih bersih.. kotoran dan minyak berlebihan hilang sebaik sahaja cucian pertama.. cuma kena pakai perapi ye lepas cuci rambut pakai ecostore shampoo ni sebab rambut jadi kesat sikit.. no worries.. rambut tetap senang diurus dan lembut je bila dah kering.. kepala pun rasa tak gatal terutamanya bahagian kulit rambut (scalp).


ecostore Ultra Sensitive Syampu

Syampu bebas sabun ini bertindak secara lembut dan sesuai digunakan untuk sesiapa sahaja yang mempunyai masalah sensitif dengan wangian. Membersih, menghidrat dan mengembalikan semula rambut yang lebih sihat dan berkilat serta lembut beralun. Ianya juga :
  • Diluluskan oleh Sensitive Choice®
  • Bebas dari wangian dan pewarna
  • Selamat bagi mereka yang mempunyai alahan atau asma
Penjagaan rambut ecostore adalah ciptaan yang cemerlang untuk hasil rambut yang sihat tanpa kompromi. Syampu sensitif ultra ecostore membersih dan memulih rambut supaya nampak lebih bersinar tanpa mengeringkan rambut.


Ultra Sensitive Fragrance Free Goat's Milk Soap
Sabun pembersih yang lembut dan sesuai untuk sesiapa sahaja yang sensitif terhadap wangian. Kandungan untuk melembab dari susu kambing membantu  membersih dan menyubur kulit. Ianya juga sudah :
  • Diluluskan oleh Sensitive Choice®
  • Dermatologi telah diuji untuk kulit yang sensitif
  • Bebas dari wangian
  • Selamat untuk mereka yang mempunyai alahan atau asma
ecostore → NO.1 ECO BRAND IN NEW ZEALAND

Dengan menggunakan produk ECOSTORE, ianya merupakan satu peranan besar dalam menyelamatkan bumi.

Guna kod : SYAFIERA20 untuk diskaun sebanyak 20% setiap kali anda membeli produk ecostore di sini : https://bit.ly/35jDM1A ianya mungkin HADIAH paling terbaik untuk anda berikan kepada insan tersayang anda. 


Low Priority ( LP ) dalam Dota2 ?

$
0
0

Untuk newbie or new user or dah lama main Dota2...  LP ni mesti kena ya untuk sesiapa yang hmmpp hmmp banyak kali kena report atau abaikan game..

Basically untuk I yang dah lama tak berdota almost 2 years sebab pindah rumah baru dan unifi masih tak wujud di kawasan rumah I maka dengan itu I terpaksa stop temporarily berdota dalam tempoh masa yang agak panjang.. tu sebablah tak ada masa nak berpraktis gitu.. huhu..

Sekarang ni dah ada unifi laju mood nak main dota2 tu tetap masih belum timbul sampailah tahap kebosanan di rumah melampau I buka juga balik dota2 haha apa lagi bila masuk interface dah lain, medals rank pun banyak pertambahan karakter baru pun ada.. haha agak banyak juga benda yang dikemaskini dalam Dota2 ni.. players pun bukan sikit rasa macam lebih ratusan ribu juga ya umat manusia dalam ni menghabiskan masa untuk gaming.. haha termasuklah I.. dah macam tak ada kerja lain nak buat.. lol..

Dota - Pencapaian Prioriti tahap busuk

Penalti/denda dalam tempoh sementara dikenakan untuk akaun yang mempunyai tingkah laku yang sangat buruk, suka mencarut, maki orang, tak reti bagi sokongan, selalu farming, tak bantu teammate lain, atau game yang diabaikan.

Boleh main yang 3 ketol pilihan heroes secara random huhuh.. doalah dapat hero yang diminati haha
Akaun dengan dengan prioriti rendah akan dihadkan dalam mod permainan - Draf Solo maksudnya hanya boleh main beberapa adiwira tertentu selalunya diberi 3 pilihan. Kena menang dalam permainan untuk keluar dari zon prioriti rendah ni..

Selain daripada menang dalam permainan, satu lagi ialah sekatan masa.. kalau teruk sangat perangai dalam permainan yang lepas MASA juga akan disekat kadang-kadang sampai 3 hari lebih tak boleh main Dota2..

apa nak buat, I dah alami banyak kali kot.. haha...
Paling tak tahan bila DOTA2 crash time tengah rank, eh rasa nak mencarut je kan.. haha..

Malas nak tulis panjang-panjang pasal LP ni tapi sebenarnya bagus juga la kalau MOD SINGLE DRAF ni, terus naik ya stats Versatilty sebab main pelbagai jenis heroes..

at least dapat juga lah belajar skill apa setiap hero.. kalau tak heroes favorite I je yang I main nanti..

Lebih lanjut mengenai Prioriti Rendah dalam DOTA 2, baca lah dalam ni :

https://support.steampowered.com/kb_article.php?ref=9585-eosn-3800

Antabax Perkenal Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat

$
0
0
Lebih daripada 300 pelajar dan guru dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (3) menyertai Kempen Tangan Bersih, Hidup Sihat.
Putrajaya, Februari 19, 2020 – Antabax telah menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan untuk melancarkan kempen Tangan Bersih Hidup Sihat. Ia bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid sekolah untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti novel Covid-19 dan Inflenza di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) hari ini.

Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat yang dibangunkan oleh Antabax memudahkan pemahaman mengenai kesihatan menerusi penceritaan, visual berwarna-warni, lagu dan pergerakan tarian yang membantu kanak-kanak mengenal pasti tanda-tanda serta simptom penyakit-penyakit berjangkit yang biasa. Mereka juga diajar tentang langkah pencegahan yang mampu mengurangkan risiko jangkitan dan penyebaran penyakit berjangkit. Selain apa yang perlu dilakukan jika mereka atau rakan-rakan yang lain rasa kurang sihat.

Di peringkat global, peringkat pertama menghalang daripada jangkitan penyakit seperti Covid-19 dan Influenza A adalah dengan kerap membasuh tangan mengunakan sabun atau pembersih tangan berasaskan alkohol jika tangan tidak nampak kotor[1]. Langkah itu bagi membunuh kuman yang ada di atas permukaan tangan dan mengelak daripada ia dipindahkan ke bahagian muka, mulut atau hidung di mana kuman boleh masuk ke dalam sistem pernafasan dengan mudah.

Tuan Haji Hishammudin Ahmad (Sut warna coklat), Pengetua Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (3) menerima sumbangan Antabax untuk Kempen Tangan Bersih, Hidup Sihat dari Encik Francis Ng, Pengurus Besar Kanan.

“Membasuh tangan adalah langkah pencegahan penting yang perlu diamalkan oleh orang ramai sekarang. Melalui Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat ini, kami harap kanak-kanak akan tahu tentang pentingnya membasuh tangan serta amalan-amalan asas kebersihan yang lain. Ini kerana ia dapat membantu mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit,” kata Encik Azman Ab Rashid, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Lebih 300 murid dan guru dari SK Presint 11 (3) Putrajaya mengambil bahagian dalam kempen kesihatan ini. Mereka belajar tentang asas kempen Tangan Bersih Hidup Sihat yang dijalankan oleh pasukan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya.

Antabax, satu jenama sabun buku, pencuci tangan, buih mandian, pembersih tangan dan pengelap halal buatan Malaysia sentiasa aktif dalam memberi kesedaran mengenai kesihatan di negara ini selama lebih sedekad.

“Daripada pelbagai kempen, kami telah membangunkan kandungan yang membolehkan kanak-kanak faham, ingat dan mengamalkan tabiat yang membantu mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit.

“Kami juga menyumbang produk Antabax supaya mereka mempunyai barangan keperluan kebersihan di tangan dan di rumah. Sudah terbukti bahawa Tangan Bersih Hidup Sihat. Jadi, basuh tangan anda dengan kerap dan betul untuk mengurangkan jangkitan penyakit berjangkit menggunakan sabun dan pembersih tangan Antabax atau jenama lain. Apa yang penting adalah memastikan tangan anda sentiasa bersih,” kata Pengurus Besar Kanan Antabax, Francis Ng.

Dr Siti Rafhanah Saponit, Pegawai Perubatan Penyakit Berjangkit, Jabatan Kesihatan Putrajaya, mengajar teknik mencuci tangan yang betul bersama seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (3) semasa Kempen Antabax Tangan Bersih, Hidup Sihat.

Pn Nur Hakimah binti Roslan, guru dari SK Presint 11(3) Putrajaya memberitahu kempen Tangan Bersih Hidup Sihat diterima baik oleh murid-murid kerana ia menggunakan ilustrasi, lagu dan permainan yang mudah difahami. Ia sememangnya dapat menyampaikan mesej penting iaitu Tangan Bersih Hidup Sihat.

“Dengan adanya pasukan daripada Kementerian Kesihatan yang menunjukkan langkah-langkah kebersihan menyedarkan murid-murid ini tentang betapa seriusnya penyakit berjangkit seperti influenza. Manakala penceritaan oleh Antabax membantu mereka mengingati langkah-langkah tersebut dengan lebih baik,” katanya.

Encik Francis Ng 伍志亮 (tengah), Pengurus Besar Kanan Antabax dan Cik Vivian Lee 李静 意, Pengurus Jenama Senior Antabax, mengedarkan produk Antabax kepada peserta kempen Tangan Bersih, Hidup Sihat di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (3).
“Saya kini tahu bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul, menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk, berada dalam jarak yang selamat dari mereka yang sakit, selain memberitahu orang lain jika saya ada simptom inflenza. Tangan Bersih Hidup Sihat,” kata Zuhaira, pelajar dari Sekolah Kebangsaan Presint 11(3) Putrajaya.

Jadilah sebahagian daripada komuniti dan ketahui lebih lanjut tentang kempen dan inisiatif terkini dengan mengunjungi laman Facebook rasmi Antabax www.fb.com/NewAntabax atau @antabax on Instagram.

Calling Mums & Dads: More Huggies for Your Baby

$
0
0


KUALA LUMPUR, 28 February 2020 – Calling all mums and dads, it’s time to stock up on Huggies diapers for your little ones. Huggies diapers are designed to keep your baby comfortable and protected at all times. Here’s a piece of awesome news: Huggies is having their Super Brand Day on Shopee this weekend! From 28 February to 2 March, find the best deals from your favourite brands Huggies, Kleenex, Scott and Kotex and save up to 50% on products such as diapers, baby wet wipes, tissue, kitchen towel and many more on Huggies / Kleenex by Kimberly-Clark Official Store on Shopee.



Exciting offers to look out for include:
  • Huggies Huggies Dry Pants Super Jumbo Pack M60/L50 x 3 packs RM120.00 RM86.00
  • Huggies Huggies Ultra Natural Soft Pants Super Jumbo - M56/L44/XL38/XXL32 RM144.00 RM106.00
  • Huggies Huggies Baby Wipes Pure Clean Wet Tissue  x 3 Pack) RM26.00 RM20.00
  • Huggies Huggies Dry Pants Mega Pack - M80/L64/XL56/XXL46 RM148.00 RM107.00
  • Kleenex Kleenex Bath Tissue Clean Care Regular - 3 Ply (200'Ss x 20R) RM39.00 RM27.70
  • Kotex Kotex Proactive Guard Overnight Wing (35cm/14's x 1 Pack) RM14.00 RM12.20
  • Scott Scott Calorie Light Kitchen Towel (55&'s x 6) RM18.00 RM13.00
Two is better than one, stretch your Ringgit further and save more when you purchase in a bundle:
  • Huggies Huggies Dry Pants Super Jumbo Pack M60/L50 x 3 packs RM239.80 RM156.80
  • Huggies Huggies Ultra Natural Soft Pants Super Jumbo - M56/L44/XL38/XXL32 (3 Packs) RM287.40 RM196.80
  • Huggies Huggies Dry Pants Mega Pack - M80/L64/XL56/XXL46 RM295.80 RM198.80
  • Huggies Huggies Dry Diapers Super Jumbo Pack - S84/M72/L60/XL48/XXL40 (3 Packs) RM309 RM171.8
  • Huggies Huggies Ultra Natural Soft Diapers Super Jumbo - NB78/S70/M60/L50/XL44/XXL34 (3 Packs) RM381.80 RM205.80

That’s not all! On top of the exclusive offers and promos, on 28 February and 2 March, apply SBDHUG04 to enjoy up to 15% off your cart while on 29 February and 1 March, apply SBDHUG03 to receive 12% off your favourite products from the Huggies Official Store. Customers can look forward to the Huggies Super Brand Day on 2 March to enjoy even lower prices during Shocking Sale throughout the day. The Huggies Super Brand Day is in conjunction with the Shopee 3.3 Mega Sale happening from now until 3 March.

Shopee users can look out for products with a price cut as high as 50% during Shocking Sale, while 50% discount vouchers are up for grabs.

To check out Huggies Super Brand Day’s exciting offers and deals, please visit https://shopee.com.my/huggies.os

To apply voucher:

1. Select your desired products from the Huggies Official Store and add to cart.
2. At the Shopping Cart, look for Huggies Official Store selection and click “Get Voucher” to claim discount vouchers.
3. Upon check out at the Voucher section, click on “Use voucher or enter code”. Select your desired
voucher or key in the voucher code.
4. Proceed to check out and pay.

Rahsia Puteri Feminine Wash untuk wanita masa kini

$
0
0

Pentingnya penjagaan bahagian intim bagi wanita yang sudah berkahwin

Penjagaan khas pada bahagian intim dan sensitif adalah penting untuk mencegah jangkitan kuman dan bau faraj yang busuk. Jadi I dapatkan Rahsia Puteri Feminine Wash supaya I dapat elak kegatalan dan ketidak selesaan ketika melakukan tugas seharian.

Amalan pembersihan bahagian intim yang betul dapat mengekalkan kesihatan untuk faraj. Mencuci dengan sabun biasa atau gel mandi boleh menyebabkan ketidakseimbangan pH dan kekeringan pada bahagian faraj kerana faraj mempunyai pH berasid secara semula jadi yang membantu untuk mengekalkan keseimbangan bakteria yang baik dan buruk.


Rawat masalah keputihan

Rahsia Puteri Feminine Wash bertindak untuk melindungi faraj dari jangkitan dan kerengsaan, mencegah bau yang kurang menyenangkan dan mengurangkan keputihan. Memulihkan bentuk faraj serta menganjalkan kulit secara semulajadi. Ianya juga mengurangkan kekeringan faraj untuk memastikan kebersihan dan kesegaran untuk faraj.


Bahan utama dan tesktur

Tekstur gel berwarna merah jambu menjadikan Pembersih faraj ni sangat unik.. setiap kali cucian membuatkan faraj terasa lebih segar dan bersih. Terdapat 4 bahan utama dalam Rahsia Puteri Feminine Wash iaitu Pueraria Mirifica ( Lobata ) untuk mengurangkan Simptom menopaus, mengurangkan kekeringan faraj dan memulihkan epitelium faraj atropik. Manjakani pula bertindak sebagai pelindungan untuk organ seks wanita daripada kulat, bakteria dan jangkitan faraj yang lain serta mengurangkan keputihan yang berlebihan. Labisia Pumila atau dikenali sebagai kacip fatima berfungsi untuk mengawal atur kitaran haid, bertindak sebagai antioksidan, menggalakkan sintesis kolagen kulit. Selain itu ianya juga merupakan sebatian fenolik dan flavonoid dalam tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri antikulat dan anti-radang. Bawang putih atau nama saintifiknya Allium Sativum sangat bagus untuk melindungi faraj dari jangkitan virus, bakteria dan yis serta mengurangkan tindak balas alahan.


Cara penggunaan yang sangat mudah hanya basahkan bahagian intim dengan air, picit sedikit Rahsia Puteri Feminine wash pada tapak tangan, urut bahagian intim secara lembut dan biarkan selama 30 saat sebelum membilas.

Apa pun Rahsia Puteri Feminine Wash tidak sesuai untuk wanita yang mengandung atau kanak-kanak yang masih belum datang haid.


‘For more Puteripreneur business opportunity, please contact Y.S.P Industries (M) Sdn Bhd +60124954288’

Untuk maklumat lanjut, sila layari : https://www.pro-care.com.my/

Viewing all 217 articles
Browse latest View live